Friday, April 2, 2010

setiap yang hidup pasti akan pergi..
cepat atau lambat penentu segala.
apa yang pasti kita yang hidup teruskan kehidupan.
buat mereka yang pergi kita doakan agar mereka mendapat ketenangan dan sedekahkan lah Al-Fatihah.

1 APRIL genaplah pemergian cikgu yang disayangi.
buat ARWAH TEACHER RUHIL..
semoga tenang di sana.
pemergian mu amat mengejutkan kami semua.
namun kami tabah dalam menerima ujian ini.
TERIMA KASIH atas ilmu yang telah di curahkan.
moga kami dapat mempraktikkan dengan baik.

dan...
buat DIN BERAMBOI Al-Fatihah.
buat keluarga beliau takziah
semoga rohnya dicucuri rahmat
dan ditempat dikalangan mereka yang beriman..
AMIN..


''Beramal sebelum sampai 5 Perkara''

Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.


KAYA SEBELUM MISKIN
Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak yatim, orang miskin, menunaikan haji dan berzakat.


LAPANG SEBELUM SEMPIT
Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.
Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas.


MUDA SEBELUM TUA
Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi.
Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua.
Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya.


HIDUP SEBELUM MATI
Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah.
Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya.
Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah SWT.
Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.
Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah.


Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)

~sumber dari My Metro~

3 comments:

Anna Boleyn said...

hmm..al fatihah untuk ke 2-2 arwah. moga roh mereka di cucuri rahmat. AMIN~ :) jalan2 kat sini. salam kenal. da follow btw. hit me back kay. :)

Awal Fitri Abdullah said...

salam ukhuwah...

erm yang penting duniani jambatan saje...

bawak bekal taqwa dan iman...

nasihat yg menusuk kalbu...

tankz:)

FaTiN said...

al fatihah buat arwah tcer ruhil dan din beramboi.
semoga mereka ditempatkan bersama dgn org2 yang beriman.amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails