Saturday, May 29, 2010

''iMAM muda vs AKademi FantASIA''

Kemunculan siaran AF amat dinantikan. Jam baru menunjukkan pukul 8.30malam dah ada kat depan televisyen sedangkan AF bersiaran jam 9.00 malam. Mama Papa nak tengok berita pun tak boleh. Apa nak jadi dengan keadaan sekarang? Hanya diri sendiri yang menentukanya.
Namun bila Imam Muda bersiaran, adakah jam 8.30 malam dah kat depan televisyen? Mama papa dapat tengok berita atau tidak? Semua ini juga hanya diri sendiri yang menentukannya?


Tapi ada ketikanya Mama Papa yang lebih-lebih nak tengok Akademi Fantasia nie. Dok vote sana vote sini, sangup bazirkan kradit, sangup biarkan bil telefon melambung. Subhanallah Mama Papa janganlah lalai. Mari lah kita sama-sama saksikan Imam Muda. Tak pun Mama Papa galakkan anak Mama Papa masuk rancangan nie. Cerah masa depan anak-anak, cerah masa depan Mama Papa juga. Dapat Along, Angah, Achik, Alang atau Adik mandikan jenazah Mama Papa, dapat Along, Angah, Achik, Alang atau Adik kafankan jenazah Mama Papa, dapat Along, Angah, Achik, Alang atau Adik usung jenazah Mama Papa ke tanah perkuburan. Itu semua lebih baik Mama Papa daripada masukkan anak Mama Papa dalam Akademi Fantasia. Mereka belum tentu lagi dapat mandikan, kafankan dan usungkan Mama Papa.

**********************************************

Sepuluh orang calon Imam Muda terunggul yang dicari oleh saluran gaya hidup famili Islam, Astro Oasis melalui sesi pencarian dalam usaha untuk memecah tradisi bagi memulakan sebuah perjalanan kehidupan telahpun dikenal pasti.

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah:
  1. Amiril Md Banin, 25, Kuala Lumpur
  2. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang
  3. Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan
  4. Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah
  5. Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah
  6. Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan
  7. Nuri Ali Arbain, 25, Pahang
  8. Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak
  9. Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan
  10. Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

Pemenang Imam Muda dikatakan dijanjikan bakal ditawarkan memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selain daripada dikatakan bakal memenangi Sebuah kereta bernilai lebih RM150,000, pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000 serta komputer riba Apple Macpro dan peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Sama-sama kita saksikan Imam Muda, siapakah yang bakal memenangi rancangan yang begitu menarik ini.

~ sumber dari mStar Online

p/s ~ coretan Mama Papa tiada kaitan antara yang hidup atau mati.Harap maklum.

11 comments:

Lepat Pisang said...

Sayang lepat takder Astro..kalau ada,dah lama lepat tengok program ni..

sizukaDeboss said...

hukhuk.nak tengok tp dekat sini tak de siaran.lagipun dh lama tak tgok tv.-____________________-'

AkU said...

tak tengok tv sgt..masa tak mengizinkan..huhuhu...T_T

sHaFAa said...

lepatpisang ~ xpe lah lepat,,kalau keadaan xmngizinkan lepat bace brita2 tntng imam muda kt intrnet @ surat khbr yaa.. jngn cdey2..

sHaFAa said...

sizukaDeboss ~ owh ya ker..sizukaDeboss dok ane?

sHaFAa said...

aku ~ keje ek? xpe lah..ambik tau sal imam muda pun dh ckup

Che Daisy said...

Patut bykkn lagi program berbentuk ilmiah dan keagamaan mcm ni.Dapat ler jugak standby utk para imam sudah berumur dan akan bersara tak lama lagi.Muda mudi mmg patut didedahkan program seperti..timbul kesedaran secara tak langsung.
AF dah basi..still format yang sama.Issue yang sama dipaparkan..keluar,msk undi blk..byk drama..uh..boring dah.

pawaka19 said...

tak prasan..entri kita sama plak..emm bestla tngok rancangan ni..lain dari yang lain

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Imam Muda VS Program Realiti Hiburan "

sHaFAa said...

Che Daisy ~ sy stuju ngn pndapat tu..sama2 kita sokong ok..

sHaFAa said...

pawaka ~ atoii..sama tp xserupa lah..its ok..

Anonymous said...

Che Daisy,
LOL...BEWARE OF THE DOG..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails