Tuesday, August 23, 2011

Uli uli tepung Syawal #1

Kedatangan Syawal kian terasa sekalihgus menghantar pergi Ramadhan. Adakah ini Ramadhan yang terakhir buat aku? Siapa pun tak tahu melainkan Dia. Apa yang diharapkan moga masih ada Ramadhan yang seterusnya buat diri ini, supaya aku dapat memperbaiki ibadat aku pada bulan yang mulia ini. 

Baju raya, selipar raya, selendang raya, kaya raya, kad raya pojie dah smpai, hantu raya [opocoot hantu kene garilah bulan-bulan pose nie] juga biskut raya. Semuanya bagi meraikan kedatangan raya yang lebih kurang 7 hari lagi. Setelah bertahun-tahun sambut raya hanya dengan biskut raya tunjuk, 5 minit siap tahun ini sambutan raya terasa sedikit dengan pembikinan sendiri biskut raya buatan tangan, 3jam setengah siap.


Nama biskut raya nie ialah gotel-gotel picit pakai tangan aku. Haha.. Klasik punya nama biskut raya. Tak ada kat tempat lain biskut nama cam nie, hanya ada kat rumah aku, jadi siapa nak merasa leh la datang beraya kat rumah ya. Nak duit raya pun boleh datang, tapi kene pastikan umur dibawah 12 tahun. Kalau konfius umur berapa, boleh tengok IC sekarang.


Aku tak malu nak tunjuk biskut yang hangit setelah dibakar melebihi masa. Nak tahu mana hangit mana yang tak leh nilai melalui warna-warna biskut di atas. 


Tapi aku tak hidang kat tetamu yang hangit tu, aku hidang yang cantik-cantik aje. Kalau nak rasa biskut raya  gotel-gotel picit pakai tangan aku leh laa datang beraya. Siapa cepat dia dapat sebab aku buat biskut raya  gotel-gotel picit pakai tangan aku cikit sangat. Nak buat banyak penat laa. 

p/s ~ nama sebenar biskut itu ialah biskut Nestum..Best!!


10 comments:

EnciK AxixOu said...

pestttt..sedap x kueh 2??hehehehe

shera haifa said...

@EN BULAT ~ sdp ler.. nak try mehh ahh raya kat rumah..

Khuzrin Kamarudin said...

Lapar.... (-_-")

mr.syazwan said...

meriahhh!

sizuka[Izzati] said...

waaaa sedapnya biskut nestum!

nazirah said...

wah2 nak dtg raya uma la nak makan kueh gotel-gotel picit a.k.a nestum ni bule? ngeee

shera haifa said...

@KHUZRIN ~ tngu sehingga waktu berbuka tiba ya baru blh makan..

shera haifa said...

@MR.SYAZWAN ~ haruslaa

shera haifa said...

@SIZUKA ~ Mmg sdp.. tambahan pula shera yg buat.
=)

shera haifa said...

@NAZIRAH ~ sila2x..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails