Saturday, June 25, 2011

Mari memasak Meat Chicken Ball Spaghetti

Pertama kali aku memasak dari awal sampai akhir, sampai boleh makan. Sebelum nie aku hanyalah tukang masak no 2 yang hanya tolong kacau gulai, tolong goreng ayam yang dah diperap sebabnya aku tak pandai memasak. Jadi lelaki-lelaki yang mana sedang memilih calon isteri yang pandai memasak, aku memang kene reject awal-awal.

Masakan aku yang pertama kali nie diberi nama Meat Chicken Ball Spaghetti. Aku masak Spaghetti OK. Makanan barat tu. Cayalaa. Kau ado? Apa yang diperlukan untuk memasak Meat Chicken Ball Spaghetti nie hanyalah :

  1. Satu bungkus spaghetti. suka hatilah nak beli jenama apa, tapi pastikan HALAL sebab aku mengalakkan memasak makanan HALAL sahaja.
  2. Satu bungkus daging burger. Tapi kalau nak beli daging cincang pun OK juga. Tapi pastikan HALAL juga, sebab aku mengalakkan memasak makanan HALAL sahaja.
  3. Beberapa bebola ayam. Beli yang HALAL juga ya sebab aku mengalakkan memasak makanan HALAL sahaja. 
  4. Satu botol sos KIMBALL khas untuk buat spaghetti. Nak pilih jenama lain pun boleh, tapi pastikan HALAL juga sebab aku mengalakkan memasak makanan HALAL sahaja.
Itulah barang yang diperlukan untuk memasak Meat Chicken Ball Spaghetti dan hanya memerlukan sebanyak RM 13.40 sahaja. Sepuloh orang boleh makan. Jimat. Kalau beli yang Pizza punya sebanyak tu harga, sorang je leh makan. Kalau kau kongsi pasti kau akan menjilat-jilat hingga ke pinggan. 


Apa yang perlu dilakukan mula-mula bagi memasak Meat Chicken Ball Spaghetti ini ialah,


Masak spaghetti yang dibeli tadi. Nak makan ramai, rebus semua yang ada dalam satu packet tu.


Nak pastikan spaghetti itu dah masak, baling satu urat ke dinding. Jangan baling semua, nanti takde yang nak makan pula. Membazir! Juga pastikan ianya dah lembut, kalau kurang lembut tu, tak enak nak dimakan.

Spaghetti dah siap masak. Tapi jangan makan dulu. Sosnye tak di masak lagi. Langkah-langkah yang diperlukan untuk memasak sos spaghetti pula ialah :

  1. Masukkan sedikit minyak.
  2. Kemudian masukkan daging burger yang dibeli tadi. Masakkan daging burger itu sampai masak [Dah nama lagi memasak kene la sampai masak]. Daging burger tu hendaklah dicincang-cincang sewaktu memasak. Kalau nak senang beli aje daging yang dah dicincang. Masukkan juga chicken ball. Yang nie jangan cincang-cincang tapi potong dua sahaja. Kalau nak masuk terus satu tu pun boleh.
  3. Bila dah pastikan daging dan chicken ball dah masak, masukkan sos KIMBALL. Masukkan sedikit air dan kacau biar rata. Untuk rasa pedas, boleh la masukkan sos cili sedikit. Kalau rasa tawar, taburkan sedikit garam.


Dah siap!!! Boleh laa dimakan bersama spaghetti.

p/s : entry aku yang paling panjang.

<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>

12 comments:

- said...

sodapp eh..nak.
poslaju buleh ? hehe :P

ceksumolek's said...

my fav food nihH! dah lama tak makan.. nak masak nak makan sorgg~ tak syiokkk!

saya_arief said...

sedaappp.
:D

Unknown said...

@shalina ~ alaa..dh hbs..hehe

Unknown said...

@aisumi ~ buat laa makn ngn family

Unknown said...

arief ~ mmg sdp pun..haha

Oppa Kudin Nz said...

sedap jugak nampak tuu..
nak bole x? :)

safurara said...

wahhhhh tibe2 rasa mcm nk jugak.dulu sllu masak ni.

Unknown said...

@oppa ~ owhh oppa.. haha. nak ke? tp xde laa sdp sngt..bukan pndai msk pun

Unknown said...

@rara ~ msk laa..nti leh mkn

kajaharuna said...

mcm sedap... nk try laaa~~ :)

Unknown said...

@kjaharun ~ nk try? aishh try yg sndiri buat la. Nak try yang sy buat sah2 laa xdapet..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails