Saturday, June 4, 2011

Berbaju kurung ke pantai. Engkau ado?

Setiap minggu kalau tak pergi pantai memang tak SAH. Akan ada satu pantai akan dikunjungi. Tak kisah lah even minggu lepas dah pergi pun, minggu nie pasti akan pergi lagi. Apo adonye di pantai, aku pun tak tahu. Main pergi jaa..

Kalau minggu lepas pergi pantai dimana cinta bersemi di bawah cahaya bulan [Pantai Cinta bersemi @ Pantai Cahaya Bulan], minggu nie kita pergi pantai yang berirama [pantai Irama Bachok]. Kita pergi berjoget ya di sana sebab iramanya memang sepoi-sepoi lah. Eh itu angin yang sepoi-sepoi. Dari angin yang sepoi-sepoi tu lah adanya irama. Ngeh3x..


Wau aka layang-layang pun boleh naik tinggi dengan adanya angin. Orang pun ramai, sebab nak di buai oleh angin yang sepoi-sepoi sambil relexkan minda setelah 5 hari berkerja. Budak-budak pun happy sebab sekarangkan ngah cuti sekolah. Boleh kata memang ramai lah orang yang dop berkelah, siap hampar tikar lagi sambil baring-baring, buat BBQ apa. Memang syok habislah dop tepi pantai. 


Kali nie pergi pantai dengan pakai baju kurung. Hahh Kau ado cam aku. Sopan ++ ayu tu. Padehal malas nak tukar baju lepas hadiri majlis kahwin. Napok sangat pemalas. Ari nie ada majlis kahwin lagi. Ermm asyik hadiri yang orang punya je, sendiri punya.. Tutttt.. Tutt,. Talian dah terputus.


Cam biasa lah ke mana-mana sahaja pergi mesti dengan adik beradik. Papa Mama susah sikit nak pergi mana-mana sekarang sebab rumah pun dalam renovation [ada aku ceritakan dalam entry nie bila aku di rumah]. Bagi aku senang pergi dengan adik beradik dari pergi ngan kawan-kawan, sebab kadang-kadang apa yang dirancang tu tak menjadi. Tak pun janji pukul 5 tapi mereka buat dekk je. Leceh bukan. Bikin masalah pun ada. Lagipun best bila ngan family sebab boleh eratkan lagi hubungan yang sedia erat. Apa pendapat korang? Kawan-kawan atau family paling best bercuti @ beriadah?

10 comments:

saya_arief said...

pantai irama sangat dekat dengan rumah kami.hahahaha..lame sudah tidak ke sana
:D

aRe_Nim said...

bercuti..hihi.

Unknown said...

angin pantai best..nyaman..

Unknown said...

@saya_arief ~ aishh dekat nape lama tak pergi?

Unknown said...

@arenim ~ ya bercuti lah.. hehe

Unknown said...

@syrupmasin ~ leh buat tertido kan? hehe

Unknown said...

baju kurung sesuai di pakai kemana2 pun...

NIA said...

comey tuh g pantai pkai baju kurung.heeeee.

Unknown said...

@khairil ~ yehhh agree!!

Unknown said...

@sizuka ~ haha.. skali skala pkai cm tu kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails