Thursday, June 30, 2011

Tawakal tanpa usaha ternyata sia-sia

Berusaha kemudian bertawakal. Itulah yang sepatutnya kita amalkan dalam hidup kita. Jangan tanpa usaha kita terus bertawakal dan redha atas pemberian Allah S.W.T. Itu tidak bersesuaian langsung dengan konteks kehidupan kita. Bertawakal tanpa usaha diibaratkan sia-sia semuanya.

Ibnu Rajab berkata lagi :
“menjalankan tawakal tidaklah bererti seseorang harus meninggalkan sunnatullah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan. Kerana Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha, sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakal. Oleh kerana itu, usaha dengan anggota badan adalah termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan tawakal dengan hati merupakan keimanan kepadaNya.”


Contoh yang mudah untuk difahami:
Kita nak menyalakan api dengan menggunakan batang mancis tersebut, tapi kita tidak mengasahkannya pada dinding kotak batang mancis atau tempat yang sepatutnya. Berjayakah kita menyalakannya? Takkan terus nak bertawakal pada Allah S.W.T. dengan harapan api akan menyala sendiri. Tidak!! Dengan usaha mengasahkan batang mancis pada kotaknya, Insyallah api akan terhasil.

Begitu juga dengan keputusan peperiksaan. Membaca kemudian menjawab soalan InyaAllah keputusan yang cemerlang dapat dicapai. Tapi tak membaca kemudian menjawab soalan tak bermakna keputusan yang cemerlang dapat dicapai. Yalah mana tahu orang tu genius ke.

Tanggal 27 Jun 2011, tepat jam 12 tengahari : 
Kepada semua pelajar yang berstatus pelajar UTM , anda boleh mula melayari AimsWeb untuk mengetahui keputusan peperiksaan anda. Loading....

Harap maaf system down. Sila refresh berulang kali.. Setelah tension mencuba, membiarkan berjam-jam akhirnya dapat la. Dan melihat keputusan, ternyata ada perubahan. Alhamdullilah. Result setimpal dengan usaha. Lain kali usaha lagi. Insyallah dah dapat grad.


Tak sabar nak melambung topi.


<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #4 - Miss them..




<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>

Tuesday, June 28, 2011

5 ketul cheese wedges!!!

RM 3.75 bahagi 5 = RM 0.55.
Bukan aku nak pertikaikan harga cheese wedges tu. Tapi aku nak bagitahu ianya terlampau sedikit dooo..  Tak berbaloi-baloi. Apa la KFC nie.. Boikot la KFC cam nie. Dah laa tadi nak beli krunshes, mesin rosak. Menci, menci, menci.


Esok nak beli GCB Mc'D ahhh pula. Ada sapa-sapa dah penah makan GCB?

<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>


Hidup penuh warna warni

Olive, blue sky, grey, peach, tangerine, cyan dan macam-macam warna lagi... semuanya datang dari 3 warna yang asas iaitu Merah, Kuning dan Biru. Campuran @ gabungan daripada dua warna mahupun ketiga-tiga warna bisa menghasilkan warna warni yang sangat banyak dan cantik bila digabungkan bersama-sama.



Begitu juga dengan kehidupan. Apa yang dimaksudkan warna warni ialah bukannya seperti warna -warna tadi [Olive, blue sky, grey, peach, tangerine, cyan] tetapi warna warni kehidupan ialah hilai tawa, menangis, kecewa, simpati, gembira, dan sedih. Hidup pasti tidak akan berasa lengkap tanpa warna warni itu. Juga dikatakan sebagai orang yang rugi apabila tidak mengalami semua perasaan itu. Jadi janganlah jadi orang yang rugi

Kehidupan kita didunia ini sebenarnya hanyalah satu percaturan untuk kehidupan di sana kelak yang kekal abadi. Buat lah yang terbaik untuk kehidupan ini kerana kita tak bisa kembali lagi selepas pergi kehidupan di sana. Ada target dan sasaran yang ingin dicapai, lakukan sekarang, gandakan usaha. Pasti kamu seorang yang paling berjaya dan membanggakan ibu bapa kamu.

<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>

Monday, June 27, 2011

Jangan jadi orang yang rugi

Kehidupan mesti jua diharungi walaupun hidup keseorangan. Walaupun tanpa mereka [orang], masih ada lagi Allah S.W.T.. Setiap masalah yang menimpa boleh diadukan kepada-Nya. Sujud lah diatas tikar sejadah, mohonlah moga ditenangkan hati, ditetapkan pemikiran, dan dilapangkan dada. Moga kebahagian milik kita.


Jangan jadi seperti seorang yang sombong kerana orang yang sombong ialah orang yang rugi. 

<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>


Rezeki anak

Alhamdullilah dengan kurniaan yang maha Esa, tidak lama lagi anak yang dikandung akan menjenguk dunia. Tak sabar rasanya. Adakah secantik diri atau sehensem bapanya? Sama-sama kita tunggu. Tunggu lagi 7 tahun ya. Hehe. Sebelum itu, pastinya akan menyusul jemputan ke majlis perkahwinan yang mungkin berlangsung pada 8 Ogos 2018. Persiapan fizikal dan mental perlu dilakukan dengan penuh teliti sebab itu tempoh yang diambil sangat lama. Cewahhh.

Apa yang aku nak bagitahu ini bukan rezeki anak aku, tapi rezeki bakal anak Shuib Sepah dan Siti Sarah. Di entry Sepah dinobatkan Maharaja Lawak 2011 aku ada buat p/s. Sila tengok gambar bawah apa p/s aku tu.


Okeh, apa yang aku cakap itu terbukti!! Aku leh bace ahh fikiran Shuib tu, Hebat tak aku? Muhahaha. [gelak tak hengat dunia]. Kalau siapa ada baca Metro Ahad 26 Jun 2011, di dalam tu ada berita bertajuk Kejayaan Sepah rezeki anak. Aku bukan omog kosong dan mereka-reka cerita tapi aku ada bukti. Hehe. 

See!!

<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>


Sunday, June 26, 2011

Jangan pisahkan aku dengan mereka..

Betul syurga isteri ditelapak kaki suami. Tapi hubungan anak dengan seorang ibu mahupun bapa jangan dipisahkan. Darah yang mengalir di segenap tubuh badan seorang anak itu, adalah dari Ibu Bapa kandung mereka. Sejauh mana dipisahkan, lautan benua mana diharungi, setinggi mana gunung ditawan, darah yang mengalir tetap sama.

Ibu bapa mana yang sanggup berpisah dengan anak kandung mereka? Ibu bapa mana yang sanggup meracunkan anak sendiri? Kalau ada, itu adalah Ibu bapa berhati binatang. Tapi... macam mana boleh dikatakan berhati binatang, sebabnya yang aku tengok binatang pun sayang anak-anak mereka. Kendong kesana kemari, pergi cari makanan untuk si anak. Konfius...


Sudahlah apabila berkahwinnya anak perempuan dengan jejaka pilihan mahupun jejaka bukan pilihannya, maka anak perempuan itu hendaklah mengikut suaminya kemana sahaja suami pergi. Cukuplah dengan hanya membawa perginya anak perempuan jauh dari Ibu bapanya, janganlah pula memisahkan sehingga tidak boleh berjumpa langsung. Kasihanilah mereka...


Bila perginya anak perempuan meninggalkan ibu bapanya untuk mengikut seorang lelaki yang sah menjadi suaminya itu bukan bermakna Ibu bapa dilupakan. Itu juga bukan bermakna hubungan yang terjalin putus di situ sahaja. 

Wahai suami ''jangan pisahkan isterimu dengan ibu bapa isterimu'' dan buat bakal suamiku, jangan pisahkan aku dengan ibu bapa aku kerana sebab mereka lah aku hadir menjadi pelengkap hidupmu. Ucaplah terima kasih buat Ibu bapa aku dan hormatilah mereka.

<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>

Saturday, June 25, 2011

Mari memasak Meat Chicken Ball Spaghetti

Pertama kali aku memasak dari awal sampai akhir, sampai boleh makan. Sebelum nie aku hanyalah tukang masak no 2 yang hanya tolong kacau gulai, tolong goreng ayam yang dah diperap sebabnya aku tak pandai memasak. Jadi lelaki-lelaki yang mana sedang memilih calon isteri yang pandai memasak, aku memang kene reject awal-awal.

Masakan aku yang pertama kali nie diberi nama Meat Chicken Ball Spaghetti. Aku masak Spaghetti OK. Makanan barat tu. Cayalaa. Kau ado? Apa yang diperlukan untuk memasak Meat Chicken Ball Spaghetti nie hanyalah :

  1. Satu bungkus spaghetti. suka hatilah nak beli jenama apa, tapi pastikan HALAL sebab aku mengalakkan memasak makanan HALAL sahaja.
  2. Satu bungkus daging burger. Tapi kalau nak beli daging cincang pun OK juga. Tapi pastikan HALAL juga, sebab aku mengalakkan memasak makanan HALAL sahaja.
  3. Beberapa bebola ayam. Beli yang HALAL juga ya sebab aku mengalakkan memasak makanan HALAL sahaja. 
  4. Satu botol sos KIMBALL khas untuk buat spaghetti. Nak pilih jenama lain pun boleh, tapi pastikan HALAL juga sebab aku mengalakkan memasak makanan HALAL sahaja.
Itulah barang yang diperlukan untuk memasak Meat Chicken Ball Spaghetti dan hanya memerlukan sebanyak RM 13.40 sahaja. Sepuloh orang boleh makan. Jimat. Kalau beli yang Pizza punya sebanyak tu harga, sorang je leh makan. Kalau kau kongsi pasti kau akan menjilat-jilat hingga ke pinggan. 


Apa yang perlu dilakukan mula-mula bagi memasak Meat Chicken Ball Spaghetti ini ialah,


Masak spaghetti yang dibeli tadi. Nak makan ramai, rebus semua yang ada dalam satu packet tu.


Nak pastikan spaghetti itu dah masak, baling satu urat ke dinding. Jangan baling semua, nanti takde yang nak makan pula. Membazir! Juga pastikan ianya dah lembut, kalau kurang lembut tu, tak enak nak dimakan.

Spaghetti dah siap masak. Tapi jangan makan dulu. Sosnye tak di masak lagi. Langkah-langkah yang diperlukan untuk memasak sos spaghetti pula ialah :

  1. Masukkan sedikit minyak.
  2. Kemudian masukkan daging burger yang dibeli tadi. Masakkan daging burger itu sampai masak [Dah nama lagi memasak kene la sampai masak]. Daging burger tu hendaklah dicincang-cincang sewaktu memasak. Kalau nak senang beli aje daging yang dah dicincang. Masukkan juga chicken ball. Yang nie jangan cincang-cincang tapi potong dua sahaja. Kalau nak masuk terus satu tu pun boleh.
  3. Bila dah pastikan daging dan chicken ball dah masak, masukkan sos KIMBALL. Masukkan sedikit air dan kacau biar rata. Untuk rasa pedas, boleh la masukkan sos cili sedikit. Kalau rasa tawar, taburkan sedikit garam.


Dah siap!!! Boleh laa dimakan bersama spaghetti.

p/s : entry aku yang paling panjang.

<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>

Sepah dinobatkan Maharaja Lawak 2011



Aku gembira bagaikan aku yang dapat RMtigaratuslimopuluhribu tu. Sedangkan aku tak dapat se sen pun. Huwawawa nagis macam Boboy. Aku tak nak komen banyak-banyak pasal persembahan mereka. Apa yang aku nak cakap memang happening dan lawak ahh mereka. TERBAIK!!

Manisnya kurma ini~HhhhhhhaaaaAA semput~ menjadikan aku bertambah semput tengok mereka. Semput , Semput , Semput ~. Aku memang dari awal lagi sokong Sepah. Kiranya aku tak pernah berpaling dan hanya setia dengan Sepah. Tapi.. aku tak penah melabor satu sen pun untuk Sepah. Aishh sebabnya aku dah jangka dari awal yang aku memang tak akan dapat RMtigaratuslimopuluhribu tu kalau diorang menang.


Sepah adalah Bujang lapok zaman kini. Tapi aku masih lagi konfius. Bujang ke? Aishh kan c Syuib tu dah kahwin ngan Siti Sarah. Apa kebenda bujang lak? Buat aku makin Semput , Semput , Semput ~.


p/s ~ Pasti Shuib akan cakap kemenangan malam tadi adalah rezeki anak yang bakal dilahirkan. Tak caye? Tunggu!!!

<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>

Friday, June 24, 2011

Dah jadi Meter Earning.. T_T

http://www.blogresipi.com/wp-content/uploads/2009/12/NuffNang_2.0-full.jpg
Digi WWWOW Awards dah jadi ME. Aishh kuciwa sungguh.  Dah ler tak berapa nak masyuk. Ermm monolok dalaman jap.

''Kau nak masyuk cam mana, blog kau nie bukan gempak sangat pun. Cerita entah apa-apa. Dah la ayat pula tunggang langgan mana orang nak faham. Sebelum buat mereka tambah tak faham baik diorang tak payah baca. Dah diorang tak nak baca diorang tak masuk lah blog kau. Sebab tu tak masyuk, takde orang nak klik Nuff kau. Sedar diri lah!!''

Owhh monolok dalaman yang makan dalam. Pedas, sadis sungguh. Tengok lah Digi WWWOW Awards yang dah jadi ME nie. Berapa sen aje..


Arghh cukup-cukup nanti usaha lagi. Masih ada 4 yang menari-nari.


<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>


p/s ~ nak kene lari-lari kat blog orang nie

Thursday, June 23, 2011

Ikan bergigi sebiji cam gigi Manusia

MasyaAllah. Allah Maha Besar. Kun Faya Kun. 

“Jika Allah sudah berkata ‘KUN FAYAKUN’, jadilah! Maka jadilah ia. Maha Suci Allah, yang ditangan-Nya Segala Kekuasaan, Kepada-Nyalah semua urusan dikembalikan ”
(Surah yassin 82:83)

Ikan Aneh Gigi

Ikan Aneh Gigi

Ikan Aneh Gigi

link terus ke Melayukini

p/s : ikan nie kene gosok gigi nie..

<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>

Orang tak dikenali

Datang seorang remaja perempuan yang tak dikenali. Terdapat dua situasi percakapan.


Situasi 1 :

Remaja perempuan : Akak..Akak tolong pergi beli Pizza. [sambil pegang-pegang lengan Hi-5]
Hi-5 : Apa main pegang-pegang nie? Kita kenal ke nak suruh-suruh pergi beli pizza?

Situasi 2 :

Remaja perempuan : Assalamualaikum akak. Mintak tolong boleh? [sambil pegang-pegang lengan Hi-5]
Hi-5 : Ya Adik nak mintak tolong apa tu? [membalas balik pegangan remaja perempuan]
Remaja perempuan : Akak tolong pergi beli Pizza. Saya tak biasa lah.
Hi-5 : Adik pergi beli sendiri la. Belajar cam mana nak membeli.

Bukan nak bercerita pasal dua situasi yang berbeza diatas, tapi nak berbicara pasal orang tak dikenali. Kau kenal aku? Comfirm kau tak kenalkan. Jumpa apatah lagi. Tegur-tegur kat blog, twitter, FB pun jarang. Aku follow blog kau, kau follow blog aku balik. Kau follow twitter aku, aku follow kau balik. Aish bukan nak tweet-tweet berkenalan pun. Bila aku minta tolong kau 'LIKE' gambar aku, kau minta tolong 'LIKE' gambar kau balik. Lepas tu kau add FB aku. Tapi lepas tu senyap cam tu aje. Last-last aku remove kau dari friend list aku. Kejam ke?

Apa ekspresi kau bila tiba-tiba orang tak dikenali datang menegur dan pegang-pegang? [kembali kepada 2 situasi diatas]. Adakah kau buat don't know atau kau layan aje mereka? Kalau aku, aku buat cam kenal je. Layan aje percakapan dye. Sebabnya aku tak nak orang yang aku tak kenal tu malu. Baik tak aku?

<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>

Spontaneous Thursday #2

Assalamualaikum & hai..

Senyum =) 
Tak perlu kata apa-apa..

Wednesday, June 22, 2011

Dapat BE lagi. Thank Nuffnang

http://www.blogresipi.com/wp-content/uploads/2009/12/NuffNang_2.0-full.jpg
Alhamdullilah sejak 2,3 hari kebelakangan nie rezeki mencurah-curah bagaikan air hujan turun dari langit [sekarang ngah hujan]. Semalam dapat iklan Grapevine nuffnang hari nie dapat Buffered earning pula. Kalau ditambah ditolok nie dah BE yang ke empat. Syukur. 

Kali nie dapat BE proton Inspira pula. Moga ianya terus menari-nari di blog aku ya. Korang yang singgah, kalau nak klik nuffnang aku klik lah. Aku tak paksa. Yang penting asalkan ikhlas. 

Gambar tak dapat nak paparkan, sebabnya aku dah cuba upload tapi bila dah siap, tekan butang add selected dye referesh balik. Gambat tak pula kuar-kuar. Napa yaa? Ada sapa-sapa tau tak?


<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<t;<<<Proton Inspira>>>>>>>>>

Wordless Wednesday #3 - Yum-yum



***********************************************************************


<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>

Tuesday, June 21, 2011

Mengapa begini keluarnya?

http://www.blogresipi.com/wp-content/uploads/2009/12/NuffNang_2.0-full.jpg

Sila tengok kepada tabung sepanjang pengangguran aku disebelah [aishh dah macam biasa pula iklan keluar. Main-main nampaknya] atau dibawah nie. Kenapa begini keluarnya? Aku tak berapa mahir dan arif mengenai nuffnang nie. Leh tak sapa-sapa perjelaskan? Aku juga ada tanya Nuffnang sendiri tapi tak mendapat maklum balas lagi. 


Kalau yang biasa punya, iklan Nuffnang akan keluar cam nie. Tapi hari nie dye kuar cam yang kat atas tu. Ada tak maksud disebalik iklan cam tu? Sangat curious sekarang nie!!

p/s - sapa yang tahu tolong perjelaskan pada aku ok..
TQ~~


Monday, June 20, 2011

Menambah lemak sempena Hari Bapa

Alhamdullilah semuanya datang dari Allah S.W.T. Rezeki yang diperolehi di kongsi bersama dengan meraikan Hari Bapa. Sebenarnya boleh dikatakan setahun hanya sekali sahaja aku dan keluarga makan kat luar. Bukan sebab nak jimat atau apa, tapi sebab kami jarang nak makan malam. Konon diet lah ya.

Jadi semalam sempena Hari Bapa, Papa bawa kami keluar makan kat luar. So yang diet tu terpaksa diketepikan. Lagipun bukan selalu leh makan kat luar. Jadi kerana telah mengetepikan diet, semalam aku tibai tiga mangkuk ok. Aku ulang tiga mangkuk!!! Mangkuk hayung betul aku nie kan. Makan banyak. Sebab tu badan macam dah nak lawan gajah tapi tak leh lawan lagi.. Gajah masih lagi pendahulu. Tiga mangkuk tu bukan mangkuk kecik isi sup, tapi mangkuk yang di isi dengan bihun tomyam kalau order dekat kedai tu.

mangkuk 1 : ABC special punya. Siap ngan ice-cream ya. BEST!!

mangkuk 2 : Mee Bandung yang aku tempah. Tapi gambar insan Atuk Goggle. Gambar mee bandung aku terdelete kot sebab aku ada snap gambar, tapi cari tak jumpa. Padan lah kalau terdelete pun. Nak simpan pun malas sebab sumpah TAK SEDAP langsung!! Kuah dye tak pekat wei. Aishh. Tapi habis juga.Hehe.

mangkuk 3 : Bihun tomyam kepunyaan adik aku [gambar lagi dari Atuk Google]. Disebabkan adik aku tak berapa gemar makan yang pedas-pedas,dye reject bihun tomyam tu. Aku pula tukang perhabiskan. Tomyam dye terlampau masam sangat. Erm kalau dari 5 bintang tu aku kasi 2 setengah aje lah.

Hah tulah ketiga-tiga mangkuk yang aku habiskan. Melantak banyak sungguh. Aishh makan ngan setan gamaknya. Tapi aku baca bismilah kot semalam. Mama pula bacakan doa moga Papa sihat sentiasa. Aminn..




Yang nie pula, makanan untuk santapan Papa kesayangan, BEST juga. Tapi yang tomyam tulah yang masam cikit. Yang gambar nombor 2 tu, ikan merah dibakar perencah. Papa order 2 ekor. Aku yang tak makan nasi, makan begitu sahaja [cam iklan roti Gardenia 'Sungguh enak di makan begitu sahaja]. Sebenarnya ada satu lagi hidangan yang aku tak sempat nak snap. Hidangan tersebut ialah sotong goreng perencah . BEST!!


Restoran : Lupa nama. Tapi berdekatan dengan tempat U-turn wakaf Che Yeh, Kelate. 

Terima kasih Papa sebab belanja kiteorang makan. Haha.. Sempena Hari Bapa, Papa yang bayar. Ada ke cam tu? 

Senarai blog bakal di hack

Aisshh man woman sapa lah nak memperdajalkan semua nie. Tak leh tengok blogger senang betul. Hari tu si Gambit yang dop serang dengan pelbagai kata yang tak enak nak dibaca. Sekarang nie nak jadi hacker pula. Sero biso lah tu.


Apa betul ke senarai blog itu bakal di hack? Banyak tu woo. Sempat ke nak hack semua? Aku pun tak tahu kesasihan perkara nie. Kalau sapa-sapa tau hal nie 'SAH' atau 'TAK SAH' sila bagitahu ya. Hal nie penting untuk aku tahu kesasihannya sebab link blog aku pun tersenarai. Bukan ada satu tapi ada dua kali link blog aku.

*klik untuk tumbesaran*

Tengok pada perbezaan link blog di atas link blog aku. Nyata ianya berbeza dan memang betul link blog aku tersenarai sebangak dua kali berdasarkan fungsi 'FIND' iaitu tekan 'CTRL' dan 'F'. 

*klik untuk tumbesaran*

Kalau betullah senarai blog yang bakal di hack nie kene hack, blog aku paling teruk sekali kot. Mampuss terus takleh nak buka lagi. Hukk..Hukk. Jangan buat aku cam nie tau.. BE ngah masyuk nie.

Blog kau tersenarai? Nak selamatkan? OK kau leh backup blog kau tu. Backup blog. Tapi yang tuk sapa yang guna blogspot aje lah yang Worldpress non ada aku tak tahu. Hehe. Akan selamat atau tak blog kau non ada aku tak tahu juga. Apa yang perlu hanyalah usaha aje mana yang termampu. Aku dan backup dah.Giliran kau pula. Chayokk!!

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa.. Love U,,

Selamat Hari Bapa untuk bapa, ayah, abah, papa, walid, daddy dan sebagainya diluar sana. Teruskanlah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab untuk keluarga. Galaslah tanggungjawab yang diberi sebaik mungkin. Jangan hanya pandai menabur janji.

Aku amat bertuah kerana sehingga kini, aku masih lagi mempunyai seorang Papa yang setia disisi. Bersama-sama membantu keluarga dan menjaga keselamatan keluarga. Susah sentiasa digalas seorang dan senang dikongsi bersama. Banyak jasa yang telah Papa taburkan dan hulurkan. 


Hidup ini pasti penuh dengan onak ranjau yang tidak dapat diatasi tanpa Papa. Segalanya Papa yang lakukan dari bayar bil, tukar tayar motosikal yang pancit, potong rumput dan sebagainya. Tanpa Papa pasti semuanya tak akan terurus. Diri ini sangat menyayangimu Papa.


p/s - Papa saya tak suka bergambar. Tak banyak gambar papa dalam simpanan. Lepas nie nak amik gambar Papa banyak-banyak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails