Saturday, February 11, 2012

Lab Rat's : First Vacation

Assalamualaikum..

*cerita basi sebab dah lama...

Suka.. Gembira.. Riang.. Senyum..
Itulah yang terpancar dari riak wajah seseorang yang dibawah nie. Juga kerana percutian inilah aku buat ini yang ada dalam entry ini. 

*tengok peta dulu, nanti sesat*

Ini merupakan percutian kami bersama-sama yang pertama (lepas nie ada lagi). Memang terbaik!! Tapi sedih percutian yang nie tak semua join. Owhh sebelum tu, kami merupakan budak-budak (budak-budak ke?) dari makmal yang sama di bawah supervisor yang sama. Hubungan kitaorang dah macam adik beradik dan juga keluarga. Kemana-mana pasti bersama, tapi kalau urusan penting masing2 tu xde la bersama-sama juga. Kalau ada masalah pula kitaorang pasti kongsi bersama dan selesaikan bersama. (macam isi dengan kuku dah)

*masing-masing try untuk buat gaya tersendiri*

Bagi aku nie merupakan percutian ke Kota Singapura yang kedua. Sebelum nie aku pernah pergi dengan kawan-kawan semasa degree secara berkumpulan. Bayar sebanyak RM 70 kalau tak silap tapi takde buat pasport sendiri, pakai yang pasport group je lagi murah. Untuk sekali pergi sahaja. Time pergi secara berkumpulan, aku dah jejak Marina Bay, Sentosa Island tengok 'song of the sea', Masjid Hussein Sulaiman dan ada lagi tapi aku lupa. ;0



Kali nie aku pergi Marina Bay lagi. Takde banyak berbeza pun cuma dye punya latar belakang tu dah ada hotel yang mempunyai kolam renang pada kedudukan yang tinggi tu la yang macam kapal tu. Lepas tu kitaorang pergi Orchad Road-kawasan orang kaya, tapi kami xkaya pun kayap ada la. Kat Orchad Road nie banyak butik2 yang sesuai untuk golongan kaya-raya. Kami tak masuk butik pun tapi ada masuk satu bangunan entah nama apa bangunannya tapi kat dalam tu ada banyak kios2 jual cenderahati. Ada kedai jual murah ada jual mahal, kene rajin jalan dan bertanya la.
*minta izin dengan pemilik kedai untuk amik gambar dengan bear besor*

Gambar peluk bear kat ats nie aku xingat dah kat mana. Haha. Tapi bangunan tu cam baru lagi la ada kedai-kedai kat dalamnya, ada Watson juga A & W kalau xsilap. Hehe.. Kat situ kitaorang ada makan makanan Jepun dan Korea dalam entry nie

Sekian sahaja untuk Lab Rat's vacation yang pertama...

p/s ~ Banyak 'ini' dan 'nie' la dalam entry kali nie

4 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

fuhh... tringin jugak nk pg singapore...

tp wang ngak ad dong.. hihiih

Shiema Sufian said...

wowwww, syioknyaaaaa. comel ja semuanya (:

cinta siswi said...

waa.. bestnye spent time dgn kawan.. :)

shiny2 star.. said...

wah.nk ikot!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails