Friday, January 6, 2012

Aiskrim Colek Pengkalan Kubur

Assalamualaikum..

Dulu sebelum aku dan kakak ada lesen sendiri, kami jarang nak pergi Pengkalan Kubur nie. Yalah dah takde orang nak bawa pergi (melainkan Papa). Tapi sekarang sejak masing-masing ada lesen sendiri dan kalau ada masa lebih je, pasti nak pergi sana. Sedangkan bukan nak cari apa-apa pun. Saje-saje nak g "derak" orang Kelantan kata. Lagipun barang kat sana murah-murah. Tu pun kalau pandai tawar-menawar laa. Pelancong yang datang ke Kelantan pasti tak akan lepaskan peluang pergi sana. 


Pic insan Google

Aku kalau pergi sana walaupun takde nak beli apa-apa pun, pasti akan terbeli. Kebiasaan macam tu la. Aku rasa bukan aku sorang kot, pasti mereka yang pergi sana pun akan jadi macam aku. Semuanya terbeli. Aku kalau pergi sana, tak lain tak bukan yang biasa terbeli hanyalah makanan. Padehal bukan sebab terbeli, memang nak beli pun (makan banyak). Haha..

Makanan yang selalu aku terbeli kalau pergi sana pastinya biji gajus, kacang cerdik, aiskrim colek dan sosej-sosej goreng. Harga sangat-sangat murah. Contoh macam kacang cerdik, kalau kat pasar raya aku pernah tengok harga lebih kurang RM 80/kg. Kalau kat Pengkalan Kubur tu baru dalam RM 40/kg. Siyes aku tak tipu sebab aku dah beberapa kali beli. Macam mana rupa kacang cerdik? Owhh tak tahu ya.. 


kacang cerdik. Entah kenapa la dipanggil sebegitu


Harga biji gajus pun murah juga. Harganya bergantung pada saiz dan kelazatan, juga pada jenis biji gajus itu sendiri. Harganya dalam RM 45-40/kg. Murah kan. Kalau yang dalam paket biasa beli 3 untuk RM 10, yang tu mahal. 3 paket tu pun baru dalam 300 g. Kalau 1kg dekat RM 100 kot. Mahal bagai mencekik darah.






Gambar kat atas nie lah aiskrim colek yang aku beria sangat sampai buat tajuk entry. Kenapa aku panggil aiskrim colek sebab kene colek ngan sudu baru leh makan. Aiskrim colek nie sedap!! Dalam bekas tu aiskrim dicampur dengan hirisan roti dan pulut kemudian kat atasnya yang korang nampak tu ada kacang dan cendol. Harganya hanya RM 2. Yang aku beli tu saiz besar, kalau yang saiz kecik pula harganya hanya RM 1. Kalau korang pergi Pengkalan Kubur jangan lupa beli dan rasa. Tak sedap minta maaf laa. Lagipun aku rasa, rasa aiskrim sama je. Hehehe


p/s - Pengkalan Kubur kawasan bebas cukai.

10 comments:

aReLaN said...

pernah gi skali je pengkalan kubur tu.tupon masa awal2 pindah besut.tapi dah 17 tahun lepas la.hehehe

IntaNBerliaN said...

macam tertarik pulak dgn ais krim ni... tp kat sini xdalah pulak... xleh nak merasa.. hihii

titan said...

pehh, macam sedap aje..

[z@ck] said...

oh...sbb tu pnggil aiskrim colek eh.ingatkan perisa apa la tadi.hehe

shera haifa said...

arelan ~ owhh dah lama laa 17 tahun..kene pergi tu..

shera haifa said...

intanberlian ~ tulahh. pergi pengaklan kubur tu baru jumpa icekrim cm tu.. kat tmpat lain xpnh jumpa lg.. kalau ada pun xterjumpa

shera haifa said...

titan ~ sdp..hehe

shera haifa said...

zack ~ HEHE..:)

khairul farhan said...

aku balik kampung sure g pengkalan kubur n sure bedal eskrem tu

shera haifa said...

KHAIRUL FARHAN ~ sbb kat sana je jumpa ais krim cm tu kan..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails