Saturday, August 20, 2011

Waktunya sudah semakin menghampiri

Lebih kurang dua minggu sahaja lagi waktu yang tinggal untuk bersenang lenang kat rumah, untuk bergelak ketawa dengan kakak yang super duper sengal, untuk jadi badut supaya kakak aku gelak berdekeh-dekeh, untuk bermalas-malas yang sememangnya dah pemalas, keluar pusing-pusing bandar habiskan minyak kereta lepas tu kakak aku topup balik, dan merasa masakan dari Mama.

Lepas pada dua minggu ini, tibalah masa untuk merajinkan diri mencuci sendiri pakaian-pakaian yang luar mahupun dalam, mentelaah jurnal yang sememangnya aku tak suka baca sebab nak kene faham betul-betul ++ aku nie yang tak berapa pandai bahasa penjajah, keluar makan, minum, ronda dengan teman-teman seperjuangan yang disayangi, makan makanan yang bukan buatan Mama lagi. 

* sorang-sorang diperantauan tanpa keluarga *

Semua ini bila benda nie dah berada dalam gengaman aku. 


Bila orang masih lagi dalam MOOD raya aku dah kene kembali ke sana. Merasa beraya kat perantaun lah nampaknya. Buat yang berada di Johor pada ketika itu, leh la jemput aku ke rumah terbuka ya.  

Rasanya baru sebulan lepas aku pulang ke kampung untuk bercuti padehal dah dekat tiga bulan. Kini aku harus kembali ke sana untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya selama dua tahun lagi. Apa yang aku harapkan aku tak akan 'homesick' lagi. Dah lima tahun aku berjauhan dari keluarga, moga ia dapat mematangkan aku. 


19 comments:

Hans Hanis said...

samalah
lepas 2 minggu dah xleh la nak senang lenang cam skrg
:-)

EnciK AxixOu said...

sabo je la lau belajo jauh2..nt nk keje cri yg dekat umah ea..hehehehe

Unknown said...

@hANS ~ Rasanya blog pun tak berupdate..
=(

Unknown said...

@BULAT I2 CIRCLE ~ kalau laa dekat2 umh bnyk kerja yang memerlukan orang yg mengambil jurusan cm sy nie bgus gak.. sng untuk kemudian hari

~RizaL~ said...

relax la.. aku balik lg awal..
mtm tu dah kena blek.. raya ke3 lg tu.. lg sedih wei..


Berat kew blog nie..?

nia said...

sabar2.berkorban demi menuntut ilmu...

F Hzh said...

selamat menyambut hari raya ye nanti.. :)

Elie Lily said...

semoga selamat sampai kampung halaman! :)

Unknown said...

@RIZAL ~ asl awl sngt? jadi faci ehh?

Unknown said...

@FEZA ~ ya sabar demi menuntut ilmu..

Unknown said...

@ZOE ~ awlnya wish.. ok selamat menyambut aidilfitri.
=)

Unknown said...

@ELIE ~ dh ada kat kg laa dear..
=)

mohdhazlan Dreadlock said...

blaja rjin2:)

mohdhazlan Dreadlock said...

blaja rjin2:)

alia allias said...

ko smbung under spe weh? SV ko yg dlu ke?

Unknown said...

@HATIKUBAIK ~ baiklah.. sy akan bljr rajin2. terima ksih..

Unknown said...

@ALIA ~ xlah.. under prof rahim.. SV aku dulu xnk aku dahh

alia allias said...

rahim yaakob eh? asal die x nk? die nk benti dh ke?

Unknown said...

@ALIA ~ yup.. dye xnk dak master.. dye kan kontrak dh skrg.. kalau kira dye dh bersara sbnrnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails