Assalamualaikum..
Pernah tak korang terfikir, kenapa kita kene berwuduk sebelum kita bersembahyang? Mungkin korang akan cakap sebab kita nak berada dalam keadaan bersih dan suci laa. Mungkin juga ada yang akan cakap berwuduk itukan salah satu syarat wajib untuk solat.
Ya aku tahu yang itu. Tapi pernah tak korang terfikir mesti ada sebab-sebab kene berkumur, basuh muka, kaki dan tangan semua tu? Hakikatnya ada rahsia yang tersembunyi di sebalik setiap rukun wuduk itu.
Berikut adalah amalan di sebalik berwuduk :
Berkumur :
Membersihkan dosa mulut dan lidah yang banyak mengumpat dan menyebut perkara sia-sia.
Membasuh muka :
Wajah akan berseri dengan cahaya ketenangan di akhirat kelak.
Basuh tangan kanan :
Mencatat amalan kebaikan dan memudahkan perhitungan di akhirat nanti.
Basuh tangan kiri :
Hindari daripada tercatat amalan keburukan dan memudahkan perhintungan di akhirat kelak.
Basuh kepala :
Melindungi daripada terik matahari di padang Mahsyar dan memohon rahmat serta kasih sayang Allah S.W.T.
Basuh telinga :
Membersihkan telinga daripada mendengar perkataan yang sia-sia dan melalaikan.
Basuh kaki kanan :
Memohon menetapkan kaki di atas titian Siratul Mustaqim dan memudahkan merentasi lautan.
Basuh kaki kiri :
Memohon jangan gelincirkan kaki ke dalam api neraka semasa menyeberangi titian Siratul Mustaqim.
Juga seelok-eloknya, selepas berwuduk amalkan membaca doa.
Juga seelok-eloknya, selepas berwuduk amalkan membaca doa.
2 comments:
skang ni sme ekspress je.kdg2 tgk org amek wudhu bkn men laju lg.aiyaa...thanks for sharing
arelan ~ tulah.mungkin sbb xtahu istimewanye wudhu pakai amik laju2 je..
WC..:p)
Post a Comment