Tuesday, December 31, 2013

CPUV terakhir 2013 mungkin

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Masih lagi ada CPUV untuk tahun nie rupenya. Ingatkan Nuffnang dah xpeduli kat penulis lagi. Yelah sejak 2,3 menjak nie bukan main liat lagi nak update blog kan. Huhhh. Makin dok rumah makin malas jadinya. Kerja yang Dr baru bagi pun tak siap lagi. Buat 3,4 perenggan dah letak tepi. Janji ngan Dr nak siapkan ASAP. ASAP naik ke udara adalah. Huwaaaa

Kali nie CPUV dari INTI cycle. Penulis dok tengok ramai juga yang dapat CPUV dari INTI nie. Ada tu dapat 3 CPUV smuanya dari INTI. Walawehh masyuukk. Apa cerita INTI cycle nie? Adehh penulis pun tak tahu. Nak tahu moh ler singgah blog penulis sokmo. Nanti tubik iklan sal INTI tu klik-klik lah deh.


p/s ~ esok masuk tahun 2014 doh. Cerito 2013 penulis tak update lagi nie. :0

Sunday, December 29, 2013

Moh ler follow

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum. .

Tiba-tiba je rasa nk promote IG sendiri. Janji lepas ni penulis xbuat macam ni dah. Hehe. Harap maaf lah ya. K bye. 




Friday, December 27, 2013

Menara Tinjau

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dah lama merantau dok tempat orang, balik negeri pun tak sempat nak menjelajah ke seluruh pelosok mahupun pusat bandar sendiri. Hehe. Kalau balik pun sekejap-kejap dan banyak masa berada kat rumah, masak-masak dan tengok tv. 

Rupenya kat Tambatan DiRaja yang kat pusat bandar Kota Bharu dah ada menara tinjau. Dulu kat kawasan nie kedai-kedai makan tapi sekarang semuanya dah lesap yang ada menara nie je. Tinggi juga menara nie woo, penulis dan adik penulis berkesempatan panjat menara nie. Huh nasib baik kami ni bukan pengayat orangnya. Berjaya sampai ke kemuncak. Alhamdullilah. Semput tu ada lah juga. Tapi bila turun tu yang paling best.


Banyak itu cantik pemandangan bandar Kota Bharu dari atas nie. Juga boleh nampak  itu Jambatan Sultan Ismail. Tapi dalam entry nie takde gambar jambatan la. Yang ada itu gambar ajo la. Bendera kebanggaan pun ada nampak berkibar-kibar. Hehe


Owh ya nak naik menara nie ada waktu yang ditetapkan dan ada cas yang dikenakan. Omo-omo jangan cuba nak panjat suka hati. Lagi pula pagar dia berkunci kalau bukan waktunya. Bayaran yang dikenakan takde lah mahal sangat berbanding dengan view yang kita akan dapat lihat dari atas tu. Tak salah berbelanja sikit untuk sesuatu yang boleh dikatakan menarik. Tak gitu? 



p/s ~ Sesiapa yang nak panjat leh la cabar diri. Ehh? Hehe

Thursday, December 19, 2013

Aku bangga IC '03'

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Being as Kelantanese is not easy, but i was born this way. Alhamdullilah. 


p/s ~ jangan lupa jati diri

Saturday, December 14, 2013

Selepas banjir

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Kelantan pun banjir juga. Tapi kesan banjir itu takde lah ketara sangat seperti yang berlaku di Kuantan dan Kemaman. Di dua tempat tu memang teruk sangat-sangatlah banjirnya. Dan pastinya kemusnahan pun pasti banyak. Jadi hulurkan tangan ringankan beban. Hubungi mana-mana badan NGO or kerajaan yang bersedia untuk membantu. Harta tidak akan dibawa, tapi amal jariah itu yang diperlukan bila kita tiada nanti. Renungkan!

Air sungai Kelantan tahun nie tidak melimpah ke bandar Kota Bharu. Ia juga tidak menyebabkan banyak tempat banjir sebabnya di sepanjang Sungai Kelantan nie telah diuat benteng bagi menghalang air masuk ke sungai-sungai kecil. Tahniah untuk mereka yang telah membuat benteng. Usaha anda telah menyelamatkan ramai penduduk-penduduk yang mana saban tahun kalau rumah tak banjir, tak sah.

Nie ada sedikit gambar untuk keadaan selepas banjir di Tambatan Diraja. Kelihatan pekerja MPKB sedang bertungkus lumus membersihkan kawasan tambatan. Lumpur yang dibersihkan agak tebal juga lah. Tengok akan mereka buat kerja tu cam best je, cam menarik je. Hehe. 



p/s ~ Bumi Kelantan ditimpa hujan lagi hari nie

Wednesday, December 11, 2013

Daripada Nobody kepada Somebody

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Penulis tahu mesti takde seorang pun yang terlepas dari tengok video awek legoland aka Syasya kan? Semua orang tahu pasal tagline 'Macam Comel je, Macam Cantik je' kan? Dan tagline tu sekarang dah makin galak digunakan. Tidak hanya mengunakannya untuk cantik dan comel sahaja malah untuk perkataan-perkataan lain juga. Tak gitu? 

Daripada hanya mengunakan tagline itu untuk menceritakan kecantikkan mata Syasya sekarang tagline tu dah digunakan dimana sahaja. Malah ada yang menggunakan tagline itu untuk dijadikan tajuk lagi. Sebelum nie Amar (penyanyi Nasyid) telah menjadikan tagline tu sebagai tajuk lagu beliau. Kali nie pula Erry Putra menggunakan tagline tersebut. Bukan setakat menggunakan tagline tersebut, Erry Putra turut mengundang Syasya yang mana nama komersial sekarang Syasya Solero untuk berduet dengan beliau. 

Woo whose know kan. Syasya daripada awek legoland yang diperkatakan sekarang dah famous. Siap dapat berduet dengan Erry Putra lagi. Ko ada? Semestinya takde. Yaa masuk kepada tajuk post "Daripada Nobody kepada Somebody". Rezeki masing-masing. Kita tak tahu apa yang berlaku melainkan kita dah lalui juga kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Just watch your step. Hidup umpama roda, kadang-kadang kita dibawah dan ada ketikanya kita diatas. Just prepare. 

And here penulis attach sekali lagu baru Erry Putra ngan Syasya. Even hanya menyumbang suara 10%, Syasya dapat nyanyi n berkoleberasi ngan artis.


p/s ~ penulis bukan peminat Syasya

Sunday, December 8, 2013

Bubur asyura di bulan Safar

 Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum. .

Walaupun bulan Muharram dah 5 hari berlalu tapi masih ada lagi yang buat bubur asyura. Alhamdullilah secara tak langsung ianya menjadi rezeki buat kami sekeluarga. Sementelah tahun nie kat kampung penulis takde orang buat pun. Malah kat masjid pun takde buat. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu.


Kebetulan dah ada orang buat nie, secara tak langsung ianya telah tercipta satu pengalaman baru buat penulis iaitu menjadi salah seorang pengacau bubur asyura. Walahh sakit kepala bahu penulis walaupun takde lah lama sangat mengacau pun. Yelah bila dah nak masak tu kan, bubur asyura jadi makin likat jadi makin berat lah nak kacau. But it's ok. Dapatlah penulis bina muscle. Hehe. Dapat otot yang berketak-ketak. 

We are family. Kak long je takde dalam pic sbb dye kat KL. 

P/s  - being with family always make me happy. 


Saturday, December 7, 2013

Salahkah by Rossa & Hafiz

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sejak dua tiga hari nie penulis dok giler dengar lagu Salahkah by Rossa & Hafiz nie. Lagu nie jadi OST tuk cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Alah cerita baru yang akan mula tayang 9 Disember (lusa) ni. Cerita nie adaptasi dari novel tajuk yang sama dengan cerita. Penulis tak pernah baca lagi novel tu. Sebabnya takde dalam simpanan penulis. Hehe

Pelakon cerita nie Nelydia Senrose sebagai heroin dan Shanaaz Ahmad sebagai hero. Hurm macam gabungan pelakon tak kene je. Tapi its ok tu hanyalah pandangan penulis. Lagipula penulis bukan lah hebat sangat dalam penerbitan nie nak kritik-kritik bagai. So we just see whether their combination is ok or not. Yeahh. 

Sini penulis siap share video dan lirik tuk lagu yang penulis dok giler dengar dua, tiga hari nie. Penulis nak korang ketagih cam penulis juga dok ulang dengar lagu nie. Hehe. Check it out.



salahkah ku bila
mencintamu sepenuh hati
sedangku tahu pasti
keluarga tak merestui

biarkan dunia berputar
seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang untuk kita berdua

dari jauh ku berlari
mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

dari situ ku sedari
mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki

salahkahku bila mencintaimu
mencinta sepenuh hati

biarkan dunia berputar
seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang untuk kita berdua

dari jauh ku berlari
mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

dari situ ku sedari
mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki

salahkah salahkah
salahkah salahkah
salahkah salahkah
salahkah salahkah ku...

dari jauh ku berlari
mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

dari situ ku sedari
mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki

p/s ~ macam best pula guna ganti nama 'penulis'  

Thursday, December 5, 2013

Pusat Pungutan Zakat datang kejar dekat Blog

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum


Dah lama blog nie sepi dari cerita-cerita baru tuan rumah. Bukan takde cerita nak diceritakan tapi penyakit M yang menular dalam diri tersangat lah teruk. Nasih diri lah. Tak leh nak istiqamah dalam menulis. Lagi pula penulis sekarang tengah bersenang lenang di rumah, membesarkan badan yang sedia besar. 

Hari nie penulis update pun sebabnya penulis tengok ada CPUV baru kat Nuffnang. Hehe bila ada BE baru, baru penulis beria nak update kan. Maklumlah nak kene kejar earning banyak sikit. Dengan takde kerjaya nie susah. Duit bukan ado sokmo dalam purse. Ada ketika kering jugak. Nak jaga ketebelana duit kenelah berusaha kan.

Nie ada CPUV dari Pusat Pungutan Zakat. Hah nak suruh penulis bayar zakat ke sampai buat iklan kat blog penulis nie? Penulis tak mampu lagi lah nak bayar zakat. Zakat Fitrah hari raya baru nie pun papa penulis yang bayarkan. Nak tahu pasal apa iklan Pusat Pungutan Zakat leh lah datang jenguk blog penulis sentiasa ya.


p/s ~ punyalah panjang tajuk entry kali nie.

Friday, November 22, 2013

Popia Crab Stick

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari tu masa balik rumah berpeluang lah nak buat popia sendiri. Sebelum nie, masa balik rumah juga memang ada nak buat popia nie tapi sebab ahli keluarga tak cukup lengkap jadi malas nak buat. Maklumlah bila ramai-ramai bari syok nak masak n makan bersama.

Belajar buat popia crab stick nie pun dari lab assistance. Memang best lah makan sambil cicah sos. Tu yang teringin nak persembahkan kat Mama plak. Lab assistance lelaki tapi pandai masak. Tapi agak cerewek sikit la. Kalau tak kene ngan selera dye memang dye cakap je tak sedap. Aku penah sentap dengan dia. Tapi lantakkan je. Sedap ke tak sedap, nak, makan juga kan. 


Bahan-bahan nak buat popia crab stick nie simpel je. Kalau rasa nak letak-letak tak nak letak pun boleh. Tapi kalau dah nama popia crab stick xde kulit popia ngan crab stick tak jadi ya. Hehe. Bahan-bahan lain macam daun bawang, carrot, sengkuang dan mayonis.


Cara buat pula. Mula-mula crab stick tu cam biasa rebus dulu lepas tu potong kecik2. Pakai gunting lagi senang. Yang lain-lain basuh sehingga cuci n potong ikut suka. Kulit popia pula pakai yang besar tu. Sebabnya untuk senang gulung. Owh dah potong semua bahan-bahan tu, gaul sekali dengan mayonis. Nak letak garam, gula pun boleh. Tak nak letak pun boleh. Dah siap gaul leh la mula gulung. Senang je.


Nak buat besar, letak inti banyak sikit. Kalau nak dapat popia banyak boleh letak inti sikit,. Aku buat semua size-size aku sebabnya bukan nak jual pun. Nak makan bersama keluarga. So better yang besar2 la. Takdelah masa nak mengulung tu lama. Hehe. Padehal pemalas sebenarnya. 


Dapat pula makan popia bersama keluarga dengan menyaksikan alam ciptaan Allah SWT memang terbaik ah. Tenang je rasa. Bukan sokmo dapat kumpul satu keluarga sejak kakak kerja kat KL. huhu


Wednesday, November 20, 2013

Kebebasan beremosi

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Bila terkenagkan akan perihal tu, hati tak tenang,jiwa serabut. Tak akan ada orang faham pun. Bila dicerita hnya menghabiskan air liur je sebab bagi dia perkara itu lawak. Bukti dia senyum dan gelak. Sapa tak sakit hati. 

p/s ~ jiwa dan perasaan masing2 berbeda.

Thursday, November 14, 2013

Puding Roti Entah ke Berapa Kali

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sejak ada pemanggang ajaib nie bukan main galak lagi buat puding roti. Sebelum ada pemanggan ajaib mana ada aku cerita kisah buat puding roti ni. Kan3x. Dah la pemanggang ajaib tu beli tuk Mama (boleh cek kisah beli pemanggang kat cnie), alih2 aku yang 150 juta kali dok guna. Udahnye mama aku tak berapa rajin nak guna, dari terbiar baik aku yang guna. 


Upload gambar kat FB, haish ramai plak yang nak. Semuanya kawan-kawan kat U. Nak balik sana ni, kene buat lain n bawa kat diorang. Kesian plak. Hehe.

p/s ~ Mama lagi suka pakai dapur arang kalau nak membakar lauk2, last2 memang aku ajelah yang guna.

Wednesday, November 13, 2013

Cek sudah sampai

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sebelum nie dah dapat email pasal payment advise, jadi hari nie ceknye dah sampai. Horeyy. Agaknye dengan amount yang tak seberapa apa yang boleh aku buat ya? Korang kalau dapat cek dari Nuffnang nie biasanye korang buat apa dengan duit tu?



p/s ~ masih xde idea nak buat apa dgn duit nie.

Monday, November 11, 2013

Magnet Kekayaan & Kejayaan : Dr Azizan Osman

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum

Alhamdullilah hari nie diberi kesempatan utk hadir satu seminar Dr Azizan Osman. Oh ya yang aku hadir nie free je dengan pendaftaran 3 orang. Kalau kata ko nak datang tapi xde orang nak pergi, ko daftar je nama 3 orang termasuk mak, ayah ko lepas tu ko dapat pergi ngn free. Kalau ko daftar ko sorang ko kene bayar RM30. 


Itu cara yang Dr Azizan sendiri yang ajar. Sebabnya niat beliau cuma satu, nak tolong bangsa beliau sediri. Dengan kos nak sewa dewan untuk buat event, beliau boleh beri orang masuk dengan percuma. Masuk free tu satu perkara, satu perkara lagi, beliau boleh bagi buku yang berharga RM25 free dekat semua orang yang hadir.


Okeh fine, ko kata sebab beliau kaya boleh la kalau nak bagi kat semua orang free. Habis tu ce ko bagitahu aku ada ke orang kaya lain yang pernah buat macam beliau. Ada?? Pernah jumpa? Takdekan. Beliau adalah satu dalam sejuta. Beliau beria-ria buat bisnes sekarang pun bukan kata sebab nak kaya sangat tapi more kepada nak tolong orang. Buat amal jariah. #proud

Banyak yang diberitahu oleh beliau, nak berjaya kene balik kepada pencipta kita. So mana-mana yang nak berjaya please muhasabah diri. Perbaiki diri hubungan dengan pencipta. Tak lupa juga dengan ibu bapa. Kata beliau, kat rumah tu ada orang yang boleh mendoakan kita dan bertapa mustajabnye doa mereka (bagi yang msh mempunyai ibu bapa). So, tak sia2 aku p seminar nie atas ajakan kawan. Memang betul2 bukak mata aku. 

p/s ~ bini beliau lawo woo..
p/s/s ~  beliau mempunyai IC '03' woo

Sunday, November 10, 2013

buah kedongdong

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Buah kedongdong cicoh colek aloh sedak mena nah. Suka betul ak bila dok rumah sebab banyak makanan yang boleh dimakan. Tambahan pula I'm food lover. 

Dok kat rumah pun dan macam berada kat Syurga, cam mana lah  bila kat Syurga. Nak rasa macam kat mana ya? Bila kat sana tentunya lagi banyak jenis makanan kan. Tak dapat nak gambarkan macam manam biarlah masa yang menentukan.


P/s : buah kedongdong yang dipetik dari rumah mak saudara.


Update : CPUV ke 20 & 21

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Walaupun sebelum nie blog jarang berupdate, Nuffnang tak pernah lupa nak bagi aku CPUV. Terima kasih Nuffnang. Untuk tahun 2013 nie jumlah CPUV dah ada 21. Kira oklah kan. Sebabnya tu tambah dengan malas semua. 


CPUV yang aku tak update lagi kat cnie yang 11 Oct  dan yang 8 Nov. Yang 11 Oct tu dari Nestle Drumstick. Baru nak update sbb masa dapat CPUV tu mood hancur. Yang baru 8 Nov tu dari Darlie Expert White. Nak tahu tu iklan pasal apa leh lah singgah selalu blog aku..


Saturday, November 9, 2013

Dah dapat Payment Advide

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum 

Punyalah lama menyepi dari blog kan. Bukan takde cerita tapi mood kelaut. Tambah pula masa tu tengah serabut nak siapkan Thesis. That's why aku ada post pasal warning before entry nie. Tapi sekarang no more warning. hehe. Aku dah selamat hantar spiral binding untuk viva pada tarik keramatnya 6 NOVEMBER 2013. So sekarang hanya menunggu untuk Viva. Alahai cuak pulak rasanya. 

Bukan nak cerita pasal thesis ke viva kat cnie ya. Cuma nak update payment Advise tuk cashout yang aku buat pertengahan bulan 9 dah dapat. Yehh. Asal lama sangat nak dapat? Sebabnya org dah cakap kalau nak cashout, cashout hujung bulan. Aku degil + gedik g cashout tengah bulan. Sebab tu lama nak kene tunggu. :)

Apa pun duit takde lah banyak sangat. Cukup la nak sara diri tak pun belanja family. Lagi setahun kot baru leh cashout balik. Sebabnya aku bukan blogger famous lagi kental nak update blog sokmo. Bila penyakit M datang, apa pun tak boleh.. Hehe


Wednesday, October 30, 2013

Warning ~~

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


p/s ~tdung kelang keliput sekali..

Thursday, October 17, 2013

Kek Raya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



Plan nak buat kek raya nie masa Raya AidilFitri lagi. Tapi sebabkan banyak sangat makan jadi plan nak buat kek nie ditunda pada Raya AidilAdha. Bukan sebab xbanyak makan Raya AidilAdha nie tapi sebab takde bizi macam Raya AidilFitri.

Plan asal nak buat kek pun bukan nak buat kek bulat. Tapi sebabkan loyang empat segi tu xmuat masuk pengukus terpaksalah buat bulat jgk. Huwaa.. Sebenarnya baru nak test guna loyang empat segi tu sebab baru beli. Hampeh betul. 

Rupa kek bukan main comot lagi. Haha. Sebabnya coklat cair yang aku guna tuk salut kat badan kek tu sikit sangat sebabnya malas nak cairkan yang lain. Lagi pula dah berpeluh2 masa tu. Macam orang buat sauna pun ada. Tapi comot-comot pun sedapp okay.

p/s ~ hari2 makan daging!! gemuk!!

Thursday, October 10, 2013

Win Sogood Moment Contest :: KFC

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Menang nie dah lama dah. Tapi baru sekarang dapat update coz surat alamatkan kat rumah. Jadi bila balik rumah baru dpat tengok apa yang menang dan surat2 yang aku dapat. Nasib lah kan.


Yang pasal menang 'sogood moment' contest dari KFC nie dapat hadiah cash voucer RM10. Alhamdullilah dah dpat jimat RM10. Voucer nie diterima pakai dekat KFC, RasaMas, Pizza Hut dan PHD. Tarikh xpired vaucer nie tahun 2014. Lambat lagi. So bila duit masuk nanti boleh lah berbelanja umpama reward diri dengan pakai vaucer nie. Kenapa tunggu duit masuk? Kot2 nak beli banyak so yang lebih2 kene pakai duit sndiri. Kalau takde duit nak bayar cm mana. Hehe. Owhh ya menang kontest nie dengan cara join kat FB. =)


p/s ~ makin suka masuk kontest bila menang cm nie. Biarpun menang yang biasa2 shja..

Wednesday, October 9, 2013

Hampir 2 bulan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan bagi menggambarkan perasaan yang gembira terlampau nie. Kurang dari 24 jam lagi nak naik bas untuk pulang ke kampung halaman. Yabedabedo. Excited..


Dekat 2 bulan tau tak balik kampung nie. Selalunya every one month aku comfirm balik. Last balik aritu masa Raya AidilFitri. Nie nak raya AidilAdha dah, baru dapat balik lagi. Huhu. Lepas nie tak tahu bila plak dapat balik. Lagi-lagi sekarang nie memang buzy teramat sampaikan yang dua minggu tak sempat nak update blog

Nie dapat balik untuk seminggu lebih kira dapatlah lepas rasa rindu yang terpendam dekat keluarga. Nak peluk Mama kuat-kuat. Nanti nak g shopping sama-sama. Nak masak-masak kat rumah. Yehh!!

p/s ~ doakan aku selamat sampai..

Tuesday, October 8, 2013

Free Milo Mug :: KFC

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Melayankan akan lab assistance yang beria-ria nak mug zaman dulu-dulu (dah mcm budak2) yang mana boleh didapati kat KFC, berdesupp g breakfast kat KFC semuanya.  Tapi takpe lah naik kete dia. Kuwang-kuwang. Kalau tak breakfast kat SUB je kat dalam UTM je. 

Mug yang dikatakan zaman dulu-dulu punya ha yang kat bawah tu. Ada 4 jenis kesemuanya cuma berbeza gambar je. Ada yang orang dok lari, main basikal, main bola keranjang dan yang satu lagi tu entah tengah dok bersilat ke apa. Boleh plak lab assistance kata ni mug zaman dulu. Pada aku zaman sekarang pun ada mug nie apa. Haha. Tapi demi lab assistance layankan aje, nanti merajukk dah xnak masak-masak untuk kiteorang.


Bagi mendapatkan kesemua koleksi mug-mug tu kene lah pergi ke KFC utuk breakfast for every two weeks. Sebabnya setiap dua minggu satu jenis mug akan diberikan. Minggu ketiga dan keempat mug jenis lain plak dan seterusnya. Leh rujuk gambar atas tu. Lab assistance aku dah beria-ria dok kumpul mug-mug nie. Biarkan. Yang penting dia dah takde ajak pergi breakfast sana. Dia g breakfast sorang-sorang kot. Tak pun ngan makwe. Haha..


Kalau takde pic kami tak adil lah kan. Kuwang-kuwang. Owhh ya nak dapatkan mug tu ada set yang kene beli. Murah-murah je set dye. Paling mahal RM 11 kalau tak silap apa. Set tu ada kat dalam gambar atas nie. Carilah. Hehe. Aku amik set bubur. Yang paling murah. RM 6.90.. Dapat hash brown satu, lepas tu air. Bubur dia boleh tahan la. Nak cuba pergilah KFC..

p/s ~ beria promote KFC bukan dapat komisyen pun. =)

Monday, October 7, 2013

CPUV 18 & 19

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Lepas  cashout hari tu sekarang ada 3 CPUV ngan runnung. Alhamdullilah.. Olay JAS Bundle dah penah aku update sebelum nie. Yang terbaru tu Q3 New Hotlink Plan dan Transition Opitical. Nak tahu pasal apa iklan-iklan tu meh la singgah selalu. Nanti iklan tu dah keluar boleh lah klik-klik. Terima kasih..


p/s ~ Dah hantar tesis kat fakulti nanti cam teringin nak berniaga lah sementara menunggu viva. Korang ada idea tak nak suruh aku berniaga apa??

Sunday, October 6, 2013

Dua minggu super buzy

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dua minggu blog x berupdate. Kesiann. Bukan takde cerita yang nak diceritakan tapi keadaan yang tak memerlukan. Dari pada 'writing' kat blog ada baiknya aku 'writing' tesis aku. yehhhh!!

Dan kali nie aku akan makin aktif mengupdate blog sebabnya aku dah siap 'writing' tesis aku. Alhamdullilah.. Setelah bersusah payah menaip ayat dan mengoreng akhirnya tesis berjaya aku hantar kpd supervisor. Opss tu baru supervisor ya. Belum lagi hantar kepada fakulti untuk diberi kepada evaluator. Masih panjang lagi step sebelum dapat tarikh untuk viva. So ada kemungkinan aku akan 'hibernate' lagi dari blog nie. Tunggu dan lihat ajelah.

Sepanjang menulis tesis, tido memang tak teratur. Sama juga seperti makan. Tido jam 4,5 pagi bangun jam 6,7 pagi untuk solat subuh lepas tu pergi lab. Makan pula sesuka hati. Taram je apa yang ada hinggakan tak ingt dunie sebab stree terlampau. Aku kalau stress ha memag makan banyak. Dah lah dengan takde masa nak g exercise makan pula suka hati. Terbaikk..

Tapi nie dah siap semua dulu, aktiviti aku akan kembali seperti sedia kala ++ masa lapang mengupdate blog, tengok cerita dan buat perkara yang melalaikan. Terbaik!! Hari nie ada kolej buat 'open day' dan adakan program menderma darah.. Aku nak pergi lah. Sebelum nie pun dah pernah pergi untuk derma darah nie tapi haemoglobin tak lepas. Diorang nak 12.5 dan ke atas aku punya 12.1 je. Ala lagi seciput je. Sedih!! Tapi aku dah makan daging ngan hati ayam. Hope aku dapat derma darah. Korang doakan aku ya. TQ~


Monday, September 23, 2013

Jemput bawang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

This!! one of my 'teringin' food. haha. So simple aku kan. Makanan yang teringin tu nasib baik bukan yang mahal-mahal. Tapi kalau teringin yang mahal-mahal buat masa sekarang tak dapat lah nak penuhi. Maklumlah pelajar macam aku nie mana nak ada duit makan sesedap. Kalau orang tak belanja seperti yang kat OTWC nie takde maknanya bagi aku nak masuk. 



Nak buat jejemput nie pun xde lah nk kene kuar duit sampai berpuluh-puluh. Cukuplah dengan adanya gandum, bawang dan secukup rasa dah boleh buat. Berapa ringgit sangat lah tu. Owh aku xpakai gula tau. Langkah awal sebab aku dah tahu gula akan naik harga. Haha. Please percaya aku kelentong korang..;D


Dapat makan jemput cicoh pulak dengan sos memang terbaik. Jejemput aku nie versi sedikit penyet sebab aku masak dalam multicooker + pakai minyak sikit. Sebab tuang minyak sikit kerana pakai minyak olive. Mahal woo minyak tu. Aku asal beli minyak tu sbb nk buat spageti oglio .

p/s ~ apa lg yang aku mengidam ya? tengah fikir.. Haha



CPUV Olay JAS Bundle

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Lepas pada hari amout nuffnang tinggal RM 0.00, hari ni ku bukak akaun nuffnang tengok-tengok eh ada iklan ngah running la. Woo bagus3. Leh simpan lagi banyak dari yang sebelum nie la. Iklan kali nie adalah dari Olay JAS Bundle yang bermula 18 sept 2013. Nak tahu apakah pasal iklan tu boleh la drop by blog nie sntiasa. Hehe


p/s ~ CPUV nie adalah yang ke 17 untuk tahun 2013. 

Sunday, September 22, 2013

#throwback 2 years ago

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Miss this moments.. Bila pula dapat rasa perasaan yang sangat gembira bila dapat mengembirakan Mama, Papa dan family. Can'not wait for next ceremony. Tapi i need to finish the report first. Sekarang nie kene bertabah dan cekal kalau nak kecapi perasaan itu lagi.

This week and last week, timeline FB penuh dengan gambar konvo kawan-kawan. Ada yang dah berlangsung majlisnya juga ada yang bakal berlangsung. UTM lagi sebulan baru berlangsung majlisnya. Happy tengok gambar kawan-kawan. Macam-macam gambar ada. Tahniah untuk hari jubah korang ya. 

p/s ~ bila gembira kedua ibu bapa, gembira lah aku.

Saturday, September 21, 2013

Seekor je!!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari nie dapat makan nasi lemak orang belanja. Alhamdullilah murah rezeki sehari dua nie. Semalam pun dah ada orang belanja. Semoga Allah murahkan rezeki mereka semua.


Kisah yang 'seekor je!!' ni ialah pasal ikan bilis dalam nasi lemak yang aku makan tadi. Cari punya cari dalam sambal nasi lemak tu alih-alih ternampak lah ada ekor ikan bilis tu. Belek punya belek weii 'seekor je!!'.  Nampak tak ikan bilis dalam bulatan tu. Kah3x.. 

Takpelah seekor pun seekor la. Ada juga dari takde langsung. Aku pun dah lama teringin nak makan nasi lemak. Memang dah macam orang mengandung weii. Haha. Baru nie teringin nak makan lempeng cicah gula. Ada lagi makanan yang aku teringin. Nanti aku update lagi ya.. =)

P/S ~ 9 days to go!!! gambateeee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails