Monday, July 30, 2012

C.I.N.T.A & J.O.D.O.H

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Bukan nak jiwang2 di pagi hari, tapi aku rasa ini betul.


Jodoh itu rahsia Ilahi ..
DIA Maha mengetahui segalanya ..
DIA akan memberi bila waktunya telah tiba nanti ..

p/s ~ Usah risau andai anda belum lagi mempunyai pakwe @ makwe. 

Sunday, July 29, 2012

Beruntungla wahai kaum hawa

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum...

Beruntungnye dikau wahai kaum hawa. Dari kecil hingga besarmu, kau xpernah dibiarkan bersendirian. 


Walaupun kau jauh dimata, tapi disudut hati mereka yang menjaga kau pasti dekat (maksudkan utk diri sndiri). Jangan pernah fikir kau keseorangan, sedangkan mereka ada bersama2 menemani kau.

p/s ~ Miss my Papa, Mama and siblings.

Saturday, July 28, 2012

Go Malaysia Go

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari nie dah masuk hari ke-8 ya kita semua berpuasa. Begitu cepat masa berlalu, juga begitu cepat kita ke arah kematian dan hari kiamat. Masyallah. Dan juga kerana kecepatan masa yang berlalu itu, Olimpik London 2012 telah secara rasmi dibuka. 


Go Go Malaysia. Seramai 30 orang atlet Malaysia telah berada di medan perjuangan kali ini. Adakah bidikan Nur Suryani mengena kali ini atau kayuhan Azizulhusni akan ke penamat? Sama2 lah kita sokong atlet2 kita. 

p/s ~ semangat kesukanan x aku??

Riben Origami

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dikala xboleh nak tido n keseorangan nie tiba2 ada pula yang bagi idea untuk mencuba sesuatu yang aku rasa menarik ini. Orangnye adalah pemilik blog saya suka menaip - Nisa Kay. Wehuiiii. Untuk orang yang sememangnya tiada bakat macam aku nie harus mencuba supaya bakat aku menjelma. Huihuihui

Gigih aku bila tengok yang Cik Nisa ada post kat fan page tuk blog dye sal riben origami nie aku terus cari kertas nak buat, but the instruction tu strt ngan no 9. Tapi nasib baik ada seorang peng'like' page Cik Nisa telah bersemangat dan telah mengoogle step dari awalnye hingga akhirnye. Terima kasih tuk beliau. Mesti beliau pun mencuba.. Hehe sebab beliau semangat mengoogle tu. =)


Maka dengan hasil dari tutorial youtube diatas, maka terhasil laa riben origami hasil tangan Shera Haifa. Clap clap clap untuk diri sendiri. 


Tapi kertas yang aku pakai xchantik, xwarna warni. Malah siap ada garisan2 dan tulisan lagi. Haishhh. Xpe nanti aku nak g cari kat kedai kertas yang chantik2. Tapi kat mana ehh ada jual? Ada sapa2 tahu?

p/s ~ Haishh bila keseorangan nie macam2 yang difikirkan.

Friday, July 27, 2012

Mickey's Exhibition

Bismilahirahmanirahim dan Assalamuaialaikum..

Akhirnye setelah disimpan hampir dua bulan di dalam draf, akhirnye aku release juga entry nie. Dah lama sangat terperap dari dibiarkan begitu baik publish.

Disebabkan oleh sejenis makanan tako tao, trip 24 jam telah berjaya dilaksanakan. Secara tak sengaja rupenya at that time kat Mid Valley tu ada pameran Mickey. Bukan main banyak lagi miickey. Ada yang cantik ada yang hodoh. Ada yang kecik juga yang besar. Memang menarik laa. Pelbagai warna dan corak pada seluruh badan mickey.


Aku mengaku, nie laa 1st time bila mana aku pergi shoping complex ada pameran sebegini. Bertapa macam katak bawah tempurung sangat aku kan. ;(


p/s ~ Aku bukan x sosial tapi x sosial sangat..

Thursday, July 26, 2012

Apam Polkadot akan datang

Bismillaihirahmairahim dan Assalamualaikum..

Lepas beberapa hari xbersiaran kini aku kembali. Pada sapa2 yang cari (perasaan), aku xg mana2 pun just xde masa je nak menaip kat cnie. Amboii buzy benor aku nie kan. Mengalahkan perdana menteri. Opss aku nak tnye, kenapa ehh bila kata buzy je, xde masa mesti nak samakan dengan perdana menteri? Apa memang perdana menteri ke yang paling sibuk sekali kat dunia nie??

2 hari lepas aku ngan lab rat's sibuk dop mengoogle kuih muih, makanan2 yang halal yang wujud kat Malaysia. Lagak cam nak masuk MasterChef dan nak kene upgrad skill memasak. Hehe. Propa kene lebih. Wink2x. Lepas tu tanpa disangka2 tertengok laa apam polkadot cumel2. Huwaaa nagis xmau makan sebab chantikkkk gilerrr luu.

      
Geram tengok yang ciut2 nie

Dan tanpa disangka2 perasaan ingin mencuba datang dalam diri. Gituu. Excited giler kot. Then, google tengok dye punya resepi lepas tu nampak resepi tu sangat mudah lagilaa giler, excited nak buat. Kebetulan lab rat's sorang nie giler2 craving ngan taufu fa, aku ngan dye bergabung lagi banyak yang kami serch sal makanan. 

Lepas dah tahu macam mana nak buat apam polkadot dan lab rat's sorang tu pun nak buat taufu fa(nak cari GDL), kami terjah kedai yang jual mostly barang2 kelengkapan dan bahan2 tuk buat kuh muih kat Taman U. Kedai tu berhadapan kedai yang menjual accesori kereta, Brother's.


Aku pun amik laa kesempatan nie tuk cari acuan lompang dan mangkuk kertas tuk buat apam polkadot nanti. Bila aku balik rumah(nak buat), xdela aku dop pening2 nak g cari benda alah nie. Acuan lompang tu aku beli 2 yang mana 1= RM 2.80 dan mangkuk kertas aku beli 2 juga 1=RM2.00. Tapi aku rasa macam acuan lompang tu xcukup je. Satu tu ada 12 je, kalau 2  baru 24. Takkanlah adunan nanti sekali buat(kukus) hanya leh buat 24 biji apam polkadot. Wasting time and gas pula. 

p/s ~ sapa yang penah buat apam polkadot, 1 adunan tu agak2 dapat berapa biji ehh??

Monday, July 23, 2012

Khasiat Kurma

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum

Dah sediakan kurma tuk berbuka nanti? Atau selama 2 hari puasa nie berbuka xmakan kurma? Ish2x. Kurma best okeh. Pupuklah minat tuk makan kurma masa berbuka nanti.

Kat cnie aku nak tarik minat korang tuk makan kurma dahulu masa berbuka nanti kerana kurma nie ada banyak khasiatnye. Antaranye leh elakkan dari kene panyakit, boleh sembuhkan penyakit, mudahkan bersalin, memudahkan pencernaan dan banyak lagi lah. So, kepada bakal ibu2 yang ngah pregy sekarang nie leh laa amik kesempatan nie tuk makan kurma banyak2 tuk mudahkan bersalin. =)
Kurma elakkan terkena penyakit
Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi. Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, “Daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.”
Sembuhkan penyakit kronik
Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.  Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekali gus menghentikan batuk.
Mudahkan proses bersalin
Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu.  Kalsium dan kalium yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan darah tinggi.
Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok.  Hal ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.
Mudahkan proses pencernaan
Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab ’al-Maktuubaat’ hasil tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s.  Oleh hal yang demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan rasa kenyang dengan serta-merta.
Boleh tenangkan perasaan
Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; “Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan”.
Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan.  Triptofan merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia.  Tanpa triptofan, manusia akan rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.
Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna, bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan manfaat untuk jiwa dan mental manusia.
Pelihara kesihatan dan jauhkan sihir
Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad SAW.  Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak.  Bahkan dengan memakan tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan.
Nabi bersabda, maksudnya: “Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun.” (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)
p/s ~ Banyak betul khasiat kurma nie..

Sunday, July 22, 2012

Air Misteri

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Masa Karnival Kimia Johor 2012 hari tu, aku dipertanggungjawabkan untuk jaga bahagian pameran yang ada sepuluh tu. Salah satunya adalah Mystery Pitcher @ yang lebih sesuainya ialah air misteri. Pe yang misteri sangat tu leh la tengok video kat bawah nie.


Dah tengok? Agak2 misteri x? Sapa2 yang xsetuju ngan penyataan 'air misteri' tu meh aku nak explain. Pe yang misterinye ialah dari 3 yang colourless when we add 2 of them together it will change the colour form colourless tu pink. Then when add the third beaker the water change to colourless. Sedangkan amount of water if we think logically does not enough to change from colour to colourless. So, sapa yang dah tengok video tu korang dah tahu laa pe yang menyebabkan the colour change. =)

gigih hah group aku dop explain kat budak2

p/s ~ Ada sorang budak x setuju ngan nama Air Misteri nie. Udah budak pandai mana nak terima. huhu

5 tahun : Mengamit kenangan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Lima tahun aku simpan benda nie dari hujung tahun 2007 hingga sekarang 2012. Dan ianye masih lagi dalam keadaan yang baik. Bila terpandangkan smua nie membuatkan aku rindu waktu dulu. Rindu mereka2 di waktu dulu. Kini aku dengan mereka ada yang jauh ada yang dekat. Aku rindu nak bersama mereka. Bergelak ketawa, bersuka ria bersama-sama tapi apakah daya kami semua mempunyai tanggungjawab dan tugas masing2.

 
My biology and chemistry's teachers.

Classmate

u'r supporting

p/s ~ Semoga kita dapat mengejar cita-cita kita

Paris Van Java : Bandung

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kalau sebut je paris van java pasti orang dapat ngagak mesti Bandung. Takdenya bila sebut paris van java orang kata kota Paris salah satu tempat yang aku nak pergi tu. Tapi kalau xdapat g kota Paris pun dapat g paris van java je jadilah. Asal ada perkataan 'paris'. Leh feeling2 g paris betul. *kononye.

Semalam waktu kat lab, rezeki aku murah sangat. Ada orang bagi baju dari Paris Van Java : Bandung. Owhh syoknye. Feeling g paris ngan pakai baju nie lah nanti. *verangan tul aku nie.



Terima kasih senior sekolah menengah yang bagi baju nie. Sangat manghargainye walaupun aku dapat rasakan bukan beli kat aku sebenarnye. But it's ok i like this. Thank you. Someday i will wear that. *Takkan nak buat pekasam dalam almari plak. =)

Bila laa agaknye lab rat's nak wat trip g bandung nie ya. Teringin nak g. Orang kata kat sana murah2. Nanti leh laa shoping kain. Dah la kain kat sana cantik yang sulam2 tu. Like

p/s ~ Entry yang diperam selama seminggu..

Saturday, July 21, 2012

Maggi percuma

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Barang percuma!! Aku suka weii kalau orang nak kasi free nie. Sampai dua nama aku taruk tuk dapat yang percuma semata-mata. Hehe. Satu nama aku, satu lagi nama kakak aku.  Nasib baik aku xletak nama 1 family. Hehe. Sesungguhnye itu adalah tidak sia2 bila dapat dua (sebab 2 nama). 

hasil barang percuma 

Tadi akak aku post gambar nie kat FB. Akak aku nie memang terbaik laa. Apa sahaja gambar dye amik semua dye post kat FB. Aku suka. Celik IT betul. 

p/s ~ pasnie dapat kotex free pula.

Review Ice Age 4

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Lepas aje balik dari makan burger bakar, terus pecut g gaint tuk tengok Ice Age 4. Ngadakan tetiba tengok ice age 4, padehal 1-3 tak tengok pun. Haha


Overall cite nie oklah. Aku kasi 3/5 cukuplah. Masa dah dekat2 nak habis tu aku leh terlelap jap, sebabnye ngantuk siot. Nie kali ke-2 aku terlelap dalam panggung. Sebelum nie aku terlelap masa tengok cite snow white. Teruk tul aku. Bayar mahal2 leh plak tido. Huhu..

Dalam Ice Age 4 nie ada sekor rimau nama 'Shira'. Tak tahu laa aku dalam ice age sblum nie rimau nama 'Shira' ni dah ada ke x. Pe yang aku nak cite sal rimau nie, secara x kebetulan nama aku dengan ejaan 'shera' kalau sebut sama dengan cara sebutan 'shira' plak. Lepas tu lab rat's aku sorang nie dop samakan sikap aku ngn rimau 'Shira' nie. 


Tapi memang betul pun lab rat's aku cakap yang aku nie garang. Maklumlaa aku kan zodiak Leo. Kuwang2x.. Aku sendiri pun rasa yang aku nie garang. Tapi xdelah garang sangat. Aku dah berubah dah sikit2. Aku nak jadi baik pulak..

p/s ~ Jangan takut ngan aku. Even aku garang aku x makan daging manusia. =)

Friday, July 20, 2012

Niat puasa bulan Ramadhan - Sehari & Sebulan

Bismillahirahmanirahm dan Assalamualaikum..

Esok dah mula puasa dah. Jadi, moh laa kita niat pose sama2. Nak niat sehari ke, sebulan ke mana2 pun boleh. Kalau niat sebulan terus xde laa nanti xter'puasa' sebab xniat. Kalau nak perbaharui niat setiap hari even dah niat sebulan pun boleh. 



p/s ~ Jangan lupa bangun sahur. Itu sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Pisang susu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



Penah tengok pisang besor cm gini?? Tak pernah kan? Aku pun baru 1st time tengok. In real okeh, bukan tengok yang dalam gambar. Gambar nie pun d snap oleh my lab assistance. Katanye ini pisang nama pisang susu. Korang penah dengar pisang susu? Aku first time dengar nama pisang susu. Selalu dengar pisang berangan, pisang emas yang di bawa belayar tu, pisang tanduk. Juga ada pisang sebesar jari kelingking

Cam mano rasanye pisang nie xplak aku ketahui. Sapa laa yang akan makan nanti nie ya? Adakah pisang nie rasa cam susu? Owhhh don't know.

p/s ~ besor gini pun leh makan sorang je, makan ramai2 kan xcukup plak.

Burger Bakar Restoran Bumbu Kampung

Bismillahirahmanirahm dan Assalamualaikum..

Sempena belum puasa lagi nie, aku nak publish dulu entry makanan nie. Yihaaa. Kan kalau aku publish time puasa kan, kalau tak korang yang singgah blog aku, aku sndiri plak yang terliur dan lapar. Maklumlaa sekarang musim hujan, asyik nak makan aje.

Sebelum nie aku giler nak sangat merasa cam mana burger bakar Kaw Kaw yang famous giler kat KL tu hinggakan beratur berejam-rejam. Sekarang dah xpayah nak ke KL makan burger bakar nie ha, kat JB pun dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak dah ada sekarang nie.

Aku punya house special tu. BEST!

Kat JB nie dah ada kat Bandar Baru Uda, Kampung Melayu, Impian Emas, Bukit Indah dan banyak lagi la. Pe yang pasti korang kene cari laa tempatnye. Sekarang nie dah berselerak dah. Merata-rata ada kat JB. Tak susah nak cari pun. Ada GPS lagi laa sonang. Untuk tempat yang aku g makan burger bakar nie korang leh laa like FB diorang JB burger bakar.

Lepas nie nak g merasa burger bakar kat tempat lain plak. Nak makan nie kita kene compare banyak tempat, baru leh tahu mana yang best. Lepas tu leh sebar2 kat orang ramai.

7 Ramadhan

Bismillahirahmanirahm dan Assalamualaikum..

Tajuk nie xde kene mengena ngan Ramadhan yang ketujuh untuk 1433 Hijrah. Yelah nak ramadhan yang ketujuh cam mano, Ramadhan pertama 1433 Hijrah pun xtiba lagi. =)

Nie adalah untuk cerita yang ngah berlangsung sekarang kat TV3 tuk slot Samarinda "7 Ramadhan" yang mengantikan episod Ameera yang dah habis semalam dengan kesudahan hero mati. Huwawawa =(

 

Untuk episod pertama pun dah mula menyengat hati dan perasaan, cam mano gayanye kalau episod seterusnya. Mahu menitis air mata nie. Pe2 pun wait n see. Sapa yang tak tengok lagi episod pertama leh laa tengok kat tonton. Aku pun tengok kat tonton aje.

p/s ~ Elly Suriati sememangnya seorang pelakon yang hebat,

Thursday, July 19, 2012

Pengumuman Puasa 2012

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum


Seperti yang dah sedia maklum, hari khamis merupakan hari tengok anak bulan tuk tahu bila mulanye puasa. Dan keputusan pun dah diketahui. 


22 tahun yang telah berlalu kita hanya dengar suara Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah (gambar) wakil dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang membuat pengumuman bila tibanye puasa dan raya. Tapi untuk tahun nie, suara orang lain pula yang didengar iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Sudah pasti bila pendengaran dah sebati dengan suara orang tu, bila kali nie lain cam pelik pula. =)

                                                 

Apa2 pun, siapa sahaja yang mengumumkannye puasa tetap puasa. Selamat berpuasa pada hari Sabtu nie ya. Jangan nak buat2 lupa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails