Saturday, March 30, 2013

FB timeline dah berubah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dushhhh.. Dushhh.. Hayakk timeline FB dah berubah. Korang punya dah berubah ke? Aku memang tau akan ada perubahan timeline nie tapi xjangka yang aku punya awal. Mula2 yang berubahnya dye punya box search jr. Dari warna putih ke warna sekarang. Tu aku tengok 2 hari lepas. Pastu hari nie plak, amik ko sekali semua dah berubah. Kalau kat home dye still lagi sama cuma kita punya home page je berubah.

Jujur tulus dari hati aku xsuka yang baru nie. Sebab terpampang siap2 mengenai kita, kawan2 kita without klik pun. Just scroll sampai bawah sampaikan apa yang kita like pun dah ada kat situ. 


Kawan aku ada cakap perubahan dye kat FB sebelum nie bila kita chat dye kuar cam yang awan2 tu. Yang tepon canggih zaman sekrang punya mesej kuar kalau kita mesej dengan someone. Ha cam tu lah. Ala kelakarnya..

p/s ~ Dah lama xberupdate, alih2 update sal FB. Kahkahkah

Saturday, March 23, 2013

First Step

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

This is one of step towards 'alam baru'. Kihkih.. Attend this doesn't means that i'm getting married as soon as possible. Jangan salah faham. This just a preparation. Who knows out of a sudden there are people comes to 'chop' me. #galokss


p/s ~ take this opportunity while it's cheap


Thursday, March 21, 2013

Easy to Prepare Simple, Healthy Meals

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Check inside yours. Is there 7 rules?

Wednesday, March 20, 2013

CPUV ke-6

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dah lama xupdate pasal CPUV. Dah tu dop sibuk update benda lain kan. Hehe. Untuk bulan nie sahaja sehingga bulan Mac nie termasuk yang terbaru nie dah 6 CPUV. Tapinya 4 yang lain dah meter lah. Tinggal aje Colgate yang hakak Fazura jadi model tu ngan Kleenex wat sat hingus. So kalau ada nampak tu, rajin2 lah klik. Terima kasih



p/s ~ nak menabung banyak2 kat nuff.. Dah betul2 banyak baru nak cash out.

Tuesday, March 19, 2013

Nestum dah Sampai

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hasil dari menang conso Nestum hari tu dah sampai. Yehh. Aku ada baca kat one of the blog nie dye pun dah dapat benda nie. Esoknya apa lagi aku call mama tanya ada sampai barang apa2 ke. Pastu mama cakap ada sampai Nestum 3in1. 


Aku suruh adik lelaki aku amikkan gambar. Haha. semata2 nak tepek kat blog nie. Selalunya akak aku yang akan update kat aku kalau ada benda sampai2 nie.. Tapi sekarang kakak aku dah xdop umah. Sedih. Aku balik hari tu pun xdapat jumpa dye. Huhuhu

Mama aku kata, akak aku balik nanti dye nak bagi kat akak aku Nestum nie. Amboiii2x.. Mentang2 lah akak aku je yang dop selalu beli nestum nie semua nak bagi dye. Aku cakap ah aku pun minum juga cuma xbeli je. Sampai hati mama aku. Adik lelaki pula, mentang2 aku suruh amikkan gambar nie siap mintak lagi nak satu supik (plastik). Aku ingat nak satu supik besar tu. Rhupenya nak yang kecik je. Haha. Sebagai balasan amik gambar, hah amiklah jangan nak habiskan aku punya plak.

p/s ~ tu je nak cite. Kehkeh

Dekat Sangatttt

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Jujur aku cakap, aku dah lama tunggu nak menulis entry nie. Rasa excited tak boleh nak digambarkan bila dapat menulis entry nie. Kenapa?? Sebab aku dapat tengok 'nya' pada jarak yang paling dekat lah. Apakah 'nya'??


'nya' itu adalah Gunung Kinabalu yang bakal aku tawan puncaknya. Siyess masa kat Dairy Farm nie leh tengok gunung dengan jelas lagi. Awan tak sehebat waktu pagi yang mana gunung terlindung terus. Suka sangat2. Tak habis-habis dop amik gambar berlatarkan gunung nie. Sewaktu perjalana balik pun dop excited cari gunung. Nampak dari jarak dekat still dop toleh2. Rindunya gunung nie. 


p/s - Gunung Kinabalu.. Aku rinduuuuu

Monday, March 18, 2013

Dairy Farm, Kundasang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kami minum susu kamu!!! haha.. Best betul susu kamu nie. Moooooooo....


Harga sekotak susu perisa coklat ialah RM5. Yang lain-lain pun ada tapi x survey lah plak. Siyess susunya sangat sedap ok. Tak macam rasa susu perisa coklat yang biasa kita beli kat pasar raya tu. Kiranya macam rasa susu yang asli lah. Orang kata 'susu fresh dari ladang'. Haha.. Kononya nak tengok susu diperah. Alih2 lambat sangat tunggunya g main ngan anak lembu dulu. Owhh ya nak masuk Dairy Farm nie RM5/pax.. If i not mistaken la.. Nyayuk nie lupa juga.. haha


Lepas dah main2 ngan anak lembu (main pegang-pegang), pergi amik gambar kat tugu Dairy Farm pula. Kalau tak amik gambar kat situ memang tak tahu lah aku nak cakap apa. Tugu punyalah besar gedabak memang mintak orang amik gambar kat situ.



Dah siap amik gambar semua, baru pergi balik tempat susu diperah. Berderet lagii lembu dop tunggu. Haishh lembu-lembu nie memang serah diri ajelah. Orang bukak tempat beratur tuk susu diperah tu sampai berebut2 nak masuk. Tak sabar hah semua. Kuwang2x..

p/s ~ pergi toilet semerbak bau lembu.. Mana taknya toilet belakang dekat ngan lembu. Tak tahann wooo

Sunday, March 17, 2013

Hot Spring, Ranau

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Biarpun hujan, tetap nak pergi hot spring juga. Nak rendam kaki dalam air panas katanya.Padehal kat Walai Tokou tu ada je air panas. Ngade-ngade lebih belako. Aku pun sama lah kiranya ya. Huwawawa


Nak masuk sini nak keno bayar RM2/pax. Before nie aku ada terbaca entah kat mana (blog), dye cakap boleh pakai tiket masuk ke Kinabalu Park sbb tiket dye sama. Means tak payah bayar la. So aku g lah tanya boleh pakai x, dye kata kene sama tarikh baru boleh pakai. Haiyaa cam itu plak ya. Kami pulak hari sampai tu dah singgah Kinabalu Park. So jawapan dye bayar lain lah. Rugi2x. 


Yang bestnye kat dalam nie ada banyak tempat leh pergi seperti canopy walk, taman rama-rama dan macam2 lah. Tapi yang tak bestnya, semua tu kene bayor lain. Wahh tektik kotor ya. Nasib baik nak masuk kolam air panas tu tak bayar lain. Kalau tak aku timbuk sorang2. Wahh garang x? 


Kami kat cnie kejap je. Dah rendam2, amik2 gambar terus bla. Banyak tempat lagi nak pergi nie. Hehe

p/s ~ tak pergi hot spring pun x pe..

Saturday, March 16, 2013

Sabah Tea Garden, Ranau

Bismillahirahmanirahim dan Assalmualaikum..

After breakfast like a king, kami meneruskan misi iaitu pergi ladang teh. Wahh best giler tengok semua hijau. Tenang, damai. Semua ada. Alhamdullilah. Tapi yang x bestnye dye punya jalan nak sampai ke puncak tu, Ya Rabbi tersangat lah teruk. Jalan berbatu2 ok bukan ber'tar'. Punyalah slow dan lambat nak sampai atas tu.

*gambar dah nak balik nie*

Kat garden nie, kami amik kesempatan tuk buat lawatan ke kilang. Lawatan sambil belajar bagaimana teh2 diperoses. Nak juga tahu kan, tak kan nak tahu minum aje tehnya. Hehe. So nak masuk dalam kilang nie, nak kene bayor RM12/pax. Kami telah di terangkan satu persatu step pemprosesan teh. Gambar takde ya sebab tak dibenarkan amik gambar. Lepas dah tengok cara proses tu kami di bawa pula ke satu bilik untuk melihat perbezaan antara teh yang bagus dan teh yang x bagus. Bahan yang digunakan ialah dengan satu gelas air dan serbuk teh sahaja. Teh yang bagus akan tersebar warnanya (didalam air) dengan sekata. Manakala teh yang tidak bagus, warnanya akan tersebar dengan keadaan pecah2. Dah selesai semua tu kami akan diberi cenderahati. Yahuuu suka dapat cenderahati. Cenderahatinya ialah 50g teh sabah yang berharga RM1.30. 


Lepas tu boleh laa amik gambar suasana kat situ. Waktu sampai hingga waktu nak balik, hujan tak berhenti. So nak amik gambar pun sedikit menyukarkan. Tapi kami amik juga mana yang boleh. Tapi tak banyak lah gambar kat c2. Tak lupa juga untuk beli teh2 sabah. Ada banyak pilihannya. Ada teh yang organik (tanpa campuran perasa) dan ada yang perlbagai perasa. Aku beli yang organik aje. Total beli teh RM7.60.

p/s - minum teh sampai kembung.

Friday, March 15, 2013

Kita Semua Sama

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Copy dari FB..


Untuk renungan bersama di hari Jumaat penghulu segala hari ini. 

Thursday, March 14, 2013

Apa pun breakfast dulu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Memang tak leh nak skip or say no kat breakfast ok. Kamu semua seharusnya breakfast.  Dengan breakfast Insyallah segala kerja yang akan dilakukan itu akan sempurna tanpa ada halangan. Kesihatan kita kene jaga. Nak diet pun, breakfast jangan sesekali tinggal. FAHAM. Bertapa pentingya breakfast aku nak kasi satu kata2

"Eat Breakfst like a KING, lunch like a prince & dinner like a pouper"

Ada faham x kata2 dalam BI tu? So lepas nie jangan tinggal breakfast ya. Sebelum tu nak promote jap, 18 March nie McD's ada bagi free Egg McMuffins.. Yo yo.. Peluang untuk breakfast like a king tu. So pergi lah ramai-ramai ya. Barang free. Tapi aku tak akan pergi, itu yang pasti. Sebab aku sokong Palestin. Faham-faham ya. So nak tahu info lanjut klik2 la free Egg McMuffins.


Actually nak cite pe yang kami breakfast masa kat Kundasang. Hehe. Panjang inro baru masuk apa yang disampaikan sebenarnya. Maaf laa. Seperti biasa, lepas tengok Gunung Kinabalu kami akan terus check out dari Walai Tokou tu. Lepas habis pusing2 Kundasang dan Ranau kami akan terus balik Kota Kinabalu. That is our plan.

Kat Kundasang, gambar diatas itulah yang menjadi makanan untuk breakfast kami. Yummiii. Kenyang pagi tu. Makan kat restoran apakah nama lupa plak yang terletak kat Pekan Kundasang. Restoran nie berhadapan dengan War Memorial Park. Senang je nak cari kedai nie, kalau pergi pagi, kat depan kedai nie ada mak cik jual kuih muih yang macam dalam gambar melentang tu. Kedai satu2 je. Harga not bad. RM 11 untuk 4 pinggan mee+telur mata dan satu teh panas. Kuih tu beli asing.

p/s ~ kat sabah takde mee kuning macam kat tempat kita. Dye mee lain..

Wednesday, March 13, 2013

Walai Tokou Homestay

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualikum..

Walai Tokou? Owhh susahnya nak sebut homestay nie. Seperti biasa kami main terjah aje mana yang nampak di sepanjang perjalanan. Sebelum jumpa yang nie kami kononnya nak tinggal dekat J.Residence sebabnya daripada hasil google cakap tempat tu cam best. Tapi.. cari punya cari hailaa tak jumpa pun signboard J.Residence nie.

Alih2 dah malas sangat nak cari, dengan hujannya tak berhenti, dah tak tahan dah, singgah je kat Walai Tokou nak tanya ada kosong tak. So makcik Julie kata ada lagi kosong. Ada 2 bilik. Dye suruh kami amik 2 bilik sebab kami 4 orang. Nanti dye bagi murah sikit daripada harga total 2 bilIk RM180. Tapi kami x nak 2 bilik tu sebab nak cut bajet, so tetap berkeras izinkan 1 bilik tu untuk 4 orang. Wahh berhimpit kami tido, punyalah nak cut bajetkan. Dalam bilik tu ada 2 katil bujang yang telah dipasangkan bersama. 

Tapi bagi aku, tak kisah la berhimpit yang penting tido. Tak tahu lah orang lain kalau nak keselesaan ke. Jadi dengan sebilik tu bayarannya RM90. Harga murah sikit yang makcik Julie nak bagi tu tak pulak kami tanya. Huhu. Tapi ok juga kami xamik 2 bilik, sebabnya lepas kami masuk tu ada lagi orang yang cari bilik. So dapatlah dekat dye bilik yang kami xamik tu. Bagaikan dah tolong orang rasanya. Hehe.

Jadi sapa yang berminat nak tinggal dekat homestay yang namanya susah nak sebut nie leh laa contact makcik Julie nie. Homestay nie di tepi jalan aje. Juga di bawah homestay nie ada kedai makan 24jam. So kalau lapar xpayah risau, sediakan aje duit pergilah melantak. Harap2 dengan info yang aku bagi nie leh laa korang wat plan tuk tinggal kat mana kat Kundasang dan nak tengok Gunung Kinabalu yang dilindungi awan. 


p/s ~ gambar dalam bilik tak teringat plak nak amiknya.. Ampunnn


Tuesday, March 12, 2013

Gunung Kinabalu Dilindungi Awan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Setelah berjayanya misi di Sandakan, kami bergerak untuk patah balik ke Kundasang dan Ranau. Misi nak menjayakan aktiviti di sana plak. Hui3x.

Dekat sana banyak tempat juga lah yang sempat kami singgah. Owhh untuk Ranau dan Kundasang pun kami hanya spent sehari juga untuk pergi ke semua tempat yang ada kat sana. Gigih kan kami. Hurmmm

Dalam pukul 4 petang, kami bertolak dari Sandakan untuk ke Ranau/Kundasang. Perjalanan patah balik nie macam rasa sekejap je nak sampai. Sentiasa macam tu kan bila kita dah patah balik nie. Selalu tempat yang nak dituju tu yang rasa jauh, bila dah balik kejappp je.

Misi utama kat Kundasang/Ranau nie nak tengok Gunung Kinabalu di awal pagi. Tapi nasib tidak menyebelahi kami, pagi tu hujan dari semalam yang kami sampai. So awan melindungi gunung tu dari pandangan. Sedih gileerrr. Padehal dari tempat penginapan kami untuk malam tu tersangat lah dekat weii. Kat mana kami tinggal, nanti lain cerita. 


#kecewadengangunungkinabalu

Monday, March 11, 2013

Sandakan : Misi Berjaya

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Mission in Sandakan succesful. Walaupun seharian sahaja masa yang diperuntukkan di Sandakan tapi banyak tempat juga yang sempat kami singgah. Waduh2. Tidak ku sangka kami bergerak sungguh pantas. #pujisendiri

Seperti yang telah diceritakan pada entry-entry sebelum nie, di Sandakan tu banyak tempat yang boleh dilawati. Seharian yang diperuntukkan pada hakikatnya tak sempat pun nak singgah kesemua tempat yang ada. Tapi memadai lah, setakat nak jalan-jalan dan tengok-tengok tu. 

Nie lah antara tempat yang sempat kami lawati masa kat Sandakan,

Rainforest Discovery Centre Sepilok

p/s ~ Alhamdulilah. Nasib kami baik, sewaktu pergi kesana peeperangan antara musuh sulu dengan polis/tentera belum lagi berlaku. 

English Tea House & Restaurant, Sandakan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Bila dah berkunjung ke Agnes Keith House, tak akan lengkap kalau tak pergi English Tea House & Restaurant nie. Lagipun nak masuk cnie bukan ada kene bayar apa2 pun. Masuk free of charge okay. Jangan risau. Cuma bayarnya bila minum dan makan kat situ. Kami tak minum tak makan pun, just g amik gambar.


View dari kawasan cnie sangat lah cantik ya. Dari sini anda akan disajikan dengan lautan nun dibawah sana. Tak kurang juga untuk tenangkan fikiran, tempat nie sangat okay sambil minum teh. Nak tengok lagi gambar kat English Tea House & Restaurant leh klik cnie gallery. Untuk info lebih lanjut juga leh klik situ.


p/s ~ suasana yang tenang pastinya melegakan fikiran. 

Sunday, March 10, 2013

Memberku HAWA

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Boleh dikatakan 99.9% memberku adalah HAWA dan lagi 0.1% adalah ADAM. Peratusan itu agak ketara perbezaanya kan. Tapi keselesaan dalam berkawan tak boleh menyangkal dari aku memilih HAWA sebagai memberku yang paling ramai.  


"Persahabatan membina keyakinan bila mana aku selesa bersama, setia bersama dan yang paling penting SENYUM bersama."


Mungkin ianye berbeza dengan orang lain, yang mana kaum HAWA tapi lebih selesa memilih ADAM sebagai member yang paling rapat. Itu bergantung kepada masing-masing  dalam memilih kawan.


HAWA pilihan aku sebab senang nak kongsi masalah. Aku rasa kaum HAWA pastinya mempunyai masalah yang sama dengan diri kita. Contohnya HAWA dengan boyfriendnya. HAWA sebagai anak perempuan dalam keluarga. HAWA dengan masalah 'penyakit'nya. Correct me If i'm wrong. It just about my opinion. 


Dan dalam berkawan aku tak pernah memilih siapa mereka. Orang yang tak kenal aku pasti kata aku sombong. Yehh i know that. Tapi aku bukan seperti itu. Kawan kepada kawan aku pun boleh jadi kawan aku bila kami bersama. Juga aku mengaku di sini yang aku memang garang tapi aku bukan senang2 nak marah orang macam tu aje, unless there is something that i dont like. Aku juga tahu ramai orang takut dan susah nak cakap sendiri dengan aku if there need my help. Pastinya my romate yang jadi pengantara antara kami. Sebenarnya aku terasa bila korang buat aku macam tu. Seperti aku nie buruk sangat perangainya. Hanya tahu marah orang sahaja. But its ok. Yang lepas biarkan berlalu. 

#akuyangcubaperbaikidiri


Saturday, March 9, 2013

Agnes Keith House, Sandakan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Setengah hari telah pun dihabiskan dengan pergi melawat sedara mara kat Sepilok dan mencuci mata dengan lihat alam ciptaan Allah SWT yang cantik kat RDC. Lepas pada tu kami patah balik ke bandar Sandakan dan singgah makan dekat Pasar Sim Sim. Kat pasar nie famous dengan makanan laut yang dibakar. Setelah kenyang jangan pula lupa nak sembahyangkan. Dah jumpa masjid tu terus aje singgahnya.

Bila dah setel semuanya, perut dah kenyang, sembahyang pun dah baru lah best teruskan perjalanan. Destinasi seterusnya ialah Agnes Keith House. Apa ada kat rumah nie? Rumah nie sebenarnya tinggalan orang zaman dulu2. Sekarang nie rumah nie dah pun diambil alih oleh Muzium Sabah dan bayaran masuk hanyalah RM2/pax. Untuk tahu lebih lanjut pasal rumah nie leh klik Agnes Keith House.


Owhh untuk pengetahuan, rumah nie berhantu. Siyess memang berhantu. Yang tak leh bla  siap ada buku yang menceritakan peristiwa2 yang berlaku pada mereka yang tinggal kat rumah nie before di amik oleh Muzium Sabah. Aku yang membaca peristiwa tersebut turut naik bulu roma wei. Terasa bagaikan ada sesuatu yang memerhatikan. Aku siap cakap ngan kawan lagi, "nak kuar bagitahu aku sekali". Dengan bunyi "krak..krak" lagi lah menambahkan rasa takut dalam diri. Apa pun aku suka rumah nie sebab xde peraturan masa kat dalam tu. Suka hati nak lalu mana cuma xleh amik gambar aje. Berbeda sangat dengan rumah terbalik. Tak boleh lalu melainkan atas karpet merah, tak boleh sentuh dan ya juga tak boleh amik gambar. 

p/s ~ Aku sebenarnya agak rimas dengan peraturan. Tapi peraturan Allah SWT aku x kisah.

Mudahkan Jangan Susahkan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hingga saat nie BB1M aku dah pun berjaya aku habiskan. Akhirnya. Tapi nilai rm250 tu tak memadai bagi aku pun. I need more. Huhu.. Banyak lagi buku2 yang aku nak tapi tak dapat beli. 


Dua biji buku dan satu pensil picit untuk mencukupkan baucer RM50. Yang nie aku beli dekat Popular. Buku lawak kampus tu bukan untuk aku, tapi adik lelaki aku yang tergedixx nak buku tu. Harganya tersangatlah mahal RM29.90. Tak de diskaun plak tu biarpun aku ada kat Popular. Buku "mudahkan jangan susahkan" tersangat lah best. Banyak kisah2 yang boleh dijadikan rujukan. So lepas nie aku memang tak akan susahkan dalam menyiapkan tesis aku. Tak nak stress dah. Nak siapkan reaction cepat-cepat. Lepas dah hantar aku nak balik rumah, tolong mama dan papa plak. Kesian mereka semenjak kakak aku berhijrah ke Kuala Lumpur nie banyak kerja@tugas sedikit tergendala.


p/s  ~ aku berjanji pada diri akan habiskan Master semester ini juga.

Friday, March 8, 2013

Rainforest Discovery Centre Sepilok, Sandakan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualikum..

Dah selesai buat kunjungan hormat ke atas sedara mara, kami pergi plak ke Rainforest Discovery Centre.  Jangan risau sesat, jalan nak ke RDC nie sama jalan masa nak ke Sepilok. Cuma Sepiloknye ke dalam lagi, RDC nie sebelum sampai ke Sepilok. Nak masuk RDC nie kene bayar rm7/pax. Untuk rujukan leh klik RDC.


Apa yang menarik kat RDC nie? Kat cnie ada canopy walk, ada Suspencion bridge, dll. Kalau anda bertuah, leh tengok pelbagai spesis burung yang ada dalam RDC nie. RDC nie tersangat lah luas. Kami xsempat nak lalui semua jalan2 dalamnya. Lagipun hari kejadian hujan. Sebab tu kami berpayung untuk gambar kat bawah nie. Hehe


1st time aku mengalami perasaan naik jambatan gantung nie. Ya rabbi hazab giler keadaan bila ada sepasang mat salleh lalu kat jambatan gantung nie. Diorang punya badan besar lepas tu sekali melangkah bergoyang2 jambatan nie. Kiteorang takut, takut tiba2 terbalik ke jambatan nie basah la jatuh dalam tasik tu. Memang masa tu nak menyumpah aje mereka. Astaghfirullah.


Owhh ya kat dalam RDC nie juga ada Plant Discovery Garden. Ada macam2 jenis tumbuhan. Tak kenal tumbuhan leh la bersuai kenal. Ia seakan2 Singapura Botanical Garden, tapi SCG punya kawasan lagi besar la. Siap ada taman orkid.


p/s ~ back to nature sangat kan kiteorang nie.. kihkih
  

Thursday, March 7, 2013

Kanak-kanak 4 tahun derita kanser mata

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Ya Allah begitu berat dugaan yang kau berikan buat anak kecil dan keluarganya. Semoga anak itu dan seluruh ahli keluarga sabar dalam merawat dan melayan kerenah anak kecil ini.

kanser mata
Sebak aku melihat keadaannya.

Berita penuh leh rujuk cnie. Kanak2 derita cancer mata. Bagi yang nak memberi bantuan dari segi kewangan boleh laa berbuat demikian kerana anak ini memerlukan rawatan dengan segera. Untuk itu bolehlah masukkan wang ke akuan milik Nik Zuraidah Nik Yali (ibu Muhammad Azim), akaun Maybank 153029208754. Atau boleh sahaja telefon wartawan Sinar Harian Kelantan (Azman Skuad Kuala Krai) - 019 939 1097.

p/s ~ Aku mampu share berita sedih nie ngan korang. Yang mampu dari segi kewangan boleh laa hulurkan walaupun sedikit.. 

Al-Quran terjemahan Per-kata

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Alhamdullilah dengan BB1M dapatlah aku membantu membeli alat-alat dan kelengkapan untuk keluarga aku. Tanpa BB1M bukan bermakna tak boleh nak beli, tapi dengan BB1M nie dapat kurangkan jumlah pengeluaran duit sendiri.

RM100 dari BB1M telah pun aku belanjakan. Aku beli Al-Quran nie untuk mama. Actually harga sebenar Al-Quran nie ialah RM150 tapi dapat kurang RM135. So, mama hanya kuarkan wang RM35 sahaja untuk Al-Quran nie.


Al-Quran nie tersangat lah bagus. Mama memang cari Al-Quran cam nie sebabnya dye ada maksud untuk siap patah perkataan. Bukan itu sahaja, juga terdapat Kadar bacaan Mad yang telah di warnakan dengan warna cerah.


Sapa-sapa yang berminat untuk dapatkan Al-Quran seperti nie leh lah pergi Syarikat Jaffar Rawas kat Kelantan. Aku dpat tahu dekat Kedai Buku Banggol juga ada jual Al-Quran begini. Bagi yang dop negeri lain, leh la try cari kat mana2 kedai buku. Aku nak bagitahu pun memang dah xtahu.

p/s ~ Ada seorang pemuda turut beli Al-Quran nie setelah tertarik dengan satu perkataan satu makna setelah mama aku perkenalkan. Alhamdullilah. Untuk siapakah Al-Quran itu ya? Hehe

Sepilok, Sandakan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Setelah edisi singgah menyinggah kat Rumah Terbalik,Tamparuli, Ranau, dan Taman Kinabalu, Kundasang akhirnya jam 8 lebih kami dah selamat tiba kat Sandakan.  Malam ya bukan siang. Alhamdullilah. Kat Sandakan nie, kami tinggal menyewa. Iaitu menyewa bilik. Kami berempat sewa  satu bilik kat hotel tengah-tengah bandar Sandakan yang harganya RM80. Ada katil queen 1 dan katil bertingkat 1. Memadai laa untuk tido semalaman sahaja. Pagi2 dah kuar sebab banyak tempat nak g buat lawatan nie.

Pepagi tu, semestinya breakfast dulu. Breakfast tu kan wajib. Pagi tu kami breakfast cakoi yang semalam punya.  Makan dulu kat bilik, before angkut semua barang kuar. Kiranye kami terus check out pagi2 tu. Dah makan, tapi belum lagi minum. Pagi tu kami rancang nak ke Sepilok. Yuhuuu nak tengok sedara weii. On da way ke Sepilok sempat la singgah kedai pekene air panas dulu.


Nak masuk Sepilok nie kene bayar RM5/pax. Kalau nak bawak kamera pun kene bayar juga. RM10/kamera. Owh ya nak masuk dalam tu, beg nak kene tinggal kat luar. Tak dibenarkan sama sekali bawa beg. Makanan/minuman pun x dibenarkan. Nanti kat luar tu akan ada loker tuk simpan semua2 barang tu. Bayar atau tidak, tidak pula aku ketahui sebabnya kami tinggal dalam kereta beg kami. Just bawa purse, masuk dalam poket seluar aje. 


Kebetulan masa kami tiba kat sana lagi 30 minit orang2 utan nie nak makan. So berkesempatan lah kami nak negok orang utan nie. Kalau bukan masa makan, korang masuk kat dalam tu nasib baik dapat jumpa, tak nasib baik x dapat lah jumpa. Kat dalam nie bukan sahaja orang utan yang ada, monyet,beruk or babun pun ada. Aku tak pasti plak spesis mana. Hehe. Bilangan orang utan yang keluar makan tak lebih dari 10 ekor pun. Tak diketahui juga oleh aku, adakah memang tak banyak orang utan yang menghuni kawasan tu. Atau pun yang ada selebihnya memang tak nak keluar makan. Kalau nak p tengok orang utan makan, pergilah before jam 10.00 pagi kerana orang utan akan diberi makan jam 10.00 pagi.


p/s ~ Kelakar dengan kerenah orang utan masa makan. Buat semua yang pergi tengok ketawa. 

Wednesday, March 6, 2013

Chakoi Sabah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Tahu tak makanan nie apa?


Ok kalau x pasti, makanan nie namanya chakoi. Kalau kat Kelantan orang pangil char kuey. Kalau kat Terengganu plak kayu keramat. Masih lagi ragu-ragu dengan namanye? Ce google untuk dapatkan gambar yang lebih jelas. 

Chakoi @ char kuey @ kayu keramat nie, kalau kat Sabsh dye akan letak margerin dan kaya tau. Kalau kat Kelantan nie makan aje begitu. Cicoh dengan air kopi umphh sedak ohh. Kawan aku (sorang) yang g cuti-cuti Sabah nie, dye dilahirkan di Sabah dan menetap di sana sampai darjah 3. So dye pernah makan cakoi yang ada kaya margerin bagai nie. Bila dop kat Johor (pindah) dye cari cakoi macam nie xjumpa. Bila dye buat kat rumah beli kaya sendiri, dye cakap x sedap and x sama macam kat Sandakan nie. Kaya yang diorang guna tu diorang buat sendiri kebanyakkannya. Tu yang berbeza rasa agaknya.

Cakoi nie sedap di makan panas2. Sebab bila dah sejuk agak keras la untuk dimakan. Tapi sejuk pun tetap habis juga. Ni pengalaman pertama aku makan cakoi dengan kaya n margerin. Best la. Tak rugi rasa.

p/s ~ suka cuba makan makanan yang pelik2 nie..

Kinabalu Park, Kundasang

Bismillahirahmanirahim dan Asssalamualaikum..

Bila dah sampai Kundasang nie bermakna masih ada lagi berbaki 100km lebih perjalanan ke Sandakan. Untuk melegakan bontot dan bahagian belakang, singgah dulu kat Taman Kinabalu. Kalau nak ke Sandakan memang akan lalu depan Taman Kinabalu nie. Kami buat keputusan nak singgah sebab waktu masih awal lagi. Kalau buat keputusan tuk teruskan perjalanan ke Sandakan pun memang SAH sampai malam. Dah xboleh nak buat apa2 aktiviti melainkan tido. 


Nak masuk Taman Kinabalu nie kene bayar RM3/pax. Boleh masuk dengan kereta tanpa dikenakan bayaran tuk kenderaan. Kalau nak msuk jalan kaki pun boleh, tapi tak lalu lah sebab nak kene daki bukit yang amat tinggi. Kat Taman Kinabalu nie jugak lah korang yang nak mendaki Gunung Kinabalu kene masuk sebab dye punya main entrance tuk ke puncak kat dalam Taman Kinabalu nie.

Kami pergi kat main entrance tuk ke puncak. Tapi kami tak mendaki pun sebab xde dalam plan. Walaubagaimanapun, kami tetap masuk kat laluan tuk mendaki. Kena bayar lah yang pastinya, RM5/pax. Jarak yang dibenarkan pula hanyalah 1km aje. Kami tak sampai pun 1km perginya, sampai kat tempat air terjun aje. 0.5km pun x sampai.


Nie kawasan air terjunnya. Ya Allah dye punya air sungguh sejuk. Kami berusaha nak rasa kesejukan airnya. Maklumlah air betul2 dari Gunung Kinabalu kan. Kami tak nak daki sangat sebab kondisi kasut x sesuai tuk mendaki. Dengan keadaan yang lembapnya, takut tergelincir plak. Dah la 2 daripada kami keadaan kesihatan tak mengizinkan tuk mendaki.


p/s ~ Memasang niat dalam diri, satu hari nanti nak g mendaki Gunung Kinabalu dengan En suami. InsyALLAH

Tuesday, March 5, 2013

Baucer Buku 1Malaysia 2013

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah.. Masih lagi berkesempatan untuk merasa Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) nie. Dan seperti tahun lepas, aku akan kongsi baucer buku nie dengan seisi keluarga. Maklumlah aku pun bukan ada nak kene beli buku apa2 dah. Kalau beli pun x mencukupi RM250 yang kerajaan bagi nie. #tamak


Baucer buku yang tahun lepas punya aku guna tuk beli buku "Writing your Thesis" dan "Al-Quran". Ada lagi buku yang aku beli, tapi lupa nak update plak. Hehe. Tuk baucer baru nie aku dah belanjakan RM100 dah. Beli Al-Quran tuk mama juga. Al-Quran yang aku beli nie special ckit. Nanti aku buat entry lain ya.

p/s ~ Gunakan baucer buku dengan sebaik-baiknye.

Ranau, Sabah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Setelah pit-stop dekat rumah terbalik yang mahal bayar untuk masuk tu, kami teruskan perjalanan. Dah xde stop mana2 dah. Owh pasal kenderan kami, kami sewa kereta ya iaitu My-V auto. Harganye RM100/day. Mana kami sewa? Mintak tolong kawan kepada kawan yang carikan. Kiranye affordable la harga tu. Kami sewa untuk 4hari, so totalnye RM400.

Berbalik kepada perjalanan kami. Dalam pukul 1.00 tengahari kami dah sampai Ranau. Sungguh sejuk angin kat Ranau nie. Jadi kami tak pakai airkon pun, buka aje tingkapnye. Leh la save minyak sikit. 


Sepanjang perjalan leh dikatakan berkabus la. Actually sebenarnya awan. Dan kadang2 tu hujan rintik2. Memang tak nampak apa pun sepanjang perjalanan macam gunung or bukit. 


Depan tu memang awan, awan nano. Bila lalu aje, tak perasaan pun yang kita langgar awan. Kalau naik kapal terbang dah rasa nie.

p/s ~ jalan berbukit. Naik aje. 



Monday, March 4, 2013

Menang Conso NESTUM 3in1 My Perfect Morning

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah.. Rezeki.. Nie first time menang. Masuk pun sekadar suka-suka dan secara tak sengaja. Aku bukan update sangat dengan semua page yang aku like dekat FB tu. Secara kebetulan masa buka FB kuar NESTUM punya page kat new post. Tengok la apa benda. Dah tengok tu, rupanya ada contest. Tema minggu tu pula pasal Sunrise. Kebetulan masa tu dalam pukul 10 lebih aku plak dop tepi jendela ngadap matahari. Apo lai bukak langsir terus snap gambar. Nie lah gambar yang menang conso.

https://www.mediafacebook.com/fb-framework-2.0/nestum_good_morning/uploads/gallery/100003753187216_lJlFGfjr.jpg

Hadiahnya Nestle Nestum 3in1 pack wrapped with your photo. Wah3x. Ok lah dari xdapat langsung. 



p/s ~ Kelakar je kalau ingt balik. Orang nak sunrise. Aku punya sun dah tinggi galah. Haha

Rumah terbalik : Tamparuli

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Setelah melalui perjalanan selama lebih kurang 2 jam, akhirnya sampai juga kami ke Sabah negeri dibawah bayu. Excited woo. Sesampainya kami dah ada orang tunggu. Namanya Firman, hensem la jgk tapi pemalu. Sapa dye? Aku pun xberapa pasti tapi mengikut info yg aku dapat dye tentera laut dan orang bawahan kepada suami kawan kepada salah seorang kawan aku. Disebabkan suami kawan aku xde kat Sabah, dye mintak tolong Firman amikkan kiteorang. Alkisahnya.. Disebabkan dye pemalu, kami berempat je yang dop bantai gelak dan bercakap dalam kereta tu. Kurang asam boii betul Firman nie. Owhh dye orang Pahang.. Tiba2 cerita pasal Firman plak. Hehe..

Sebelum bergerak ke destinasi, singgah sat rumah kawan kepada kawan aku nie. Bagi segala pes yang dye pesan dari semenanjung. Borak2, makan2, minum2 kami pun memulakan perjalanan ke SANDAKAN. Woo 3 jam perjalanan tu tambahan pula dengan kondisi jalan yang YA ALLAH teruk. Dah macam apa sekejap kekiri, sekejap kekanan. Dan ada ketika tu xleh nak ngelat mana, terjun aje lubangnye. Itu aje cara yang ada. Kalau boleh terbang dah lama terbang dari KK ke Sandakan tu. 

On the way ke Sandakan nie, kami akan lalu Tamparuli, Ranau dan Kundasang. Disebabkan waktu masa tu dalam pukul 12 tengahari, sempat la singgah2 tempat2 menarik nie. Antaranya rumah terbalik yang dekat Tamparuli nie. Nak masuk cnie kene bayar RM10/pax. Boleh dikira mahal jgak la sebabnya keadaan dalam rumah sangat simple. Tambahan pula kene lalu ikut karpet merah je. Dah xleh sentuh lak tu. Banyak betul cekadaknya. 


Waktu siangnye keadaan rumah xmeriah. Kebetulan waktu balik dari Sandakan nak ke KK waktu malam n buka lagi kami pun singgah amik gambor aje. Nak masuk tu memang tidak la. Buang duit aje. Sedangkan bukan ada apa2 yang menarik pun. Masa nie ada pelayan lelaki yang sporting. Hehe boleh tahan jgk la. Kami mintak dye amik gambar, dye cakap "boleh, xde masalah". Dah nak balik nie siap pesan bawak kete elok2. Huwaa dye pesan kat aku lah tu sebab masa tu aku yang drive. Kahkah. Dah nak kuar dari kawasan tu, dye plak lambai2. Semua yang kat dalam kete tu gila sekejap.  


Kete kancil nie plat 'J'. Kami tanya pekerja kat situ owner orang Johor ke? Dye kata owner rumah terbalik nie orang Sabah, tapi dulu dye kerja kat Johor. Tu yang plat kete huruf 'J'. Alkisahnya..

p/s ~ Kalau Kementerian Pelancongan amik rumah terbalik nie masuk RM3/pax aje rasanya. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails