Sunday, June 10, 2012

Trip 24 jam

Assalamualaikum..

Lab rat's sorang nie dop ajak pergi KL sebab katanya dye craving tako tao. Melayankan yang dye craving sangat tu, kami ke KL. Tapi setelah aku habis 1st assesment yang mana aku dah pun tahu keputusannya. Aku dan seorang lagi lab rat's lulus. Alhamdullilah.

Pada hari aku habis 1st assesment (7/6/12), jam 10.30 pagi kami pun dengan  lafaz Bismillahirahmanirahim memulakan trip kami. Hanya dengan 3jam kami sampai KL. Cepat giler kan. Takde laa bawak laju sangat pun cam biasa laa highway 110km/h je. Tapi alhamdullilah xde berlaku pe2 kami selamat pergi dan balik.


KL nie kami menuju ke Mid Valley. Aku tak sure laa kat KL nie hanya kat Mid Valley je ke yang ada tako tao tu. Kiranye sampai2 je Mid Valley tu terus berkejar ke tempat jual tako tao. Mula-mula sampai kedai tu takde orang pun, lepas kami sampai terus je ramai orang. *Muka pembawa rezeki betul keteorang nie. 

Lepas beli tako tao g cari ticket wayang. Kebetulan hari tu Madagascar 1st tayangan. Pe lagi terus beli ticket. Beli yang 3D ok. Memang syok. Tu lah kali pertama aku tengok 3D. *jakun betul, asyik perkataan woooo je yan kuar dari mulut. Nanti aku cerita lebih lanjut pengalaman aku tengok 3D k.


Lepas beli ticket, acara makan2 lagi. Memang kosongkan perut betul laa untuk makan2 nie. Semua orang pilih nak makan makanan korea. Yelah takkan nak makan makanan  yang senang dapat kat JB gak. Rugilah. Aku makan seafood ramiun. Best?? Takdelah best sangat pun macam makan maggi je. Tapi yang makanan Korea kat Singapore hari tu best lagi. Maybe cara masak dan ramuan lain2 kot. Kalau cam tu mesti kat Korea best lagi.

Bila dah selesai makan dan solat, naik atas balik nak tengok wayang kul 6.00 petang lak. Sempat laa kami mengusha purse masa odw nak pergi panggung tu. Dan ada satu kedai nie, purse kat kedai tu chantik2 belako. So aku yang pada awal tak bercadang nak beli pe2 tertarik tuk beli purse kat kedai tu. Serious memang chantik!! Kalau xbeli kan menyesal pula bila balik JB. Nak g beli balik idaklah kat KL tu. Panas bontot. 

Nak tengok purse yang aku cakap chantik tu. Nantikan entry seterusnya ya. Nak cite cnie kan panjang berjela pula. Korang pun bukan suka baca panjang2. Tak gitu?

p/s ~ malam nie ada trip lagi. 

3 comments:

Onitsuka_hana said...

sedap x tako tao? mcm sedap

zOeY zAu YaH said...

rajinnya turun kl ;)

ctk said...

waaa...makanan tu menarik selera ku lah :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails