Monday, January 30, 2012

Sambal Belacan Mama Terbaik

Assalamualaikum..

Alhamdullilah aku kini berada di Selatan Semenanjung Malaysia yang akan meneruskan saki baki kehidupan yang entah bila penghujungnya. Namun aku berharap aku sempat membalas jasa kedua ibu bapa aku terlebih dahulu. Tapi yang pasti aku hanya berserah pada-MU.

Tak mou sedih-sedih tapi mengingati mati itu harus, jom belasah sambal belacan. Yehh resepi sambal belacan Mama adalah yang terbaik. Jangan ingat sambal belacan takde resepi. 

Tengok sambal belacan dahulu. *yang atas

Aku dah banyak try makan sambal belacan kat mana-mana kedai makan, rumah orang kenduri dan kat mana-mana sahaja ada terhidang sambal belacan, semua tu xleh nak lawan yang Mama aku buat. Bukan sebab Mama sendiri yang buat nak puji tapi memang itulah hakikat sebenarnya. *Lain lidah, lain citarasa. Apa yang best dan special sangat resepi sambal belacan Mama aku nie? Takde yang best dan special pun cuma yang Mama aku buat takde rasa pahit je sebabnya memang aku makan kat mana-mana ada je rasa pahit tu.

Kenapa rasa pahit? Sebabnya tak cukup garam dan gula. *Itu kata Mama. Sambal belacan Mama memang tip top laa kalau tak, tak akan ada orang yang suruh Mama aku pergi buat sambal belacan kat rumah mereka kalau ada majlis. Fuyooo..

Manakala sambal belacan Mama juga leh tahan lama. Sebabnya Mama letak cuka, bukan letak air. Mama kata kalau letak air memang tak akan tahan lama. *Info baru nie. Jadi guna lah cuka. Nak kasi sedap lagi sambal belacan nie opkos laa taruk belacan juga leh juga letak limau kasturi. Nak lagi sedap leh juga letak buah tomato. Hiris-hiris kasi halus.

p/s ~ Orang Kelantan pun makan pedas jangan ingat suka yang manis-manis sahaja.


3 comments:

ciek niena said...

superb.. mesti sedap, makan nasi bley tambah berpinggan2 camni. hehe

Unknown said...

xletak air pon
blend gitu je

Unknown said...

IFFAH ~ kalau nak blend cam tu tanpa cecair cm mana nak berputar.. boleh tu boleh laa berasap dulu laa blender

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails