Wednesday, March 6, 2013

Kinabalu Park, Kundasang

Bismillahirahmanirahim dan Asssalamualaikum..

Bila dah sampai Kundasang nie bermakna masih ada lagi berbaki 100km lebih perjalanan ke Sandakan. Untuk melegakan bontot dan bahagian belakang, singgah dulu kat Taman Kinabalu. Kalau nak ke Sandakan memang akan lalu depan Taman Kinabalu nie. Kami buat keputusan nak singgah sebab waktu masih awal lagi. Kalau buat keputusan tuk teruskan perjalanan ke Sandakan pun memang SAH sampai malam. Dah xboleh nak buat apa2 aktiviti melainkan tido. 


Nak masuk Taman Kinabalu nie kene bayar RM3/pax. Boleh masuk dengan kereta tanpa dikenakan bayaran tuk kenderaan. Kalau nak msuk jalan kaki pun boleh, tapi tak lalu lah sebab nak kene daki bukit yang amat tinggi. Kat Taman Kinabalu nie jugak lah korang yang nak mendaki Gunung Kinabalu kene masuk sebab dye punya main entrance tuk ke puncak kat dalam Taman Kinabalu nie.

Kami pergi kat main entrance tuk ke puncak. Tapi kami tak mendaki pun sebab xde dalam plan. Walaubagaimanapun, kami tetap masuk kat laluan tuk mendaki. Kena bayar lah yang pastinya, RM5/pax. Jarak yang dibenarkan pula hanyalah 1km aje. Kami tak sampai pun 1km perginya, sampai kat tempat air terjun aje. 0.5km pun x sampai.


Nie kawasan air terjunnya. Ya Allah dye punya air sungguh sejuk. Kami berusaha nak rasa kesejukan airnya. Maklumlah air betul2 dari Gunung Kinabalu kan. Kami tak nak daki sangat sebab kondisi kasut x sesuai tuk mendaki. Dengan keadaan yang lembapnya, takut tergelincir plak. Dah la 2 daripada kami keadaan kesihatan tak mengizinkan tuk mendaki.


p/s ~ Memasang niat dalam diri, satu hari nanti nak g mendaki Gunung Kinabalu dengan En suami. InsyALLAH

6 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui lak terasa kesejukan air tu..

Unknown said...

Ehe...sejuknye ;-)
Mcm maner keadaan dekat sana ye dik? akak akan ke kundasang, insyaAllah esok ;-)

aRe_Nim said...

mendaki jgn tak mendaki.hehe

Unknown said...

@nuyui a.k.a miss YUI - no wonder yui blh rasa kesejukkannya sbb memang sejukk..

Unknown said...

@Mama Adra - keadaan di sana ok.. selamat bercuti kak..:)

Unknown said...

@aRe_Nim - nk join daki x?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails