Sunday, May 23, 2010

Soalan Jibril kepada kerbau, kelawar dan cacing''

Pada suatu hari, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta bertanyakan satu soalan kepada haiwan berkenaan. Jibril segera mematuhi perintah itu.

Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya ''Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau?'' Kerbau menjawab ''Masya Allah! Alhamdullilah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.

Mendengar jawapan itu, Jibril segera pergi menemui kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian Jibril bertanyakannya, ''Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar?''. ''Masya Allah! Alhamdullilah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada menjadikan ku sebagai seekor cacing. Tubuhnya kerdil, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perutnya.''jawab si kelawar.

Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Lalu Jibril bertanyakan kepada si cacing, ''Wahai cacing yang kecil, Apakah kamu selesa dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing?''' Si cacing menjawab ''Masya Allah. Alhamdullilah! Aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada menjadikanku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya.

10 comments:

BudakHitam said...

haiwan pun tak nak jadi manusia tapi manusia berlumba nak jadi haiwan...
Nauzubillah

shaa bonitaa said...

berderau rase bc ayat last skali..huuu~~

AkU said...

Subhanallah..

pawaka19 said...

susah juga jadi manusia

Pawaka19 Dot Com
"simcard anda telah memenangi peraduan? " taktik terbaru si penipu

sHaFAa said...

budakhitam ~ btl..ada yg jadi kmbing hitam.ada yg jadi bapak ayam..ada yg jd buaya jalanan..bla..bla

sHaFAa said...

shaa bonita ~ sama2 jadikan ini sebagai pedoman..

sHaFAa said...

aku ~ insaf2 lah yaa..

sHaFAa said...

pawaka19 ~ mmg susah..tp alah bisa tegal biasa..jngn buat bnda jahat. Ingt orang yg tersayang dan dari mana nak ke mana?

saleh said...

Bak kata TV3

Tiada manusia dlm diri haiwan..tapi ada haiwan dlm diri manusia

sHaFAa said...

saleh ~ btl gak tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails