Friday, February 17, 2012

Ikhlaskan lah diri : Banyak faedahnya

Assalamualaikum..


Bukan senang bila kita kena buat sesuatu kerja yang kita tak mahu buat. Tambahan lagi memang kita takde sangkut paut langsung dengan kerja itu, tapi atas desakan atau arahan seseorang itu, kita tanpa rela telah paksa diri kita untuk buat. 

Jadi hati kita tak akan ceria, tak gembira. Secara tak langsung memberi kesan pada kerja kita yang kita lakukan itu. Sepatut masa yang diambil untuk membereskan hanya 10 minit akan jadi 30 minit. Malah ekspresi wajah kita pula pastinya mulut muncung-muncung macam mulut itik, muka pula kelat semacam, senyuman pun xde sebagai hiasan. 


Hati pula sudah tentu rasa nak memberontak aje. Orang tegur pun jadi nak marah. Orang tak tegur lagi laa nak marah. Keadaan yang tenang pun jadi seperti serabut. Lagi serabut bila hal sendiri tak settel nak kene settel kerja orang lain pula.

Tapi bila kita ikhlaskan diri :

~ Ikhlaskan lah diri, Insyallah ada ganjarannya.
~ Ikhlaskan lah diri, Insyallah kerja sendiri yang tak settel akan dipermudahkan.
~ Ikhlaskan lah diri, Insyallah ramai gembira.
~ Ikhlaskan lah diri, Insyallah orang suka. 
~ Ikhlaskan lah diri, Insyallah hati tenang.


5 comments:

syafiqa said...

niat buat pape biar ikhlas :)

sugar2 kapas strawberry said...

pernah jugak buat kerja macam tak ikhlas.terpksa..then alih2 kerja tu jadi serabai...nahhhh..padahnya.

Anonymous said...

ikhlaskan utnuk semua yang terjadi,,yakinlah,,ade hikmah disebalik setiap kejadian :)

cinta siswi said...

ikhlas dpt ganjaran dr ALLAH.. :)

Zehan Ilyana said...

nice..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails