Thursday, June 2, 2011

Permainan zaman sekolah rendah Part 2


Bila dah meninggalkan alam persekolahan nie, baru terasa kemaruk nak p sekolah balik. Kalau dulu-dulu orang suruh p sekolah, sanggup dop dalam bilik air lama-lama [konon mandi] sebab tak nak p sekolah tak pun nagis teresak-esak minta simpati. ish2x.. Pelik lah orang dewasa zaman sekarang nie.

*ala cutenye baby nie nagis. Kau ada nagis sampai 'cute' cam nie?*

Entah-entah nanti bila dah meninggalkan zaman pembelajaran di universiti, mula berebut-rebut nak sambung belajar balik. Amik Master lepas tu PhD. Walawehh. Kalau cam nie takpe.  Sambung belajar nie tak rugi weh, malah leh tambah ilmu. Sedangkan sekarang orang sanggup belajar hingga merentasi Lautan Dunia bukan sahaja hingga ke Negeri China.

Bagi yang kemaruk nak p sekolah balik tu bukan apa, sebab terimbau zaman main ngan kawan-kawan dulu. P sekolah seawal 6.45 pagi sebab nak p berebut tiang, takut tiang di cop oleh orang lain. Haha. Sapa lambat sampai dan tak dapat tiang kene lah dop tengah-tengah then tunggu untuk rebut tiang. Permainan rebut tiang nie boleh dimain oleh 5 orang dalam satu-satu masa. Empat orang yang dah pegang tiang dan sorang lagi yang akan merebut tiang. Permainan nie akan berakhir bila loceng menandakan masuk ke kelas berbunyi, dan permainan nie akan bermula kembali setelah loceng waktu rehat bermula. Tengok bertapa kemaruk nak pegang tiang.

Sekarang nie dah besar, nak main rebut tiang pun malu dah. Kalau teringin sangat pun pergi lah pegang tiang tu sorang-sorang. Nak ajak orang lan main sama idaknya. Tak rela aku nak malukan diri sendiri.

p/s - sapa main lagi permainan rebut tiang nie?

p/s - Jom tolong like 'I lOVE MY BFF'

2 comments:

Azuan said...

rebut tiang ni memang femes wei...

ahmad endo said...

aku dulu main rondes...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails