Monday, August 29, 2011

Uli uli tepung Syawal #2

Assalamualikum..

Jika sebelum ini ada menceritakan perihal biskut raya gotel-gotel picit pakai tangan aku aka Biskut Nestum, kali ini aku nak bercerita akan biskut raya yang diberi nama biskut raya assorted shape. Perghh kau nama biskut raya nak mat saleh gitu.


Habis dah memang assorted shape maka dari situlah datangnya nama biskut. Nak namakan dalam Bahasa Melayu iaitu biskut raya pelbagai jenis macam tak kelas je bunyi pabila disebut. Mahu *derhaka dengan bahasa yang diguna selama ini? Nak jadi seperti beliau yang mengatakan komunis adalah pejuang sebenar dan wira negara? Aishh.. 


Dengan hanya menggunakan bahan-bahan seperti :

Tepung 
Cornflakes
Majerin
Kuning Telur
Tepung Jagung
Sodium Bicarbonate aka Serbuk Penaik
Buah Ceri (hiasan)



Maka terhasil laa biskut raya pelbagai jenis aka Biskut Cornflakes. Rangup dan lemak berkrim. Sungguh enak dimakan dengan dicelup dalam air kopi untuk hidangan di Hari Raya, makan satu nak lagi. Hehe.

p/s ~ Hanya duit jenis biskut raya buatan tangan, 3jam setengah siap. Yang lain-lain biskut raya tunjuk, 5 minit siap.


6 comments:

Hans Hanis said...

rajin ko
bagus2
nampak sedap
:-)

Unknown said...

@HANS ~ tu pun dah kira malas laa.. kalau rajin bnyk lg yg aku buat..
:)

Unknown said...

ko kelantan ke

Unknown said...

@JIJI YU ~ haa,, nape?

Dr. Bentara said...

sedap tu

Unknown said...

@DR.BEN ~ hehe xmakan mana tahu sdp?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails