Monday, November 30, 2015

Chicken Floss Bun

Assalamualaikum..

Hujung minggu tiba-tiba mama kata nak makan chicken floss. Amboii ma kenapa dan tiba-tiba kan.. Hehe.. Anak solehah katakan sebab mama dan nak makan apa lagi tengahari tu terus uli tepung. Lagipun sendiri ada jugak terasa nak makan cuma tak berapa nak rajin nak uli. Kih3x.


chicken floss bun

Resepi nya sama macam resepi roti manis. Memang resepi tu lah yang aku guna buat roti sosej ke, donut gebu gebas ke. Puncanya aku malas nak hafal/salin resepi lain. Kalau dah buat sekali tu menjadi, hah kira jadilah tu. Tak payah nak gatal2 cari yang lain. Tak pasal2 kan xjadi. Wakaka..

Untuk chicken floss tu aku beli kat bakery. Ala nak buat sendiri pun boleh sbbnya ia adalah serunding ayam gitu. Mahal jugak ya.. Tapi kalau dah membeli lagi senang dari membuatnya baik beli je. Tapi kalau roti ni nak beli banyak-banyak mahal jugak sebab RM3/satu kan. Sebab tu aku prefer buat ajelah. Boleh makan banyak-banyak.

p/s ~ korang prefer beli ke buat??



Friday, November 27, 2015

Green Tea produk Thailand

Assalamualaikum.

paket green tea Thailand

1st time pergi Takbai entry sini, aku tak berminat pun nak beli green tea tu. Sebab dalam kepala ni dok fikir buat apa beli kalau beli yang dah siap dibancuh lagi senang. Lagipun bukan nak minum sokmo. Jadi tak terbeli lah. Kat sana satu paket tu RM8 je. Tapi kat Malaysia aku tengok ada jual RM12, ada juga yang jual RM15. Bergantung kepada untung lah, berapa banyak yang mereka nak kaut. Mungkin tukang jual tu pun entah orang yang keberapa dah dapat harga borong kan. Bila dia borong pun dah mahal tu yang  mark-up harga tinggi sikit.

Kali kedua pergi Takbai baru lah aku beli green tea ni. Tu pun aku tanya Long nak ke tidak, sekali adik lelaki aku yang nak. Haha. Untuk menunjukkan yang aku ni kakak yang baik beli ajelah. Selain dari green tea ada juga black tea. Kalau kat malaysia gak ore pangil teh beng @ teh ais. Harga sama juga RM8. Tapi aku tak beli lah yang tu sebabnya lagi tertarik dengan green tea punya.

1 sudu serbuk = 1 jug

Cara nak bancuh teh hijau ni sama je dengan nak bancuh teh biasa. Rendam dalam air panas 1 sudu besar serbuk lepas tu tapis amik air je. Campur susu kacau-kacau dan rasa. Hah siap dah. Sekejap je sebenarnya. Tapi kalau malas, beli yang siap bancuh juga sekejapnya. Itupun kalau kat pasar.. Kalau kat rumah tak dapat nak minum lah kalau tak bancuh sendiri. Owhh ada orang kata guna susu cair carnation lagi sedap.. Bagi aku campur jelah susu apa pun asal menjadi teh hijau je.

p/s ~ teh hijau ni tanpa susu tak pernah pulak aku minum.


Thursday, November 26, 2015

Brownies dalam cup cake

Assalamualaikum..

Semalam ada kawan tempat brownies jadinya alang2 dah buat tukang buat pun nak makan jugak kan. Hehe. Tapinya yang tukang buat punya mesti lah lain dari yang lain. Jadi semalam cuba lah buat brownies in a cup.

tak sempat nak snap dah ngap dulu

Berkedut kan brownies tu. Almaklumlah tukang buat dah tua. Ehh. Sebenarnya yang kedut tu lah yang buat brownies menjadi. Takde kedut maknanya tak menjadi lah tu. Tapi still boleh makan tau. Jangan pula takde kedut humban dalam tong sampah pulak. Tu membazir namanya. Makanan tak berkulat pun nak buang buat apa. Just takde kedut je. Maknanya tukang buat tu belum cukup tua lagi lah.. Dah tua nanti buat semula ya. Hehehe

Ni yang tempahan

Untuk yang tempahan tu, aku buat pakai loyang 7x7. Pakai loose base. Senang nak keluarkan nanti. Aku jual RM30. Guna premium punya bahan-bahan ya.. Jadi tempahan dibuka untuk warga Kelantan yang berada di Kelantan. 

Wednesday, November 25, 2015

Cair tengokk ni

Assalamualaikum..

Alhamdullillah hari ni kawasan aku panas ceng setelah lebih 5 hari hujan yang cat and dog. Jadinya hari ni juga Mama marathon membasuh. Habis semua di kutipnya nak basuh. Kain tuala lah, selimut lah, kain sembahyang lah. Berkali2 pusing mesin basuh tu, kalau ada mulut dah lama mesin tu bersuara. hEHHH

Hari ni juga internet streamyx baru dapat. Tiba2 je balik hantar adik aku Isnin malam naik bas tengok moderm merah. Wakklu dah lah hari ini aku ada exam online SPA. Memang mencabar keimanan betul lah. Last2 g jawab kat KFC kebetulan Farah yang ajak g Takbai entry sini pun kene exam jugak. Nasib baikkk kau.

Ini petang internet streamyx kembali. Yabedabedu.. Scroll punya scroll jumpa ABC kat bawah tu. Koh koh koh. Tengok masa panas2 ni memang mencari je. Dah la stok aiskrim entry sini dah habis. Nak buat tak sempat2 lagi. Bizinya lah.. 
yUMMY sangat dapat masa panas ni. Lega kerongkong

Masa takde internet tu kan semua yang kat rumah ni Krik krik ajelah. Selalu waktu iklan semua layan handset, dah takde internet layan tv ajelah.. Haha. Aku langgan data boleh lah rep whatsapp. Nak bukak FB @ IG takleh jugak sbb langgan utk chat only 50mb je.



Monday, November 23, 2015

Takbai lagi

Assalamualaikum

Cuti Depavali tu dah pergi Takbai entry sini, hujung minggu tu pergi lagi!! Aku dah kata once dah pandai memang akan kerap ke sana. Untuk kali ini aku jadi pemandu pelancong Long. Kebetulanya dia ada ajak pergi Pengkalan Kubor, tapi dah alang- alang tahu macam mana nak pergi Takbai jom lah ke sana.


Pergi kali ni dapatlah membeli untuk diri sendiri. Sehelai baju dan 2 helai shawl keknis. Itupun paw Long aka banker bergerak aku. Hehe. Sekali skala bukan sokmo pun. Lagipun Long kata RM20 sorang. Jadinya kene lah guna kan. Kalau tak beli apa-apa, RM20 tu burn bila dah sampai Malaysia. Melampau. Hahaha

Info tambahan, jam 12 tengahari sehingga 2 petang, bot tidak akan beroperasi. Maklumlah masuk secara haram kan, mungkin waktu tu tak sesuai untuk mereka bawa penumpang. Jadi elakkan untuk nak pergi Takbai dan balik Malaysia waktu itu. Aku dah pun jadi mangsa.

Sampai jam 12 tengahri, pukul 12.30 dah nak balik. Terbaikk wa cakap lu. Pergi oversea duduk 30 minit je. Bazir duit tambang RM3. Hahaha. Sebabnya masa pergi first tu aku dah aim kedai, Long pulak ngekor je, hari pun panas memang pakej sangat. Tapi lastnya kene tunggu bot beroperasi. Melepak tepi tangga menunggu.


Owh kat sana, tiba-tiba tengah jalan @ membeli kalau ada orang tegur tanya pasal dah ada bot tu tak payah lah nak terkejut. Sebab mereka tengah cari penumpang untuk bot mereka. Sapa yang dapat, income mereka untuk hari itu lebih lah sikit. Kalau rasa nak bagi rezeki dekat dia cakap lah takde lagi. Diorang akan ikut je korang. Jika barang berat nanti mereka akan offer nak bawak. Bukan bawak saje-saje tapi berbayar. Cas dalam RM2-3 kalau tak silap. Tiada yang free dah sekarang ni.

Dah rasa pengalaman pergi Takbai ni, entah bila dapat pergi lagi. Adalah jimat sikit tolak dengan duit tambang bot bila berbelanja kat sana. Pergi sana nak cuba makanan mereka pun boleh. Kat pasar tu ada je orang jual macam kuih muih. Etok pun ada jual dan lagi murah dari Malaysia.

p/s - Hatyai, Takbai dah. Nak pergi Krabi lak!!

Wanabian wedding 5th

Assalamualaikum..

Semua dah sedia maklumkan cuti sekolah dh pun mula. As usual bila cuti sekolah mesti ada kenduri kendara. haishh 3, 4 invitations dah aku dapat dr kawan2 seusia kat FB tu. Alhamdullilah dah sampai jodoh korang kan.. Aku just wait for a time. Banyak lagi hal2 penting yg aku belum achieve dalam hidup. So once dah nak kahwin nti aku jemput ya, xpayah lah susah2 nak tanya bila. Aku tahu korang bukan apa, caring terlebih. Aku hargai itu. Family aku pun caring but they understand. Lagi pun Long aku 28tahun baru kahwin. Ehh membebel pulak kan. 😆

Semalam 1st invitation dari kawan yang ak pergi. Sementara ada kat Kelate kan, marilah memenuhi undangan sahabat2. Kalau dah kerja esok2 tak tahu lah dapat pergi ke tak? Kalau kene dengan time cuti OK aje. Tapi jemputan yg semalam ni memang wajib pergi. Kalau x pergi mmg xdtg deme ni.


Ni wedding ke 5 out of 9 wanabis. Jadi tinggal 4 lg yg singel mingle and available. Haha. Jomm badi cop sapa kahwin dulu. Yang kahwin last akan ada kemungkinan xcukup 9. Ini pun dah xckup 9. Alasannya anak nagis dah 2, 3 ari. mak pun tak kasi pergi. Antara alasan dan kebenaran yang akan diberi bila xdapat attend wedding kwn yg pergi wedding dia. Hurmm apa nak buat. Dah kahwin kan, commitment bertambah and we understood. Sibuk dengan suami dan anak.


To Shiha and husband. Selamat mengemudi kapal korang. Semoga berlabuh di tempat yg betul. In sha Allah sentiasa di bawah rahmat Allah.

Cah buyong akan meletop bulan 1.

p/s ~ Reunion wanabian tahun 2015. Who next?

Thursday, November 19, 2015

Helmet punya cerita

Assalamualaikum..

Yang ni seriuss kelakar. Bagi aku lah. Bukan main syok lagi kan dah sampai kat traffic light tengah tunggu hijau tiba2 terasa asal lah kepala ni cam berangin dan ringan aje. Kenapa lah kan?? SekaliIIiii lupa nak pakai helmett wOOoo. Hahahaha sengeh sorang2 lah atas motor. Masa tu terus fikir cam mana nak cover utk pusing balik nak amik helmet kan. Nak uturn kat traffic light tu cm xkena pulak sbb bukan ada pembahagi panjang pun. Last2 lps traffic light bg signal konon nak g kedai makan kat situ. Sampai rumah gelak2 ngan ma..


Satu lagi cerita kelakar. Pasal helmet jugak. Ada satu hari tu nak g Mydin. So pergi lah dengan motor sbb aku suka merempit ++ nak cepat kan. Pergi pun sorang mmg senang naik motor je. Dah sampai tu parking lah kat Watson dpn Mydin tu. Dah kunci tayar semua, menonong nak seberang jalan ni. Sekali tersedar macam bangun dari tido kenapa berat semacam je kepala kan. Rupanya tak buang helmet kau!! Lagi sekali sengeh sorang2. Nak gelakk pun tahan simpan balik gelak kat rumah. Dah la masa tu ada orang kat parking motor sama dengan aku, malu giler. Nak pandang muka orang tu pun xnak. Entah2 dia dok gelak, sengeh2 kat aku yang lupa nak tanggalkan helmet kan. 

Kejadian tu berlaku juga dalam bulan 11. Maknanya dalam bulan yang sama yang hari ni baru 19 Nov dah 2x aku lupa nak pakai dan tanggalkan helmet. Kau dah kenapakan!! Pelupa sangat. Rasanya takde lah tua terlampau kan. Lagipun helmet benda WAJIB kau ingat bila naik motor dan turun motor. Hurmm mungkin kes aku banyak fikir benda lain kan. Sampaikan xterfikir dah pasal helmet. Haha.



Wednesday, November 18, 2015

Mintak udara. Dia datang dah!!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sesak nafas. 2 hari berturut2 dapat surat dari MARA. Pasalnya MARA dah mula kutip hutang untuk pinjaman pelajaran masa smbung Master hari tu. Huwaa mana nak cekau duit nak bayar.. Kalau hari ni MARA bagi aku kerja, bulan ni aku janji aku bayar yang tertungak tu. . Masuk bulan ni dah 2 bulan tertunggak dan amount dia RM200. Bukan nak cakap xada duit langsung, duit ASB tu ada je tapinya tak nak lah usik dulu. But if this thing getting worse and I didn't get the job until end of Disember I need to do something. 


Berapa jumlah kene bayar? Semuanya RM 34,434,30 (amboii cantik nombor) sebelum pengurangan. Pasal pengurangan ni satu hal. Bila nak declare yg aku dapat pengurangan bayaran tu. Takkan tak nak bagi kurang sikit pun. Start dari form 4 lagi dan sampai skrg aku masih setia lagi dengan MARA. Mintak tangguh atas alasan belum dpt kerja xterima pulak. Aku bukan saja2 xnak bayar. Hutang tu. Benda wajib bayar kot. Dan aku bukannya tipu yang aku belum dpt kerja, tapi itulah hakikat sbnr (sbb tu aku buat part time jual kuih). Dunia hari ni penuh dengan pertarungan. "If you great, you get". 

"Ya Allah kau limpahkan lah rezeki dalam bidang pekerjaan kepada aku, sesungguhnya aku teramat memerlukannya teramat sangat. Aamin."

p/s ~ sbb tu kat profile aku tulis Job Hunter.

Tuesday, November 17, 2015

Aiskrim Oreo homemade

Bismilahirhamanirahim dan Assalamualaikum..

Tak kira lah pagi ke hujan ke, kalau rasa nak makan tu memang makan je. Hehe. Sebab tu aiskrim memang xboleh xada dalam peti. Yang menjadi kegemaran tentulah perisa oreo. Lagipun bila homemade semua nak yang senang dan mudah je. Kalau nak buat yang pelangi tu leceh sikit nak kene asing2 ikut warna semua. Aku ni takde lah rajin sangat. 

Minggu ni punya

Minggu lepas punya

Seminggu satu bekas aiskrim. Haha. Yang paling banyak makan tentulah aku. Kedua banyak adik perempuan aku. Orang2 lain entah tahu ke tidak pasal kewujudan aiskrim ni. Sapa rajin selongkar peti dia lah yang makan paling banyak. 

Nak buat aiskrim ni senang teramat lah sangat. Sebab tu aku rajin buat je. Nak beli pun boleh je sebab aiskrim satu bekas bukanlah mahal sangat pun. Kalau promosi dah leh dapat RM3.99 yang bekas bulat tu. Jenama lupa pulak. Kalau walls, nestle lagi2 magnum memang tak dapat lah. Kos aiskrim homemade pun lebih kurang tu jugak. 

Ikut resepi pakai susu cair. Tapinya yg minggu lepas aku cuba pakai susu dutch lady fresh cream. Dan hasilnya lebih sedap berbanding pakai susu cair. Memang lepas ni buat pakai fresh cream lah. Kene simpan stok fresh cream, beli time promosi RM4.99. Kalau tak RM5 lebih kan. 

p/s ~ korang suka aiskrim perisa apa?

Monday, November 16, 2015

Donut gebu gebas

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dengan hanya pakai resepi adunan roti manis, dapat juga buat donut gebu gebas. Sebelum ni pun ada buat roti sosej pelbagai style. Memang pakai resepi yang sama. Senang je kan macam2 boleh buat. I sukaa!! Tak payah nak cari resepi lain.

Semenjak dua menjak ni macam rajin je nak menguli. Seminggu tu adalah dalam 3,4 kali. Tepung gandum memang kene ada sentiasa. Kalau tiba2 rajin tu datang senang aje terus mengagau tepung dalam tempayan. Mautipan pun kene ada sokmo. Kalau takde mauripan cam mana nak meroti @ mendonut kan.


Ada cuba jual donut yang aku buat ni. Letak kat kedai x-mak sedara. Alhamdullilah laku lah juga. Dapat lah side income sikit. Mula2 buat tu orang komplen keras sikit. Tapi aku tak putus asa, buat dan buat lagi.  Cari punya napa jadi keras kan. 


Ada juga buat frozen. Untuk makan kat rumah je frozen tu. Senang nak goreng2 bila ada tetamu datang kan. Makan time hujan pun syok juga. Lagi2 musim tengkujuh dah masuk kan. 

p/s ~ lapa pulak tengok donut tu.

Saturday, November 14, 2015

Adik jangoks bertambah usia

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari ni cam cantik je cam comel je tarikhnya 14/11/15. My youngest sister turn 13 already. Happy birthday!! Harapannya macam selalu. Semoga menjadi anak yg solehah kpd kedua mama dan papa. Jadi adik yang rajin bila suruh amik itu amik ini. Belajar rajin2 supaya berjaya dalam pelajaran. Rajin2 membaca. Jangan banyak main fb je. Ni mama bagi adiah handphone jangan dok main wasapp, wechat je. Rampasan handphone akan dikenakan kalau xbanyak dapat A.

semalam dah sambut siap2

p/s ~ kek blueberry cheese. Homemade ajo!

Friday, November 13, 2015

Halfday trip to Takbai, Thailand

Bismillahirahmanirahim dan Assalamalaikum..

Cuti depavali, sempat lah cross border g oversea. haha. Tu pun g tumpang orang. Dah orang ajak kan, aku pulak jenis yang kurang rasa malu apa lagi ngekor ler. Lagipun mmg lama dah teringin nk g seberang sana. Kata je dok Kelate tapi ni bru 1st time sampai.

Dengan tambang RM3 dah dapat g oversea kau!! Wahh menarik tak menarik tak.. Dah lah dalam 15 minit je sampai sana. Tak payah nk cream2 bontot kan naik flight lama2. Pasport pun tak perlu. 

Kita naik bot je ok!

Pergi takbai ni, aku masuk haram je. Ikut jeti yang tak macam jeti dekat Pengkalan Kubur. Tak payah nak cop2 pasport. Satu boat 4 orang skali ngn tukang bawak bot. Satu orang sehala RM3 sahaja. Tapinya kene tahan panas sikit ler. Perjalanannya hanya memakan masa 15 minit sahaja. Yelah Malaysia bahagian Kelate ni hnya dipisahkan oleh Sungai Golok je dengan Thailand.

Join g takbai ni farah yang ajak bersama kawan opis dia. Aku bawak adik sekali. Semua 6 orang. jadi kami g dengan 2 buat bot. Sampai sana tak ramai pun orang. Tak dok lah kata serabut dengan orang kan. Leh lah shopping dengan tenang.


singgah kedai jual sabun2 produk thailand


Rambang mata.. banyak sngat barang2 murah. Baju2 murah. Kain2 tudng murah. Macam shawl keknis tu kat sini RM10. Kat sana blh dpat RM8@RM6 je ikut jenis kain. Baju pulak RM20-25 Je. Nasib baik aku tak bawak banyak duit jadi nafsu membeli dapat disekat. Aku hanya beli tudung keknis 2helai (RM18), tudung instant shawl sarung siap 2helai (RM36), sabun beras ain kirim 1 (RM5). Kalau kat Msia sabun tu orang jual RM10. hahh ce banding, murah tak kat thailand.

Makanan2 pun murah. Skrg kat kelate tengah trending baby nenas. Kat Msia 1kilo RM18 orang jual. Kat sana RM15 dah boleh dapat. Bnyk murah weh. Aku beli lah 1kilo sbb long nk balik. Mangga pun murah2. Sekilo RM5 2kilo RM9. kat pasar RTC nuh RM8/kilo orang jual. OMK..

baby  nenas yang trending

Dah tau kat mana nak naik jeti nti leh pergi sendiri2 je. Syoknya kalau g sana bawak duit bnyk2. Syurga membeli belah sngat. Hehe. 

p/s ~ hari ni cuti lagi sempena Keputeraan Sultan Kelantan. Dok umah jeler..

Monday, November 9, 2015

Surat Saman hahhh!!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Terkejut betul hari tu, tiba2 je ma kata ada surat saman sampai. Ayokkk. Pening kepala tiba2. Sapa pulak saman aku ni!!! 


Tu hah celcom mintak hutang kau. Baru bagi notis. Ingatkan dah betul2 surat saman. Tapinya melayang lah duit RM150 (duit mama sbb aku kan xkerja lg). Ingatkan dah mampus dah line dia sebabnya bila nak bukak 3 bulan sebelum ni tak dapat pun. Owhh dalam diam makan duit rupanya benda alah ni. 

Aku sebenarnya memang nak terminate je line broadband ni tapi sayang derr. Sebab 5GB RM50 je!! Tapi apakan daya takde duit nak bayo bulan2.. Kalau sebelum ni masa study tu boleh la papa bayarkan. Ni dah hbs study, tak kerja pulak tu sapa nak bayarkan. Last2 aku terminate je. Tamatkan riwayat hidup. Kat rmah pun dah ada wifi. Buat apa lagi ada broadband kan. Zaman tokk kaduk dulu boleh la pakai dia.

Aku bayo on9 je. Sebabnya bila g kaunter nk bayar n terminate dia kata suruh bayar ikut mesin. Habis kau ingat mesin tu nak duit syiling dan RM1. Last2 memang CIMB CLICK jelah makanan dia. Makanya dah habis ya perjanjian kita Celcom. Tunggu no yang aku guna skrg hbs plan UOX je. Akan ku cari penganti mu. HahaHA.


Friday, November 6, 2015

Bukit Tabur Far East & Extreme

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Ni merupakan kali ke dua aku hiking waktu jerebu itu hari. So view yang cantik telah dikaburi olehnya. Sob3x.. Before ni pernah hiking kat gunung pulai. Tapi yang ni paling adventure aku rasakan sebabnyaa gunung pulai tu hiking ikut jalan tar je. Actually hiking ni adalah salah satu dari hobi aku. Sejak bila ia menjadi hobi pun aku tak tahu. Yes aku terfikir mungkin masa trip g Sabah dengan lab rats. Masa tu aku sematkan dalam diri yang aku akan datang lagi Sabah untuk hiking gunung kinabalu dengan soulmate. Harapnya ia menjadi realiti. Wahh tinggi kan angan2 aku. 

Plan nak g hiking ni pun dah last minit. Ma pun aku tak bagitahu. Bagitahu pun bila dah balik. Nasib baik tak jadi apa2 kat sana. Dah lah aku hampir2 nak tergelincir. Waktu tu sorang2 kot. Sebabnya orang dpn dah tinggal aku, orang blkg plak lambat. 

Nisrin yang ajak aku hiking



Dah berjaya sampai naik puncak yang belah east. Amik2 gambar sat lepas tu bla g naik yang extreme pulak. Memang extreme ok. Sebabnya habis tangan aku calar balar sebab kene panjat batu. Odw nak naik tu aku tobat dah taknak pergi. Tapi bila dah naik tak dapat tengok view cantik macam nak naik lagi. Hehe

Yang sebelah tu adalah extreme

Dari jam 7.45 pagi naik, orang azan zohor aku berjaya sampai bawah. Lelah tak terkata. Air bawa sebotol dalam 2 liter xcukup. owh lupa nak bagitahu. Masa odw nak turun tu, aku ngan nisrin sesat woo. Sebabnya nak naik puncak extreme tu dia ada dari pelbagai arah. So dekat satu simpang (aku xperasaan pun tu simpang), aku g je straight ikut jalan yang macam senang je. Rupa2 nya jalan yang nampak susah tu adalah trek yang sebenar. Nasib baik aku lekas2 perasan yang kami dah salah jalan. Kalau tak boleh jadi 'hilang' plak kat sana. Hehehuuuu

nak selpihh sekali ada makhluk hijau menjelma

p/s ~ kalau dapat kerja kat KL memang aku akan g hiking 2x sebulan. Kalau x tiap2 minggu. 

Roti sosej pelbagai style

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Hehe meroti lagi the next day selepas yang meroti hari tu. Sebabnya dalam masa sehari je dah habis. Kan dah cakap orang kat rumah ni fanatik dengan roti. Bila nampak roti tak tahu macam nampak apa gayanya. Jadinya tak rugi kalau lenguh2 tangan menguli untuk bagi gebu rotinya. 

Meroti kali ni tak guna resepi yang mula2 buat. Sebabnya yang hari tu macam sikit je adunan. Dapat pun seloyang je kan. Jadinya kita pakai resepi dari blog Azie Kitchen. Dapat lah buat roti yang dalam gambar kat bawah ni. Ada satu lagi roti yang tak sempat nak snap. Yang tu ada 5 ketul roti manis. 

Roti sosej

Sosej tu sebelum guna aku bakar dulu 3 minit sebelah. Nak rebus pun boleh depend pada diri sndiri. Nyaris2 je sosej yang dah dibakar tu nak masuk mulut sebelum letak atas roti. Hehe. Aku ni pantang jugak nampak sosej. Berhantu je nafsu tu. 

Roti sosej pintal 1

Roti sosej pintal 2

Roti sosej pintal 2 versi berbeza. Cara nak pintal roti tu, aku tengok kat blog Zalin Zalina. Memang terbaik lah sebab dia tunjuk gambar kan. Kalau tak, takdenya aku dapat pintal macam tu. Aku lagi suka buat yang versi no 2. Cantik pun lagi cantik yang tu. Lagi tertarik nak makan. Both guna sosej sebatang. Tapinya fail part letak sos dan mayonis. Macam ter'sedikit' plak letaknya. Note untuk buat lain kali pulak.

Roti bun manis

Dari adunan yang sama boleh juga buat roti bun manis. Yang ni sedap cicah air teh, kopi. Tapi kat rumah ni biasanya cicah air nescafe. Air papa. Sebabnya air tu sentiasa ada. Tak boleh tak ada. Habis je memang mama akan terus buat. 

p/s ~ gembira sebab dapat buat apa yang kita suka buat. 

Wednesday, November 4, 2015

Chicken chop @ Tooplates

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Ni cerita basi 3minggu lepas masa g JB. Malam last nak balik KB tu sebelum naik bas g lah makan dulu kan. Katanya bas pukul 9 maka lepas maghrib tu terus keluar. Sebabnya JB ni unpredictable. Kalau dia nak jem, bila2 aje boleh jem.

Kat BBU JB sekarang dah UP. Banyak butik2 famous macam Bella Amaara, Radiusite, Imaan boutique dll. Kedai2 makan pun tak kurangnya. Pilih je nak makan kat mana. Malam tu kami makan kat Tooplates. Alkisahnya kedai yang member nak pergi tu tutup. Kiranya ni 1st time jugak utk mereka.


Gambar cilok FB tooplates

Masa sampai tu ada lah dalam 2,3 meja yang penuh. Maklumlah malam masih muda kan. Orang tak ramai lagi keluar utk makan. 


Chezy chicket chop *menu favourite

Aku order yang atas tu. Harga RM18/pinggan. Bagi aku harga tu ok lah kalau makan kat kedai macam tu. Lagi2 kat BBU. Kalau kat hutan bandar tu lain cerita. Hehe. Untuk rasa pula ayam tu best lembut je. Yang ni style grill. Cuma yang tak berapa nak suka sos dia. Macam terlebih bawang putih je. Tapi member rasa dia kata sedap. So it depend pada individu tu sendiri. 

Lepas dah makan tu berkejaran g Larkin. Berlari2 g kat bas. Yelah dah pukul 9 kot sampai Larkin. Dan2 aje aku naik bas jalan. Huwaa nampak sangat kalau aku lambat bas tinggal woo. Dah tenang atas bas tu, nak termuntah pun ada. Tapi rugi lah makan mahal2 nak muntah semula kan. 

Nah address  dan FB page untuk tooplates. Kalau rasa2 nak g mencuba leh lah ke sana. 

No. 29, Jalan Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor
FB : Tooplates_BBU


Fruity Nutella Cheese Tart

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Mengenangkan kawan yang beria2 nak makan cheese tart, aku yang gila baking ni gigih lah buat crust size 9cm. Tak pernah2 aku buat crust size besar tu tau. Dengan tak tahu sukatan yang betul memang main campak je berapa yang aku rasa nak campak. Hehe.

Nasib baik lah menjadi juga crustnya walaupun adunan tu xcukup utk cover ketinggian acuan tu. Lepas tu pulak nak buat cheese tart, cheesenya tak cari lagi. Gigih pulak aku skali lagi g teman cari cream cheese (cc) dalam hujan lebat. Park kereta pun kat OKU. Nasib lah hujang lebat sangat2. Haha. Sampai pulak kat pasaraya tu boleh plak cc takde. Menapak pulak cari kat pasarraya lain. Nasib baik kat 2nd pasar tu ada cc. Tu pun the ONE and ONLY. Memang grab cepat2. 

Maka malam tu walaupun esoknya bukan lah weekend gigih lagi baking. Kuat betul penangan cheese tart ni. Dan nasib baik aku yang g KL untuk IV ni rajin nak melayan kan. Kalau ikutkan malas memang takdenya cheese tart tu. Haha.

overall proses the making of 


Dah masak tu dalam panas2, tak sabar terus potong tau. Meleleh isi dia. Sebabnya cheese tart ni kene makan sejuk2. Baru terbaikk. Tapi sebab takde sifat sabar panas2 pun potong lah. Dan dalam masa satu hari je (esoknya) dah selamat 9cm cheese tart ni masuk perut. Haha. Jarang2 skali buat bila dapat makan tu memang terus habis lah. 

Three layer cheese tart

Ni pulak hasil baking kawan this week. Gigih lah dia buat dari crust sampai filling sndiri. Aku dah pun selamat kat KB minggu ni. Semoga ada rezeki aku utuk dpt kerja kat KL jadi leh lah merialisasikan hasrat aku dan member utk projek baking yang dirancang. 


Tuesday, November 3, 2015

Resepi roti manis

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sekarang ni Kelate dah pun musim hujan tau. Jadi bila hujan ni tak dapat lah nak buat aktiviti outdoor. Bila dah indoor je dpt buat apa lagi kan memang makan lah aktivitinya. Hehe.

So setiap malam  sebelum tido, kepala otak ni sokmo fikir esok nak bake apa. Maklumlah aku kan suka baking. Ma pun dah redho anak dia macam ni. Lagipun ma boleh tumpang kenyang sekali. Makanya petang semalam dapat lah makan roti dengan air kopi. Terbaikk la kan. Owh ya orang kat rumah ni semua fanatik dengan roti. Bila g kedai roti tu rambang mata tak tahu nak pilih mana. Semua nak. 


Dah separuh baru dapat snap gambar

Resepi yang aku guna

Gebu tak?

Sebenarnya tak berapa nak gebu lagi tu. Untuk beginner macam aku ni boleh la. Kene kipidup lagi. Teruskan menguli sampai betul2 elastik dan tak melekat di tangan. Hari ni nak buat lagi. Hehe. Sementara dok saje je kat rumah kan. Untung2 leh jual. Dapat juga side income. 

Monday, November 2, 2015

Ber'Dip N Dip' @ IOI City Mall

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alkisahnya kakak aku (long) nak makan Dip N Dip. Kebetulan masa g KL untuk IV baru ni sempat dengan dia gaji. Makanya suka lah aku kan hehe. Sebab nak jugak merasa Dip N Dip walaupun sekali. Selalu dok tengok orang je up gambar kan. So terima kasih long sebab belanja. Nak harapkan aku memang tak dapat la. Tapi In sya Allah kalau aku dah kerja kita g makan lagi aku belanja ya. ;)


Kita belanja sekeping pic long 


Long ni kata je dok KL dah 2 tahun tapinya jarang beno nak keluar dari sarang dia kalau adik beradik tak datang KL. Nak g IOI City Mall ni sesat kau. Memang ikut waze tapi salah setting tempat. Aku tanya IOI mana dia kata IOI Mall. Maka ke Puchong lah kita. Bila dah sampai tu dia kata ehh bukan IOI ni. Jadi ber huhu lah kat situ. Rupa2nya IOI City Mall nama tempat yg nak dituju. Hari kejadian tu puasa 9 Muharram. Keluar lepas asar dah. Sampai Puchong pun dah jam 6 waktu tu. Bila search balik IOI yang nak dituju tu lagi 30 minit. Tak campur dengan gagapnya baca waze campur lagi dengan sokmo gps xdetect. Long putus asa dah, tapi aku nak jugak pergi kan. Finally we r menage to reach there. Punya lah excited kan sebab berjaya.



Dah sampai tu cari tempat lepak dulu utk bukak puasa sebabnya aku ada bawak bekal nasi goreng. Long pun ada beli roti masa singgah kat econsave. Jadi berbukalah dengan bekalan yang dibawa tu. Dip N Dip tu dessert nanti ya.

Strawberry Milkshake RM16

Brownies Crepe rm28.50

Tu je yang kami order. Share berdua. Kenyang makan nasi goreng ngan roti xhilang pun lagi. Secara keseluruhanya service terbaik. Makanan pun not bad. Yang aku dok perati orang g situ ramai yang amik satu je lepas tu share. Ada yang amik air mineral. Kami tak order lah air mineral sebab mana2 aku pergi memang aku bawa air mineral. 


Diabetis saya makan awak tau!!

Aku pilih utk duduk kat luar. Nampak tak aircond dalam gambar atas tu. Hah itu pekerja dia pasangkan. Pusing betul2 ngadap aku. Sebab tu aku kata service dia terbaik. Muhaha. 

p/s ~ setakat nak g cuba rasa boleh la. Kalau nak suruh kenyang dengan makanannya memang tak lah. Baik makan nasi or western food. 

Sunday, November 1, 2015

Welcome November

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.


Ya Allah semoga ada yang terbaik yang kau rancangkan untuk aku. Semoga tahun 2015 yang akan pergi memberikan satu memori atau perasaan yang sangat gembira buat aku. Semoganya tahun Hijrah 1437 yang baru ini membukakan lebih banyak rezeki supaya aku dapat mengunakannya kejalan mu. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails