Saturday, May 29, 2010

''iMAM muda vs AKademi FantASIA''

Kemunculan siaran AF amat dinantikan. Jam baru menunjukkan pukul 8.30malam dah ada kat depan televisyen sedangkan AF bersiaran jam 9.00 malam. Mama Papa nak tengok berita pun tak boleh. Apa nak jadi dengan keadaan sekarang? Hanya diri sendiri yang menentukanya.
Namun bila Imam Muda bersiaran, adakah jam 8.30 malam dah kat depan televisyen? Mama papa dapat tengok berita atau tidak? Semua ini juga hanya diri sendiri yang menentukannya?


Tapi ada ketikanya Mama Papa yang lebih-lebih nak tengok Akademi Fantasia nie. Dok vote sana vote sini, sangup bazirkan kradit, sangup biarkan bil telefon melambung. Subhanallah Mama Papa janganlah lalai. Mari lah kita sama-sama saksikan Imam Muda. Tak pun Mama Papa galakkan anak Mama Papa masuk rancangan nie. Cerah masa depan anak-anak, cerah masa depan Mama Papa juga. Dapat Along, Angah, Achik, Alang atau Adik mandikan jenazah Mama Papa, dapat Along, Angah, Achik, Alang atau Adik kafankan jenazah Mama Papa, dapat Along, Angah, Achik, Alang atau Adik usung jenazah Mama Papa ke tanah perkuburan. Itu semua lebih baik Mama Papa daripada masukkan anak Mama Papa dalam Akademi Fantasia. Mereka belum tentu lagi dapat mandikan, kafankan dan usungkan Mama Papa.

**********************************************

Sepuluh orang calon Imam Muda terunggul yang dicari oleh saluran gaya hidup famili Islam, Astro Oasis melalui sesi pencarian dalam usaha untuk memecah tradisi bagi memulakan sebuah perjalanan kehidupan telahpun dikenal pasti.

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah:
  1. Amiril Md Banin, 25, Kuala Lumpur
  2. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang
  3. Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan
  4. Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah
  5. Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah
  6. Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan
  7. Nuri Ali Arbain, 25, Pahang
  8. Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak
  9. Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan
  10. Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

Pemenang Imam Muda dikatakan dijanjikan bakal ditawarkan memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selain daripada dikatakan bakal memenangi Sebuah kereta bernilai lebih RM150,000, pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000 serta komputer riba Apple Macpro dan peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Sama-sama kita saksikan Imam Muda, siapakah yang bakal memenangi rancangan yang begitu menarik ini.

~ sumber dari mStar Online

p/s ~ coretan Mama Papa tiada kaitan antara yang hidup atau mati.Harap maklum.

Friday, May 28, 2010

''Sabar dan tabah wahai sayangku''

Hidup ini ibarat roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah.
Bila kita di atas janganlah kita terlalu gembira kerana roda itu pasti akan berpusing dan berputar menjadikan kita akan berada di bawah.

Setiap dugaan, cabaran dan peristiwa yang berlaku, semuanya kerana ketentuan-Nya. Apa yang terjadi semuanye kerana kita adalah salah seorang daripada mereka-meraka yang terpilih kerana keyakinan-Nya terhadap kita yang dapat hadapi semua ini dengan tabah dan sabar.



Jadi buat sahabat-sahabat ku yang sangat di rindui dan di sayangi

*alyaa, ain n chah*

sabar & tabah duhai sayang-sayang ku sekalian..

~ FRIEND TILL DA END OF MY LIFE ~
DONT MAKE A TROUBLE IF U DONT WANT I TROUBLE U..


Thursday, May 27, 2010

''spONGE bob''

spongeBob sQUAREpants cubePAnts rouNDPAnts..lalallalalla

tapi Yang NIE Je yanG ADA..






SQUARE pants..

Wednesday, May 26, 2010

''tOLOng!!!!''


huhuhu..tolong-tolong. Sapa sudi tolong saya?

Monday, May 24, 2010

''buKaN SEnanG Bkn BUJang senANG''

hiDUP ini pENUh pengoRBanan
peNGORbanan PERlukan PErJUANGan
pERJUangan perlUKAN KEtabahaN
keTABAHan PERluKAN kEyaKInaN
KEyakiNAN perLU MEnentuKAn keJAYAYaAN
KEjaYaaN PUla menenTUKan KEbahAGIAn..


aPA yang PENting



dEngAN seTIap kePUtusAN daN KUrniAn.
ApA YaNG diBEri BERdaSArkAN apA YAng kiTA MAhu.
UntuK MEndaPat LEbih BAik USahA YaNG BergaNDA-GAnda di PERlukAN..

bUkaN SEnANG uNTuk suSaH
&
bUkAN senAng JUGa unTUK sEnang..

Sunday, May 23, 2010

Soalan Jibril kepada kerbau, kelawar dan cacing''

Pada suatu hari, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta bertanyakan satu soalan kepada haiwan berkenaan. Jibril segera mematuhi perintah itu.

Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya ''Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau?'' Kerbau menjawab ''Masya Allah! Alhamdullilah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.

Mendengar jawapan itu, Jibril segera pergi menemui kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian Jibril bertanyakannya, ''Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar?''. ''Masya Allah! Alhamdullilah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada menjadikan ku sebagai seekor cacing. Tubuhnya kerdil, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perutnya.''jawab si kelawar.

Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Lalu Jibril bertanyakan kepada si cacing, ''Wahai cacing yang kecil, Apakah kamu selesa dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing?''' Si cacing menjawab ''Masya Allah. Alhamdullilah! Aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada menjadikanku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya.

''shAHIR oh SHahIR''

Debaran AF8 kini sudah penamat. Siapa yang menang dan siapa yang kalah pun sudah diketahui. Jadi aku malas nak update banyak-banyak dan tak mau nak tiru orang aku just nak happy kat cnie sebab Shahir dah menang. Aura Shahir telah mengegarkan AF8 seterusnya memberi kejayaan kepada Shahir. GO GO SHAHIR..


* kebahagian dalam perpisahan ~ yehh sebab Shahir dah menang dalam perpisahan di AF8

Saturday, May 22, 2010

''BLOgwalking awaRD''


Award yang menarik. Dengan anak panah yang bersepah-sepah bersama dengan sepatu yang menandakan kemana sahaja ber'blogwalking'. Senang sahaja jom ke blog nie .

'sHaHIr jUARa AF8'

Malam ini bakal menyaksikan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara bagi Akademi Fantasia musim ke-8. Debaran pasti dirasakan oleh peserta-peserta juga penyokong-penyokong. Siapakah bakal bergelar juara? Jawapannya hanya terletak di tangan pengundi. Buat peminat dan penonton yang ingin menyaksikan final AF8 secara langsung, jangan lupa saksikan konsert akhir AF8 malam ini, 22 Mei, di Stadium Putra Bukit Jalil, pukul 9 malam. Adakah kemenangan ini milik shahir, daus, maulana, iwan atau ia milik Adira satu-satunya peserta wanita yang layak ke final.
Namun Shahir juga dijangka bakal mencetuskan satu fenomena seperti yang telah terjadi kepada Mawi. Pada awalnya mawi telah tersingkir namun mawi kembali lagi dengan undian AF Masuk seterusnya pada pusingan akhir Mawi telah diumumkan sebagai juara. Adakah fenomena ini akan berlaku kepada Shahir? Sama-sama kita nantikan.

*minat Shahir setelah mendengar Shahir mendendangkan lagu Tiara yang membuatkan Shahir tersingkir.

Friday, May 21, 2010

Mengapa ??

Mengapa harus aku disayangi?

Mengapa harus aku dirindui?

Mengapa harus aku yang di angapnya sebagai teman?

Kalau saudara saudari berada di tempat saya haruskah saudari persoalkan mengapa yang diatas?


Thursday, May 20, 2010

''EvERywHere''

Lari lah kamu ke timur, barat, selatan, atau utara ia tetap di mana sahaja.


JADI...

''BeramAl''



Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah.

“Naungan orang beriman di hari Kiamat adalah sedekahnya.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)



Wednesday, May 19, 2010

GIVEAWAY - Besday PapaZakwan! :)

Birthday PapaZakwan dah dekat.
Jom ramai-ramai memeriahkan lagi birthday PapaZakwan nie.
Klik gambar untuk lebih lanjut..

Gud LUcK..

'' giveaway cute collection''

Berminat untuk memenangi hadiah-hadiah yang cute-cute aka comey-comey cam aku.. Okehh jangan lupa klik kat gambar untuk maklumat lanjut.

Gud LUck All..

~TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY~


Menarik bukan beg itu. Warnanya bak pelangi campur-campur berbelang-belang lagi, nasib baik bukan macam warna kuda belang hitam putih.hehe. Tapi lau yang macam tu juga cantik. Jadi bagi yang nak dapat beg tu senang sahaja, jom ke blog ini dan join giveawaynye. Anda juga boleh klik kat gambar bag itu untuk join. Gud LUck toO all Of YOu..

Tuesday, May 18, 2010

''1st TIMe''



okehh i got da award. Inilah kali pertama saya dapat award sebenarnya. Jadi saya nak ucap banyak-banyak terima kasih kepada モddyß♥γz86® iaitu pemilik blog ini kerana sudi menghadiahkan saya award ini. Saya begitu terkejut kerana tidak meyangka akan menerima award ini kerana menurut penerangan bagi award ini ialah

PENCIL yang besar
~ Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

@%&^ sungguh tak sangka sesuatu yang di tulis tu mempunyai nilai penghasilan kerana setiap yang ditulis itu hanya pandangan, pendapat dan pengalaman diri sendiri.


FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

$%^* ~ betul-betul layak! sungguh tak sangka

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

*&%#~saya masih baru dalam alam maya nie, banyak lagi benda yang tak tahu. Blog nie pun masih perlu peningkatan kerana saya budak baru even dah lama buat blog.

Award nie hendaklah di fowardkan kepada 5 orang, jadi mereka-mereka ialah :

Monday, May 17, 2010

''ULam + Budu''

Tahukah anda apa itu ulam dan apa itu budu? Wah skema semacam je ayat aku hari nie kan. Siap tanye-tanye lagi tahu ke tidak. Haahh cepat-cepat sapa bisa jawab. Alamak terkeluar bahasa indon plak. Dah jangan layan aku lagi..tuuuuttttt

Budu juga dikenali sebagai sos ikan bilis oleh orang luar aka orang bandar merupakan satu makanan yang wajib dimakan bagi masyarakat negeri kelantan. Orang kata kalau takde budu macam tak lengkap sesuatu hidangan itu. Betul tak orang kelantan? Budu nie diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur.

Bila adanye budu maka adalah ulam, nanti budu tu nak cicoh dengan apa plak. Cicoh ngan jari ke? okehh ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur sebelum dimakan bersama dengan budu. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut dan kadang-kadang bunga.

Apa yang aku nak cerita disebalik ulam + budu nie ialah hari nie kteorang makan makanan ini. Tak percaye ek? Aku ada buktinya..


~ budu itu ~


~ ulam + macam-macam ~


~ yehh kteorang makan habis budu + ulam ~

Sunday, May 16, 2010

''sELaMat HARi tUA''

Ari nie adik-adik telah sama-sama buat kakak terkezutt.. Memang mantap rancangan kteorang kerana menjadi. Merah padam muka kakak nasib baik kakak tak nagis teresak-esak, lau tak jenuh adik-adik nak pujuk. So buat Kakak Laily disini saya adik paling muda kat citu nak wish Selamat Hari Tua buat kakak. Even kakak dah makin tua tapi kakak mantain cute. (aku tipu je, aku tak tau betul ke tak kakak nie mantain cute). Umur kakak nie mengikut tarikh birthday yang aku tengok dalam buku log LI dye ialah 24 tahun. Maknanye kakak nie lahir tahun 1986 selepas di tambah, tolak, darab, bahagi, punca kuasa dua dan tiga, square root bla bla bla.. (nanti entah apa-apa formula plak yang keluar)..

Buat sapa-sapa nak kenal kakak Laily tengok sampai bawah yaa. Lau ada yang berkenaan tu, mintak maaf lah aku tak sempai nak soal selidik kakak nie single ke mingle..hehe



~nie lah kek untuk meraikan kakak~


~ yeehh bersama kakak~

NAK TENGOK MANA SATU KAKAK TAK??

?
??
???
????
?????

??????
???????
????????
?????????
??????????



~Nie lah kakak nak potong kek tu~

kebetulan plak kek kakak sama ngan warna bajunye. Wahh menjadi betul lah planning ai nie..

Saturday, May 15, 2010

''CIKgu oH cIKgu''

Cikgu oh cikgu. Saya nak ucap Selamat Hari Cikgu. Saya membesar dengan hasil didikan cikgu. Ini bermula seawal saya berumur 6 tahun.Kini saya sudah berumur 19 tahun 9 bulan 15 hari (xmou umo 20 tahun) saya masih lagi dibawah bimbingan cikgu-cikgu. Ilmu yang di curahkan amat bermakna bagi saya dalam mengejar keduniaan, malahan di akhirat nanti yang mana salah satu dari amalan yang di bawa ialah ilmu yang diwarisi.

Tema hari cikgu tahun nie ialah ‘Guru Pembina Negara Bangsa’. Tema nie sama ngan tema yang tahun lepas tak berubah-rubah. Ini amatlah bersusaian yang mana cikgu memang pembina Negara Bangsa. Tanpa cikgu tak akan ada orang boleh mengeja, membaca, menulis dan mengira. Jadi kita patut (wajib) untuk menghargai jasa cikgu. Ucapan Selamat Hari Cikgu sudah begitu bermakna buat mereka jika kita tidak mampu bagi menghadiahkan hadiah yang puluhan ringgit, juga tidak ada apa lagi yang paling mengembirakan jika mereka melihat anak murid hasil didikan mereka berjaya hingga ke menara gading.

Jadi buat cikgu-cikgu sekalian dan juga bakal cikgu saya nak ucapkan SELAMAT HARI CIKGU. Majulah Pengajaran untuk anak bangsa..

~cIKGU-CIKgu Saya~


*kami bersama Cikgu Add Math* ~ Tcher Omairah


*Cikgu Kimia* ~ Tcher Wahida


*Cikgu Fizik* ~ Sir Harin


*Cikgu Biologi* ~ Tcher Fitriah


*Cikgu Bahasa* ~ Cikgu Khatijah

Ada lagi cikgu-ckigu yang mengajar saya tapi tak de gambar.. mAaf cikgu..


''All ABout LOve''

WHAT IS ...



WHAT I HAVE THINK ABOUT..


Friday, May 14, 2010

''PialA tHOMas''

Mampukah Malaysia terus mara untuk meraih piala Thomas untuk tahun 2010 ini? Kekalahan Lee Chong Wei keatas Lin Dan sebentar tadi seperti mengambarkan keadaan Malaysia di hujung tanduk. Pada bahu siapa lagi kemenangan diharapkan? Adakah Hafiz Hashim, Wong Chong Han dan 2 pasangan beregu dapat menamatkan untuk melangkah ke pusingan akhir? Sama-sama kita saksikan.

UPDATE......

Gandingan mantap anatara pasangan regu negara iaitu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong turut tewas. Apakah nasib Malaysia? Sama-sama saksikan hingga ke penghujung siaran langsung.

UPDATE.....

Seperti yang dah diketahui Malaysia gagal untuk ke Final. Aku lambat cikit nak update. Mengantuk sangat semalam. Okeylah kita tunggu Piala Thomas yang akan datang plak yaa..


* rasa berdebar-debar ku rasakan di kala ini sudah tiada..

''Kasih bAPa''

Sebelum lebih banyak mencoretkan kata-kata, pertama kali I want to thank a lot to U (which is someone that i miss n love very much) because a long time ago u suggest me to looked on movie 'Taken'. So, today, just a minute time ago i have looked on that movie. Sungguh mengagumkan cerita tu. Hope if the same thing goes to U, U can be like that. Trying the best to safe your daughter.

The story is about stars Liam Neeson as Bryan Mills, an ex-government operative who has less than four days to find his kidnapped daughter, who has been taken on her first day of vacation in Paris.


Kasih bapa juga sama seperti kasih Ibu iaitu juga ke syurga. Bilamana kasih bapa mengatasi segala-galanye, mereka akan berusaha dalam memastikan keselamatan anak-anaknye. Pada kebiasaanye para bapa amat susah dalam menunjukkan kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Namun melalui tindakan, kita sendiri dapat menilai banyak mana kasih sayang mereka buat kita. Janganlah kita mudah untuk menilai mereka. Bila mereka marah dalam setiap tingkah laku kita itu tidak bermakna mereka amat benci dengan kita, malahan mereka amat sayang dengan kita. Mereka tidak mahu kita terjebak dalam sesuatu aktiviti yang tidak berfaedah. Jika mereka tidak membenarkan kita pergi, itu bermakna mereka risau akan keselamatan kita.

Now, i admit that. My father really love me. 2 malam lepas, papa ada bertanya betul ke akan pergi ke Pulau Perhentian untuk Kem Kesedaran Alam Sekitar anjuran JAS. Papa cakap dye tak benarkan p sana. So i think yes my father really LOVE me. Dia risau akan keselamatan saya. Maklumlah perjalanan ke Pulau Perhentian itu mengambil masa yang lama dengan menaiki bot laju. Papa risau takut terjadi a bad thing to me. Okehh papa tak jadi nak p Pulau Perhentian tapi akan p ke Hutan Belum. Jadi papa boleh tak Ngah pergi?

* U i really miss and love U. Napa U menyepi. I xtau apa silap I, tapi I nak mintak maaf banyak-banyak lau I ada buat silap tanpa I sedari. Maafkan I. ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Thursday, May 13, 2010

''MIracle OF god''

Mari ramai-ramai saksikan kehebatan ALLAH S.W.T dalam menjadikan sesuatu kejadian.


''TUgasan''

Adoii mati lah macam nie. Hari demi hari makin bertambah pulak tugasan demi tugasan. Masa takde tugasan, takde apa nak buat. Nie bila dapat tugasan bertambah-tambah. Tak cukup kaki tangan nak buat. Ada sapa-sapa nak tolong tak? I bayar U 1$. Okeh sapa nak tolong boleh tinggalkan komen yaa.

Hari ini ada pertemuan dengan pensyarah dari UM. Beliau cakap nak bagi tugasan then kene hantar plak. Siap kene kasi email dan no telefon lagi memang tak cukup tanah nak lari nie. Penyelia LI pun dah bagi banyak tugasan nie. Setiap kali p mana-mana lawatan kene wak laporan. Dah lah satu hari je tempoh buat laporan tu. Contoh cam hari ni p, esok kene hantar dah.. waduh-waduh.. Pengsan macam nie..

* Gambar nanti lain kali plak yaa..

Wednesday, May 12, 2010

''KerJA''

Kerja, kerja dan kerja. Hari-hari kene p kerja even bukan kerja betul-betul pun, cuma LI je. Hari yang dilalui sama aje, tapi hari ini amat berlainan. Apa yang berlainan sangat tu? Okes hari nie dapat kerja baru. Dapat tugasan yang kene hantar lagi 3 minggu, ada 8 soalan semuanye dengan bilangan pelajar LI 15 orang. Macam mana nak bahagi tu? Keadilan dan kebijaksanaan diperlukan. Cepat sapa dapat tolong, nanti bagi jawapan yaa.

Hari ini juga kami dipindahkan kedudukan kami. Kami dikehendaki berpecah dengan bilangan 6 orang berada kat bawah selebihnya naik atas. Atoii macam mana boleh berpisah cam nie, ikatan kami macam isi kelapa dengan buahnya dah memang lekat kat situ. Jadi keputusan di ambil, 10 orang yang mana ahli kumpulan kami naik ke bilik VVIP okes sekali lagi aku bagi tau bilik VVIP k. Jadi budak yang baru masuk lagi 5 orang tu korang dok bawah k, korang tak berkelayakkan lagi nak naik ke bilik VVIP. Korang baru minngu pertama kat cnie. (wah bertapa kejamnya kami dah tumbuh tanduk sorang dua..lalala)

Jadi hari ini kerja kami tengok cerita. Bukan buat tugasan yang diberikan pun. Maklumlah lagi 3 minggu nak kene hantar. Lambat lagi tu relex-relex dulu, hero dan heroin mana nak cepat-cepat kan. Bila tiba waktu rehat kami rehat, bila tiba waktu pulang kami lah cepat sekali blaa. Ala macam lah korang tu baik sangat mesti cam kami juga kan. Datang lambat, balik cepat je. Betul tak? Sapa ngaku sila angkat jari telunjuk ya. Angkat biar tinggi tau, biar kami nampak.

LaYAn DuLU GaMBar-gAMBar Yang SEmPAt dI sNap......







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails