Showing posts with label USS. Show all posts
Showing posts with label USS. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Universal Studio : Jumpa mereka

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Bertuahnya kiteorang. Yuhuu dapat jumpa retis masa kat universal studio ari tu. Best2. Alang2 dah jumpa tu pe lagi. Terus amik gambar buat kenang-kenangan di hari tua. Leh tunjuk kat cucu yang mak tok dye nie jumpa retis. =)


Marilyn Monroe, Betty Boot, Oscar, ancient egypt, 


Yehh itulah gambar kami bersama mereka. Perghh Marilyn Monroe ngan Betty Boot memang letup kau. Tergoda, mengoda, mengada pun ada. Mereka tu kami jumpa kat Hollywood dalam universal studio. Bukan g Hollywood betul2 pun. Xmampu. Ada gigi emas sebatang pun xcukup lagi. 

Ada yang kami x jumpa dan x sempat amik gambar. Diorang nie kuar ada masa2 tertentu dan ada limited minutes tuk bersama dengan tourist. Pernah masa ngah que lagi seorang je turn, lepas tu kami mereka dah bla. Kuciwanye masa tu kteorang.

Wednesday, July 4, 2012

Universal Studio : kepala pening

Assalamualaikum..

Masih lagi cite masa kat universal studio. Bosankah dengan cite kau universal nie? Kalau bosan dengan hamparan karpet kuning leh la tinggalkan blog ini. Bukan nak moody tapi aku nak korang terima kenyataan. Ahh sudah. Merapu kelain.

Kali nie nak cite sal kepala pening? Aloo sheriyah nie sal kepala pening pun nak cite. No! Jangan salah sangka. Sebenarnye nak cite  benda kat universal studio yang buat aku pening tu. Tajuk kenelah kias2 sikit. In fact, yang membuatkan tahap kepeningan aku dikumcaknye ialah Sci-Fi City (Human). Apa tu Sci-Fi City (Human)? Robotkah? Owh no!

Bukan robot tapi itu adalah nama roller coster kat universal studio. Ada dua roller coster kat sana. Satu nama Human, satu nama Cylon. Human warna merah, Cylon pula warna biru seperti dalam gambar dibawah. Sebab tu aku highlight warna merah dan biru kat Human ngan Cylon tu. Alkisahnye.


Serius nak cite yang memang aku pening giler lepas naik Human. Lepas tu memang aku tak mampu dah nak naik Cylon. *Sedey. Dengan kelajuan 82.8km/h sapa yang tak pening woi. Sudahlah lepas naik benda alah tu, terus turun tangga. Tangga plak yang macam tangga rumah flat. Tau x tangga umah flat cam mana? Takpelah aku baik hati nak tunjuk gambar tangga tu.


Hah tangga dye jenis gini. Kau pusing pusing nak turun dye selagi tak sampai bawah. Dengan kepala yang xstabil waktu turun dari roller coster, memang buat bertambah tak stabil la bila kene turun tangga cam gini. Jalan pun nak kene orang pegang. Pusing2 aku rasa time tu. 

Yang berbezanye antara Human ngan Cylon nie ialah kedudukan kita masa naik benda tu. Aku tak naik bukan bermakna aku tak tahu ya. Huwawawa. Ada kawan aku yang bukan kaki pemabuk naik. Xcited giler budak 2 orang tu. Okeh kembali kepada perbezaannye. Yang Human nie keadaan kita macam naik kereta. Means kita duduk, kaki kita ada alas. But untuk Cylon pula, kaki kita bergoyang-goyang. Takde alas untuk kaki kita. Kiranye kalau kau rasa nak jadi seorang yang kejam, kau jatuhkan selipar kau, kalau ada orang kat bawah pasti kene selipar. Hah macam tu la. Dan kata kawan aku yang naik Cylon, "kita sepatut nak Cylon dulu sebab Cylon xteruk sangat".  Huwaa pe2 pun memang dah xleh naik wooi, pening tahap giler dah. Nak naik gak kene pergi lain kali, bayar lagi skali.

So, pada sapa2 yang baru berhajat nak pergi, kaki pemabuk pulak tu aku nak suggest naik laa Cylon dulu. Pastu baru naik Human k. Nanti rugi.

p/s ~ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. 

Monday, July 2, 2012

Universal Studio : Far Far Away

Assalamualaikum..

Welcome to Far Far Away. Wahh g2. 

Kami adalah gadis2 penyambut tetamu. Wink2x..

Juga pemilik castle ini. Debaaakkk. Besor kan istana kami. Wehuu sapa nak berpesta leh laa ramai2 datang. Berpesta tari menari. Leh la jumpa ngan putera idaman. *menokok tambah plak aku nie

lapar. Roti bekalan kami hari tu. 

Pe2 pun memang best. Kat dalam tu laa kami tengok cite Shrek 4D.

p/s ~ Lepas nie 5D plak..

Sunday, July 1, 2012

Universal Studio : 4D version

Assalamualaikum..

Baru je bulan nie 1st time layan 3D siap ngan camewhore bagai, dah velagak nak layan 4D. Kelass ko Shegraa. Udah bayar nak masuk tu, pe lagi grab laa peluang yang bukan selalu datang nie kan. Kiteorang layan cite Shrek. 


Woh nak bagitau lu, best tau layan 4D nie. Macam kita plak yang berada dalam cite tu dan kita yang mengalaminya. Ada gerak2 kerusi bila Shrek tu naik kuda (macam kita pun naik kuda) , air pancut2 sampai ke muka (bila si dongkey tu bersin. Euwww), pastu rasa cam binatang raba2 (sbb ada lelabah ganas kejar Shrek). Beza 3D ngan 4D cuma yang gerak2 tu ajelah. 



Cite tu kejap je pun , tapi best. Lepas kuar tengok cite Shrek nasib kiteorang sangat baik!!! Jumpa plak mascot Shrek ngan Fiona. Pe lagi, ikut diorang sampai diorang stop, que then snap gambor. Semua nak plok Shrek sampaikan Fiona merajuk. Alala cian Fiona. Nak xnak terpaksa laa aku dop sebelah Fiona. 



Tak lupa gak layan Transformers 4D. Tapi waktu nie aku dah pening2 dah sebab 3kali tanpa henti dop naik yang pusing2. Nak que Transformers nie, tuhan sahajalah yang tahu. Dekat 45 minit, tapi tengoknye aku rasa xsampai 5 minit. Dalam pening aku sempat tengok yang 3rd scene first je, yang lain2 aku pejam mata sebab memang xtahan dah. Rugi gak laa aku rasa, tapi nak buat macam mana, udah xtahan. Kalau x mahu aku muntah dalam tu. Bila ada kesempatan pergi dengan zouj (verangan), aku nak tengok yang transformer first. Tak kira nak tengok gak. Menyesal!! Sapa yang akan pergi Universal Studio Singapore aku nak sarankan korang jangan tak tengok tranformer, kalau x kau akan menyesal.

p/s ~ Owhh bakal zouj, bacalah entry nie nanti kita g sama2 eh. Olololo

Saturday, June 30, 2012

Universal Studio : WaterWorld

Assalamualaikum..

Lepas camewhore di Hollywood berkejar ke The Lost World pula. Udahla Lost World nie dop kat bahagian tengah sekali ikut map tu, jalan laju2 dah macam manusia berlari. Haha nak juga samakan dengan manusia berlari. Addicted punya pasal. Masuk je dalam tu rupanye dah ramai yang memenuhi ruang. Kami dop kat bahagian yang tidak basah(belakang) kerna sapa yang dop depan memang akan basah. 


Sinopsis untuk show nie :

Witness death-defying stunts, awesome explosions and thrills at this sensations 'live' water show.

Fuhh memang dasyat la. Ada api, ada tembak menembak. Kapal terbang masuk, ada orang terbakar. Patutlaa tempat nie dikelilingi oleh zink yang buruk pun. Kiranye xmembazir la sebabnye bahan tu di kitar semula. 


Show nie kejap je xsampai setengah jam pun. But live depan mata. Bahang api pun terasa. Camne laa mereka leh terfikir nk buat benda nie semua. Kreatif dan enovatif tul.


p/s ~ Enjoy

Friday, June 29, 2012

Universal Studio :Camewhore di Hollywood

Assalamualaikum..

Misi 24jam di Universal Studio COMPLETE!! Suka sangat2. Perjalanan ke sana bermula pada jam 9.45 pagi dimana kami pergi dengan menaiki bas transtar kat Kotaraya II dengan bayaran hanya RM5. Sampai kat sana dalam pukul 12.00 tengahari. Perghh dugaan betul masuk time weekdays nie. Bus beratur punyalah lama nak sampai ke kastam Singapore tu.  Sampai kat kastam plak, ada sesuatu yang berlaku kat aku. Arghhh tension betul. Nanti aku cite. Tapi yang entry last2.


Sampai je pergi washroom dulu, lepas tu baru beli tcket. Harga ticket 74SGD. Rupanye hari tu peak day. Kalau bukan peak day harga 68SGD. Tanye yang jaga ticket tu, dye kata musim cuti sekolah. Kat sana cuti rupenya. 


Masuk tu, haruslah camewhore dulu. Kalau boleh kat setiap inci tempat tu nak bergambar. Gitulah budak2 katakan. Haha padehal ada yang dah nak jadi mak budak pun. Tapi lepas nikah laa.



p/s ~ Lepas camewhore kat Hollywood berkejar ke The Lost World untuk tengok show 12.30.

Universal Studio : 12 hours mission

Assalamualaikum..

Yehhhaaaa... Sampai gak kami ke sini. Inilah dye trip Lab rat's selepas trip 24 jam dan trip picnic di Desaru. So, dengan ini Universal Studio 12 hours mission COMPLETE!! 


Cite panjang lain2 entry. Muhaha bakal ada banyak entry nak cite misi 24 jam yang nie.

p/s ~ thank you kepada fhotografer..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails