Sunday, January 22, 2012

Ikut telunjuk

Assalamualaikum..


Satu pergi kat orang tu, empat datang kepada diri sendiri.

Bukan nak cerita pasa cara tunjuk atau tunding jari pada orang, tapi nak cerita pasal mengikut telunjuk atau dalam bahasa lain mengikut perbuatan, tingkah laku atau kata orang lain. Tapi yang paling nak sentuh kat sini adalah ikut telunjuk dengan 'mengikut kata orang lain'. 

Maknanya kita buat sesuatu itu dengan arahan dan mengikut segala suruhan orang lain. Okeh yang nie sangat pantang bagi aku kalau kene mengikut kata-kata dan arahan yang diberikan. But it's depend on apa yang diarahkan. Aku bukan jenis orang yang keras kepala dan jenis yang ikut kepala sendiri semata-mata. Orang kata dalam tegas ada lembut gitu. Haha.

Okeh.Ok..Aku bukan nak cerita pasal aku sebenarnya. 

Tentang mengikut telunjuk nie, ia tidak salah kalau kita mengikut telunjuk orang tapi kita juga hendaklah ada pendirian. Kita hendaklah ada apa yang kita nak lakukan. Jangan orang suruh terjun bangunan, kita pun nak terjun bangunan. Macam pasangan kekasih zaman sekarang la, "You jump, I jump". Mati katak tak masuk syurga tau. Jangan lakukannya. 


Kalau orang tu suruh buat benda yang baik untuk kita, agama kita, masyarakat kita dan juga negara kita, boleh lah dilakukan. Malah kita ajak orang ramai buat benda yang baik nie. Kalau orang suruh kita buat sesuatu yang seeloknya di cegah, kita ajak ramai-ramai untuk cegahnya juga. Jangan pula orang suruh buat benda yang tak elok kita lakukan. Lagipun kita diberikan otak untuk berfikir, jadi gunakanlah. Kita manusia. Ingat! Kita bukannya haiwan atau binatang yang tiada otak untuk berfikir. 

p/s ~ Think first before doing anything. You have a brain. Please use it. 

1 comment:

Original CikTeddy said...

hoyeah! i agree with u =) jgn jd bodoh,akal ade..gunelah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails