Tuesday, June 7, 2011

Shahir (AF8) Retak Tulang Tangan, Jatuh Bilik Air

Keadaan tangan Shahir yang terpkasa berbalut akibat terjatuh di bilik air. Gambar ini dikirimkan oleh seorang pembaca kepada mStar Online.


PETALING JAYA: Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi, 24, atau lebih dikenali sebagai Shahir (AF8) mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampungnya di Kampar, Perak.

Menurut Pengurus Artis, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Suriani Warci kejadian pada pagi Sabtu lalu itu berlaku ketika Shahir sedang mandi.

"Dia sedang bercuti di kampung halamannya. Ketika di bilik air, dia tergelincir lalu jatuh menyebabkan tulang tangannya retak. Selepas itu dia telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

"Kejadian tersebut tidak terlalu teruk, dia hanya mengalami retak sahaja dan mungkin akan pulih cepat dan meneruskan aktiviti seninya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambahnya, disebabkan kejadian tersebut Shahir bercuti selama seminggu untuk berehat.

Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang sibuk dengan promosi filem pertama berjudul Karak yang sedang ditayangkan di pawagam.

Shahir yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon.

sumber : mStar Online

p/s ~ owhh kesian my shahir. Tapi still cute ahh walaupun sakit.. Hehe

3 comments:

man yusoef said...

macam2 la shahir ni...haha..btol ke dia dgn rozita che wan skrg?? haha

Unknown said...

@man ~ arghh gosip je smua tu.. tp kalau btl xtahu la pula

Kamarul Azri™ said...

ini kes dgn RCW la ni, nakal.....
huhuhu, lain kali berhati-hati...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails