Wednesday, January 4, 2012

Pantai Bachok musnah

Assalamualaikum..


Dulu pantainya cantik, orang pun ramai yang datang nak picnic dan main wau, tapi sekarang pantainya dah tak macam pantai, orangnye pula dah panik. Kenapa panik? Panik sebab setiap kali ombak datang, orang pakat nak lari sebab ombak yang datang tu tinggi dan menghempas ke tebing dan airnye terpecik. Owh tu baru air terpecik kalau api terpecik macam mana la. Sila bayangkan. Ia bagus untuk otak jika kita berimaginasi.

Kecantikkannya dah hilang dalam sekelip mata sahaja. Kemusnahan terus menganas, ombak  rindu kepada pantai yang teramat tanpa kenal penat lelah terus menghempas pantai yang cantik. Akhirnya dari condong bak Menara Pisa terus rebah menyembah bumi lagaknya pondok itu. 

      

Kini entah apa lah yang tinggal. Agak-agaknya semua bongkah-bongkah batu itu terus dimamah oleh ombak menganas yang tiada gigi. Haha. Lawak ke? Tak lawak pun. Inilah lukisan alam. Ada pasang surutnye. Ada turun naiknya. 


p/s ~ Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.


4 comments:

Anonymous said...

bumi da mula dipenuhi air..sikit demi sikit..huhuh..

aReLaN said...

xprnh jejak kaki kt stu.lalu jela slalu.hmmmm

Unknown said...

sis diah ~ betul. dah laa dunia nie mmg 70% air.. skrg bila darat pun dilimpahi air berapa % je tngal..

Unknown said...

arelan ~ antara tempat menarik kat kelantan kot..rugi xsinggah..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails