Thursday, August 4, 2011

Muka tak larat.. Bunga pula layu

Alhamdulilah dah 3 hari aku berjaya puasa penuh. Sakit perempuan aku tak datang lagi. Harap-harap sakit itu tidak datang untuk bulan Ramadhan tahun nie. Dan akhirnya aku di sahkan mengandung sebab sakit itu tak datang padehal aku tak kahwin pun lagi. Kemungkinan nie akan terjadi sebab hormon tak stabil. Owh tunggang langgang kau hormon.

Sebabkan hormon yang tak stabil muka aku tak larat.. Bunga pula layu.. Nie seperti kata Aimi Fairuz dalam komen di entry Wordless Wednesday.. Kenapa?


Seperti sedia maklum nie bulan puasa kan. Bulan menahan diri dari makan dan minum serta koret sana sini di siang hari. Batal puasa kau kalau kau buat apa yang dilarang tu. Nanti kau kene ganti bila dah batal. Jangan kau buat dekk aje. Dosa kau.

Sebabkan puasa laa muka aku macam tak larat. Tak boleh nak makan dan minum air. Tak ada tenaga, lemah, lembik dan lemau. Ehh lemau untuk biskut je. Aku juga mengalami selesama dan batuk yang menyesakkan dada. Itulah sebab tak larat semacam aje. Bunga pula layu sebab tak disiram air. Yela dah bulan puasa, bulan menahan diri dari makan dan minum jadi dengan bunga-bunga pun tak leh minum atau dalam bahasa yang paling tepat untuk bunga ialah tak disiram air. Belajar puasa juga bunga tu.

p/s - musim panas yaa sekarang nie? 
- gambar tu takde kene mengena ngan puasa pun sebenarnya.


<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

3 comments:

Cik Areen said...

singgah sini. :)

ashikin said...

singgah cni juga.. =)

enyheartsdiamond said...

happy fasting dear! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails