Rentetan dari entry semalam yang bertajuk Teka teki Rasuluaallah S.A.W maka untuk entry ini aku akan bagitahu jawapan teka teki tersebut. Tapi rentetan daripada entry itu juga telah ada beberapa percubaan untuk menjawab teka teki tersebut dan jawapan yang aku terima ada yang memang tepat 100 % ialah dari farisha iaitu
Memang begitu padat jawapannya siap dengan muka surat lagi. Ini bermakna sis Farisha telah mengambil peluang untuk membeli seterusya menjadikan Solusi Edisi 34 ini kepunyaannya. Anda bila lagi??
~ Ini lah rupa halaman 12 untuk jawapan teka-teki tersebut ~
Sebahagian daripada sebab mengapa jawapannya pokok kurma ...
Daun pokok kurma tidak pernah gugur kerana yang gugur ialah pelepahnya. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menerangkan bahawa perumpamaan pokok kurma dengan seorang Muslim (dalam riwayat al-Bukhari dan al-Tarmizi menyebut Mukmim) ialah isyarat yang menunjukkan banyaknya faedah pokok kurma.
Rasanya yang enak, ketahanannya walaupun telah kering tetapi masih boleh dimakan, batang, pelepah dan daunnya yang boleh dimanfaatkan sebagai tiang, kayu api, tali dan sebagainya.
Demikian seorang Muslim yang memiliki pelbagai kebaikan dengan ketaatan dan amalan-amalan solehnya seperti solat, zakat, sedekah, puasa serta akhlaknya yang mulia. Ada juga yang berpandangan bahawa persamaannya terletak pada aspek sifat pokok kurma yang akan mati sekiranya dipotong kepalanya, sebagaimana matinya manusia sekiranya dipotong kepala.
Ada juga yang menyamakan kurma dengan manusia dalam aspek tidak mengeluarkan hasil melainkan apabila didebungakan pohon kurma jantan dengan kurma betina sebagai mana manusia berkahwin.
Walaupun sekadar teka-teki, tetapi Baginda sebenarnya sedang mendidik para sahabat. Bahkan dapat difahami daripada perumpamaan Baginda ini, sesuatu kehebatan ilmu yang luas berkenaan zat pemakanan manusia yang berkait dengan kurma.
p/s ~ untik lebih lanjut dapatkan lah majalah Solusi Edisi 34!!
p/s ~ untik lebih lanjut dapatkan lah majalah Solusi Edisi 34!!
<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
11 comments:
oo.baru tahu... nice info..
nad pon betol!!!
tp lmbt sket...huhuhu
oh..kene ade m/s skali... hehhee
@zul ~ tq..
=)
@Nad ~ jwpan nad pun btl tp cuma nk ckp yg sis Farisha tu 100% la.. mudah tuk org2 terus kehalaman solusi kalau mereka juga ada..
hehe.. jngn putus asa ya.. kalau ada lain teka-teki nad jawab lg yaa..
:)
terima kasih for sharing :)
sizuka ~ sama-sama sis..
=)
nice info..thanks for sharing^^
bagusnya n3 nie..=)
@lissa ~ welcome dear..
=)
@ifa ~ ermm ayt copy solusi sis.. 2 yg cm bgus kan..")
Post a Comment