Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Sepanjang hidup ini aku manusia yang hina lagi naif, tak lekang dalam membuat salah dan silap dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh pancaroba. Bersempena dengan hari yang mulia ini, aku ingin mengambil kesempatan dengan memohon kemaafan andai ada mana salah silap yang aku tak sengaja lakukan dari kamu-kamu semua pembaca setia, pengomeng tegar, pengikut blog, pembaca senyap, dan mereka yang sanggup singgah dan masuk blog.

Aku juga sedia memamaafkan kamu-kamu semua andai ada yang melakukan kesalahan.. Aku tak pernah simpan dalam hati apa yang korang telah lakukan..

0^0 


Monday, August 29, 2011

Bendera dan Ketupat dirai bersama-sama

Majlis Mohon besar Raja-Raja telah pun mengumumkan yang esok, 30 Ogos 2011, merupakan Hari Raya AidilFitri untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Manakala seperti yang sedia maklum 31 Ogos 2011 pula merupakan Hari Kemerdekaan bagi negara Malaysia. 

Daripada dua hari yang cukup bermakna ini yang diraikan oleh penduduk di Malaysia yang mana harinya hanya selang satu hari, maka terjadilah MerdekaRaya. Sebelum ini pernah juga dinamakan dengan DepaRaya hasil gabungan Hari Deepavali dan Hari Raya AidilFitri.




Uli uli tepung Syawal #2

Assalamualikum..

Jika sebelum ini ada menceritakan perihal biskut raya gotel-gotel picit pakai tangan aku aka Biskut Nestum, kali ini aku nak bercerita akan biskut raya yang diberi nama biskut raya assorted shape. Perghh kau nama biskut raya nak mat saleh gitu.


Habis dah memang assorted shape maka dari situlah datangnya nama biskut. Nak namakan dalam Bahasa Melayu iaitu biskut raya pelbagai jenis macam tak kelas je bunyi pabila disebut. Mahu *derhaka dengan bahasa yang diguna selama ini? Nak jadi seperti beliau yang mengatakan komunis adalah pejuang sebenar dan wira negara? Aishh.. 


Dengan hanya menggunakan bahan-bahan seperti :

Tepung 
Cornflakes
Majerin
Kuning Telur
Tepung Jagung
Sodium Bicarbonate aka Serbuk Penaik
Buah Ceri (hiasan)



Maka terhasil laa biskut raya pelbagai jenis aka Biskut Cornflakes. Rangup dan lemak berkrim. Sungguh enak dimakan dengan dicelup dalam air kopi untuk hidangan di Hari Raya, makan satu nak lagi. Hehe.

p/s ~ Hanya duit jenis biskut raya buatan tangan, 3jam setengah siap. Yang lain-lain biskut raya tunjuk, 5 minit siap.


Saturday, August 27, 2011

Duit Raya RM1000 untuk Rakan Blogger

Assalamualaikum..

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi

Kali ini mungkin bersempena dengan Hari Raya yang bakal tiba, DebaiHati.com ingin memberikan Duit Raya RM1000 untuk Rakan Blogger. Sungguh pemurah pemilik DenaiHati.com ini. Moga terus dimurahkan rezeki. Amin. Oleh kerana itu, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan Duit Raya RM1000 untuk Rakan Blogger itu. Tapi haruslah buat tugasan yang diberikan dahulu.

Tugasan yang perlu dibuat mudah sahaja iaitu Rakan Blogger perlu memilih satu entri di Blog Denaihati contohnya “Cinta Dari Kaabah” kemudian klik entri lain di Related Post dan klik entri lain di Related Post sehingga anda tidak melihat tajuk entri pertama yang ada dalam senarai Related Post yang terakhir.

Dengan itu tugasan aku bermula dengan,

#Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia 2011 :http://denaihati.com/buffet-ramadhan-hotel-dan-restoran-malaysia-2011
#Ramadhan Bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari Api Neraka :http://denaihati.com/ramadhan-bulan-rahmat-pengampunan-dan-pembebasan-dari-api-neraka
#Fadhilat Memberi Makan Orang Berbuka Puasa :http://denaihati.com/fadilat-memberi-makan-orang-berbuka-puasa
#Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2011 :http://denaihati.com/zakat-fitrah-seluruh-malaysia-2011
#Isra dan Mikraj Hanya Kisah Dongeng :http://denaihati.com/isra-dan-mikraj-hanya-kisah-dongeng

Sehingga disini sahaja. Ada rezeki pastinya Duit Raya menjadi milik aku..

BB... Let's experience it

Friday, August 26, 2011

Bantuan amat diperlukan



Bantuan wang boleh disalurkan kepada:

BIMB
14-023-01-002571-8 (HALUAN)

p/s ~ Hulurkan bantuan ringankan beban.


BB... Let's experience it

Thursday, August 25, 2011

Spontaneous Thursday #5

Assalamualaikum..

Bila tiba masanya kita pasti akan pergi..

p/s ~ selalu laa mengingati mati kerana dimana sahaja, bila sahaja ianya pasti akan berlaku..




Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #11





Tuesday, August 23, 2011

Impian dan angan-angan akan tercapai

Assalamualaikum...

Bila tengok orang bergambar sambil lambung topi, pegang bunga besar gedabak yang terpacak teddy bear diatasnya, senyum-senyum sambil memberi pose yang cantik hati ini meronta-ronta nak buat macam tu juga.

Disamping rasa untuk mengembirakan ibu bapa, juga memberi mereka merasai pengalaman menghadiri hari Konvokesyen dan melihat anak sendiri naik ke pentas dan menerima scroll membuatkan aku tekad untuk melakukan yang terbaik.


Dan ternyata aku bakal meraikannya bersama keluarga nanti pabila surat ini tiba ditangan aku. Alhamdullilah. Aku sudah berjaya mencapai impian dan angan-angan aku yang ini. Apa angan-angan dan impian seterusnya?

p/s - Berangan-angan nak naik stage untuk yg kedua kalinya bagi menerima scroll..




Uli uli tepung Syawal #1

Kedatangan Syawal kian terasa sekalihgus menghantar pergi Ramadhan. Adakah ini Ramadhan yang terakhir buat aku? Siapa pun tak tahu melainkan Dia. Apa yang diharapkan moga masih ada Ramadhan yang seterusnya buat diri ini, supaya aku dapat memperbaiki ibadat aku pada bulan yang mulia ini. 

Baju raya, selipar raya, selendang raya, kaya raya, kad raya pojie dah smpai, hantu raya [opocoot hantu kene garilah bulan-bulan pose nie] juga biskut raya. Semuanya bagi meraikan kedatangan raya yang lebih kurang 7 hari lagi. Setelah bertahun-tahun sambut raya hanya dengan biskut raya tunjuk, 5 minit siap tahun ini sambutan raya terasa sedikit dengan pembikinan sendiri biskut raya buatan tangan, 3jam setengah siap.


Nama biskut raya nie ialah gotel-gotel picit pakai tangan aku. Haha.. Klasik punya nama biskut raya. Tak ada kat tempat lain biskut nama cam nie, hanya ada kat rumah aku, jadi siapa nak merasa leh la datang beraya kat rumah ya. Nak duit raya pun boleh datang, tapi kene pastikan umur dibawah 12 tahun. Kalau konfius umur berapa, boleh tengok IC sekarang.


Aku tak malu nak tunjuk biskut yang hangit setelah dibakar melebihi masa. Nak tahu mana hangit mana yang tak leh nilai melalui warna-warna biskut di atas. 


Tapi aku tak hidang kat tetamu yang hangit tu, aku hidang yang cantik-cantik aje. Kalau nak rasa biskut raya  gotel-gotel picit pakai tangan aku leh laa datang beraya. Siapa cepat dia dapat sebab aku buat biskut raya  gotel-gotel picit pakai tangan aku cikit sangat. Nak buat banyak penat laa. 

p/s ~ nama sebenar biskut itu ialah biskut Nestum..Best!!


Monday, August 22, 2011

Emak ada kebun, tapi anak tak tahu.. Patutlaa

Anak yang soleh mahupun solehah tidak akan berebut-rebut mahukan harta pusaka peninggalan kedua-dua ibu bapa mereka, malah anak yang soleh mahupun solehah akan berebut-rebut untuk menjaga kedua-dua ibu bapa mereka kerana itulah yang sepatutnya mereka lakukan bagi membalas balik jasa kedua-dua ibu bapa mereka atas apa yang telah kedua-dua ibu bapa lakukan pada mereka sewaktu mereka kecik-kecik dahulu. 


Hinggakan anak yang soleh mahupun solehah tidak tahu yang emaknya ada kebun. 

mak : nak..mak sudah tidak kuat lg, mak minta kamu sambung mengusahakan kebun mak.

anak : jgn cakap camtu mak *dlm hati, tak sia2 aku balik kampung, dpt harta pusaka dia :D

mak : segala isi kebun mak, ternakan, villa, traktor utk kamu. Tolong jaga baik2 ya? jgn lupa siram air tiap2 hari tanaman mak..

anak : baik mak, mak jgn risau, tp dimana kebun mak ? sy tak pernah tau ?

mak : di FACEBOOK mak, FARMVILLE, nanti mak bg PASSWORD nye..

anak : TT___TT

* nie nak kebun mak *

p/s ~ gigih aku buka FARMVILLE aku sedagkan aku dah lama bersara dari menjadi petani moden yang tak dapat hasil nie.


Sunday, August 21, 2011

Pang peng pung bunyi mercun

Alhamdullilah hari ini dah masuk hari ke 21 kita berpuasa dan hingga ke hari ini aku masih lagi berjaya berpuasa penuh. Ya ialah biasanya perempuan kan ada penyakitnya tersendiri setiap bulan, yang merupakan keistimewaan bagi kaum perempuan yang tidak ada buat kaum lelaki. Kalau lelaki buat pembedahan sekalipun penyakit seperti mana perempuan pure tak akan berlaku pada mereka.

Bukan nak cakap pasal penyakit perempuan ke pembedahan ke tapi nak suruh korang tengok video kat bawah nie.



Perhh tradisi malam raya yang best laa kalau macam nie setiap tahun. Tapi tradisi macam nie juga yang akan menjadi satu memori atau peristiwa hitam yang tak boleh dilupakan kalau semuanya meletup dan terbakar. Habis laa mereka. 

p/s ~ kalau kat kampung aku pun macam nie, aku pun pergi tengok..


Saturday, August 20, 2011

Mangsa pisau cukur

Tak ku sangka tak ku duga, ingatkan lelaki sahaja yang jadi mangsa pisau cukur. Rupanya perempuan pun tak terlepas. Daripada kejadian ini dapat lah juga tahu bahawasanya pisau cukur nie tajam, macam pisau guna kat dapur aje. Tak mustahillah lelaki-lelaki boleh kehabisan harta benda gara-gara pisau cukur manakala yang perempuan pula boleh cedera sampaikan berbalut.


Musim-musim nak raya nie kebanyakkan orang menjadi mangsa mercun, putus jari, hilang tangan, hancur muka tapi aku sebaliknya. Hanya kerana sebatang pisau cukur, kuku aku terhiris. Berdenyut-denyut. 

p/s - berhati-hati laa dalam melakukan apa kerja sekalipun


Rezeki bulan Ramadhan

http://www.blogresipi.com/wp-content/uploads/2009/12/NuffNang_2.0-full.jpg

Setelah lama Buffered Earning bertukar menjadi Meter Earning, kini dibulan Ramadhan, bulan yang mulia ini Buffered Earning kembali. Alhamdullilah ini merupakan Buffered Earning yang ke 7 dan ke 8 untuk tahun ini dan ini merupakan tahun pertama mendapat Buffered Earning setelah setahun setengah bersama dengan Nuffnang. 


Pendapatan yang terkumpul sehingga hari ini pun dah semakin menghampiri nilai Cashout yang dibenarkan. Tapi aku tak bercadang nak cashout awal-awal. Pastinya aku akan simpan sampai aku boleh beli apa yang aku idamkan. Kalau cashout awal-awal, duit yang diperlukan untuk beli barang yang aku inginkan tak cukup lagi, harus duit itu habis dahulu. Nak simpan pula owhh makan tahun lagi laa nampaknya.

p/s ~ leh simpan sekali dengan duit raya yang bakal dapat. Moga nak beli barang tu tercapai..


Waktunya sudah semakin menghampiri

Lebih kurang dua minggu sahaja lagi waktu yang tinggal untuk bersenang lenang kat rumah, untuk bergelak ketawa dengan kakak yang super duper sengal, untuk jadi badut supaya kakak aku gelak berdekeh-dekeh, untuk bermalas-malas yang sememangnya dah pemalas, keluar pusing-pusing bandar habiskan minyak kereta lepas tu kakak aku topup balik, dan merasa masakan dari Mama.

Lepas pada dua minggu ini, tibalah masa untuk merajinkan diri mencuci sendiri pakaian-pakaian yang luar mahupun dalam, mentelaah jurnal yang sememangnya aku tak suka baca sebab nak kene faham betul-betul ++ aku nie yang tak berapa pandai bahasa penjajah, keluar makan, minum, ronda dengan teman-teman seperjuangan yang disayangi, makan makanan yang bukan buatan Mama lagi. 

* sorang-sorang diperantauan tanpa keluarga *

Semua ini bila benda nie dah berada dalam gengaman aku. 


Bila orang masih lagi dalam MOOD raya aku dah kene kembali ke sana. Merasa beraya kat perantaun lah nampaknya. Buat yang berada di Johor pada ketika itu, leh la jemput aku ke rumah terbuka ya.  

Rasanya baru sebulan lepas aku pulang ke kampung untuk bercuti padehal dah dekat tiga bulan. Kini aku harus kembali ke sana untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya selama dua tahun lagi. Apa yang aku harapkan aku tak akan 'homesick' lagi. Dah lima tahun aku berjauhan dari keluarga, moga ia dapat mematangkan aku. 


Thursday, August 18, 2011

Spontaneous Thursday #4


Assalamualaikum & hai..

Jagung Cincau..
Urmmmm!!!



Tuesday, August 16, 2011

Salahkan...


''SALAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR''
''SALAHKAN BROADBAND BLOG TAK DIUPDATE''

Motif?
Takde motif pun!!
Kalau ada pun engkau faham-faham laaaaaaa yaaa!!

Sunday, August 14, 2011

Hatiku ♥ Hatimu


Berikan hatimu kepada yang berhak.
Jangan sesekali memberikan hatimu kepada mereka yang suka mempermainkan hatimu. Kerna kelak hidup mu pasti sedih dan kecewa.

Duhai penerima hati yang 100 % diberi kepercayaan.
Jangan sesekali mempersiakan kepercayaan yang diberikan. Kerna kelak apa yang kau lakukan pasti kau akan mendapatkannya kembali.

sumber gambar di amik syahiruldotcom

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Saturday, August 13, 2011

Biarpun aku tiada teman lelaki tapi aku ada Dia..

Aku tak pernah merasakan diri ini kesunyian biarpun aku tak punya teman lelaki yang pada orang lain pasti akan merasakan dirinya kesunyian pabila tiada teman lelaki. Baginya teman lelaki boleh menemani dirinya berbual-bual dan bermesej-mesej.

Aku tak pernah merasakan diri ini keseorangan biarpun aku tak punya teman lelaki yang pada orang lain pasti akan merasakan dirinya keseorangan pabila tiada teman lelaki. Baginya teman lelaki boleh menemani dirinya dan menjadikan dia tidak keseorangan. Yang bakal menjadikan dirinya bertiga bukannya berdua.

Aku tak pernah merasakan diri ini ketakutan biarpun aku tak punya teman lelaki yang pada orang lain pasti akan merasakan dirinya ketakutan pabila tiada teman lelaki. Baginya teman lelaki boleh menjaganya dikala dirinya dalam ketakutan.


Biarpun aku tak ada teman lelaki tapi aku ada yang bernama Allah S.W.T yang boleh menghilangkan rasa kesunyian aku dengan berchating dengan-Nya menerusi solat yang aku bisa lakukan. 

Biarpun aku tak ada teman lelaki tapi aku ada yang bernama Allah S.W.T yang boleh menghilangkan rasa keseorangan aku dengan berkata Allah S.W.T itu sentiasa bersama dengan hamba-Nya.

Biarpun aku tak ada teman lelaki tapi aku ada yang bernama Allah S.W.T yang boleh menghilangkan rasa ketakutan aku dengan merasakan Allah S.W.T pasti akan menjaga aku dengan baik sekali.




Juga biarpun Allah S.W.T tiada apa yang kita semua ada pada zaman sekarang, aku tetap memilih-Nya.

~ Dari FB teman yang menarik diri ini untuk berkongsi dengan semua ~


<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Friday, August 12, 2011

Jawapan untuk Teka teki Rasuluallah S.A.W.

Rentetan dari entry semalam yang bertajuk Teka teki Rasuluaallah S.A.W  maka untuk entry ini aku akan bagitahu jawapan teka teki tersebut. Tapi rentetan daripada entry itu juga telah ada beberapa percubaan untuk menjawab teka teki tersebut dan jawapan yang aku terima ada yang memang tepat 100 % ialah dari farisha iaitu


Memang begitu padat jawapannya siap dengan muka surat lagi. Ini bermakna sis Farisha telah mengambil peluang untuk membeli seterusya menjadikan Solusi Edisi 34 ini kepunyaannya. Anda bila lagi??

~ Ini lah rupa halaman 12 untuk jawapan teka-teki tersebut ~

Sebahagian daripada sebab mengapa jawapannya pokok kurma ...

Daun pokok kurma tidak pernah gugur kerana yang gugur ialah pelepahnya. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menerangkan bahawa perumpamaan pokok kurma dengan seorang Muslim (dalam riwayat al-Bukhari dan al-Tarmizi menyebut Mukmim) ialah isyarat yang menunjukkan banyaknya faedah pokok kurma

Rasanya yang enak, ketahanannya walaupun telah kering tetapi masih boleh dimakan, batang, pelepah dan daunnya yang boleh dimanfaatkan sebagai tiang, kayu api, tali dan sebagainya. 

Demikian seorang Muslim yang memiliki pelbagai kebaikan dengan ketaatan dan amalan-amalan solehnya seperti solat, zakat, sedekah, puasa serta akhlaknya yang mulia. Ada juga yang berpandangan bahawa persamaannya terletak pada aspek sifat pokok kurma yang akan mati sekiranya dipotong kepalanya, sebagaimana matinya manusia sekiranya dipotong kepala.

Ada juga yang menyamakan kurma dengan manusia dalam aspek tidak mengeluarkan hasil melainkan apabila didebungakan pohon kurma jantan dengan kurma betina sebagai mana manusia berkahwin.

Walaupun sekadar teka-teki, tetapi Baginda sebenarnya sedang mendidik para sahabat. Bahkan dapat difahami daripada perumpamaan Baginda ini, sesuatu kehebatan ilmu yang luas berkenaan zat pemakanan manusia yang berkait dengan kurma.

p/s  ~ untik lebih lanjut dapatkan lah majalah Solusi Edisi 34!!

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Thursday, August 11, 2011

Teka teki Rasuluallah S.A.W.



Semuanya akan terjawab bila anda dapatkan Solusi Edisi 34.


Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk tahu apakah jawapannya. Tambahan pula banyak info yang berguna yang anda boleh dapatkan dengan membaca Solusi Edisi 34. Solusi Edisi 34 merupakan satu keluaran khas untuk Ramadhan dan Syawal yang berharga RM 11. Kalau yang bukan keluaran khas biasanya Solusi ini hanya berharga RM 9. 

Rebutlah peluang yang banyak memberi anda manfaat ini. Tak usah laa dop beli majalah hiburan yang berkemungkinan banyak memberikan info auta dari fakta

p/s ~ nak try bagi jawapan pun boleh. nanti aku bagitahu apa jawapannya yang sebenar..


<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #10 - Sirih pulang ke Gagang











<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Tuesday, August 9, 2011

Kembar lain usia

Ada macam-macam jenis kembar kat atas muka bumi nie yang Allah S.W.T jadikan. Ada yang kembar seiras, kembar tak seiras, kembar siam, kembar bertakup dan kembar lain usia. Macam mana? Macam aku dan kakak aku..

Pergi lah mana pun, kalau ada orang yang pernah kenal dan tengok wajah aku ataupun pernah kenal dan tengok kakak aku, bila mereka jumpa pula kakak aku dan jumpa aku, pasti mereka cakap ehh kembar ke? Kau faham tak ayat penerangan aku tu?? Kalau nak tahu aku dan kakak aku berbeza usia 3 tahun yaa.

~ kami kembar tapi tak serupa kalau ditilik dan diperhati ~

Sehinggakan budak-budak yang dalam lingkungan usia 9-12 tahun pun boleh cakap aku dan kakak aku nie kembar. Peristiwa nie berlaku semalam sewaktu aku pergi hantar baju rumah tukang jahit..

Bebudak : Awok!! Awok kembar kow?

Aku : Ho laa kembar. [mengiakan aje kata bebudak tu]

Bebudak : Wooo kembar. Gilo!!

Aku : Doh bakpow pulok kembar gilonya?

Bebudak : [Diam seketika]. Serupo lah muko.

Bila aku dah pusing moto nak balik, kakak aku terdengar...

Bebudak : Kembar. Sorang hitam sorang putih..

Perghh bebudak nie kutuk aku laa.. Ya aku akui aku semakin gelap dari kakak aku, dan kakak aku masih lagi putih seperti dahulu. Semua nie sebabnya aku kerja OK!! Kerja ditempat yang agak panas. Tak ada aircond dan hanya mengharapkan insan angin untuk mengibas aku. Tapi semua nie akan berakhir hujung bulan  nie dan aku akan pastikan aku kembali cerah sedikit. Hoii bebudak kau tunggu laahh nanti..

~ ce tengok!! Sama kah kami ~

p/s ~ Mama yang melahirkan kami pun tak leh tengok kat mana kami serupa sehinggakan boleh dikata kembar!!

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails