Saturday, February 18, 2012

Berikan kepada yang berhak : Jangan main-mainkan

Assalamualaikum..





Apabila sudah tidak mahu pulangkanlah kepada pemilik asalnya. Jangan sesekali bermain dengannya kerana ia bukan barang permainan yang boleh dilambung, dibaling apabila tidak diperlukan dan diambil kembali apabila mahu. Hati ini diibaratkan seperti cermin, bila pecah susah nak dicantumkan kembali.

Seelok-eloknya berikanlah hati kepada yang berhak memilikinya. Janganlah sesekali terlampau senang dengan memberikan hati kepada orang yang bukan sebarangan, yang mungkin kenal pun baru seminggu dua. 

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa mudah sangat seseorang itu menjalinkan hubungan dengan seseorang. Mengucapkan kata cinta, rindu dan sayang walhal baru kenal untuk sehari. Tambahan lagi, apabla perkenalan hanyalah melalui YM, FB dan mungkin tersalah panggilan. 

Seelok-eloknya jalinkanlah hubungan persahabatan dahulu. Kenal isi hati, peribadi dan tingkah laku. Janganlah terlalu mudah memberi harapan yang kita sendiri tak tahu betul atau tidak tindakan yang kita lakukan. Andai melalui persahabatan itu merasakan adanya keserasian, boleh laa menjalinkan hubungan yang serius dengan membentuk sebuah perhubungan yang diredhai. 

p/s ~ Kesian ayah dan mak kita..

5 comments:

Nisa Greennnpanda said...

like 1000x~!!! ^_^

btul3.. sy pun nk jg ati baik2 pasnie...xnk t'luke dh... xnk snang2 bg kat org dh, ngehehehe.. XD

aReLaN said...

hmmm...memang masalah kalau terlalu mudah beri hati ni kan.tapi salah si pencuri hati tu gak.ingat soal hati ni benda main2 kot.

cinta siswi said...

betul3.. jgnbagi pd yg nak main2.. bagi pd yg ikhlas.. :)

Hafizin Jamil said...

entry untuk wanita ke ni??hehe

Zehan Ilyana said...

hati ni sepatutnya menjadi barang precious.
bukan sesenang ank bagi kat orang atau biarkan org lain mempermainkannya..
kan?
:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails