Friday, July 6, 2012

Lagi Best BBQ & Steamboat

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah.. kenyang dengan rezeki pada hari nie. Terima kasih Ya Allah. Aku panjatkan kesyukuran atas pemberian pada hari ini dan yang sebelumnya. 

Petang tadi salah seorang dari Lab rat's mesej ajak berstamboat malam tu (tadi). Aku pun balas kata yang aku baru bersteamboat 3malam lepas. Tapi walaupun aku dah bersteamboat 3 malam lepas, aku tak puas hati pun sebabnye bahan2 untuk bersteamboat dan berbbq xsebanyak yang disangka. Makan pun xpuas. Tempat yang aku pergi tu tak jauh dari UTM. Dekat mutiara rini je pun. Aku nak pergi tempat jauh2 xtau jalan plak. Kan nak makan steamboat jadi makan langsat sebab sesat. Nama kedai yang aku pergi tu Mutiara Village. Landmark dye balai polis mutiara rini. 

Sebabkan tak puas hati bersteamboat dan berbbq dekat Mutiara Village aku join lab rat's pergi bersteamboat dan berbbq lagi skali. Kali nie memang lagi best dari yang dekat mutiara rini tu. Sesuai laa juga dengan nama kedai yang kami pergi nie pun Lagi Best. Bukan Myvi je ada yang Lagi Best, kedai makan pun ada hokay. Landmark Lagi Best nie dekat dengan Taman Gaya yang mana nak ke Taman Gaya tu lepas Jusco Tebrau terus je sampailah nampak signboard Taman Gaya masuk kiri.  Nak lagi senang, henpon masing2 sekarang kan canggih manggis leh laa GPRS pakai alamat bawah nie.

Gambar cekau dekat google

Restoran Lagi Best Bbq dan Steamboat

No.31, Jalan Sasa 5, Taman Gaya,
81800 Ulu Tiram, Johor.
Tel: 07-861 4725/ 017-709 9914
Waktu beroperasi : 5pm-12am

Pe yang best sangat katt Lagi Best BBQ & Steamboat nie ialah udang2 dye hidup2 lagi. Mengelepar dalam tomyam dan sup bila masukkan kat dalam tu. Syok. Lepas tu tomyam dye pedas. Lauk pauk yang disediakan pun banyak. Yang paling aku suka ice cream dye ada banyak. Tak payah nak berebut masa dekat Mutiara Village tu. Tokeh kedai buka ice cream je, sekejap dah habis. Kat Lagi Best BBQ & Steamboat, aku bantai 4 batang ice cream. Heaven. Dengan keadaan batuk pun makan ice cream banyak juga.

Makan steamboat ngan bbq nie dia kira per head tau. Kalau dekat Lagi Best BBQ & Steamboat nie dewasa RM 18.50. Tak jauh beza pun dengan yang kat Mutiara Village tu RM18. Beza 50$ je pun. Tapi kalau yang jauh lagi best aku sanggup pergi yang jauh. 

Nak tau lebih lanjut @ nak tengok gambar lagi leh laa tengok cnie plak Lagi Best Steamboat & BBQ.

3 comments:

Ardini Humaira said...

kalau g johor nanti InsyaAllah dni cuba ke restoran tu :)

ArELeEz said...

mmg bunyiknye macam best! nnti, klu ade rejeki ke johor lg, insyaallah.. akan diterjah! ;)

Anonymous said...

Skrg harga dah naik.. rm23 per pax utk dewasa, under 12, rm10.. tp mmg puashati..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails