Tuesday, January 31, 2012

Tentang Wanita

Assalamualaikum..

Dari FB
p/s ~ I'm proud being a women..

Bisikan Hati @ Bisikan Syaitan?

‎Assalamualaikum..


Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga
Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke..
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya..
Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

p/s ~ Anda fikir sendiri mahu mendengar bisikan syaitan atau bisikan hati sendiri..

Monday, January 30, 2012

Semuanya dari diri sendiri

Assalamualaikum..



KECEWA ? 
Ingatlah saat kau kecewakan seseorang
MENANGIS ? 
Ingatlah saat kau buat seseorang menangis

SAKIT HATI ? 
Ingatlah saat kau sakitkan hati seseorang

DIPERMAINKaN ? 
Ingatlah saat kau permainkan seseorang

TIDAK DIENDAH ? 
Ingat saat kau buat tak endah pada seseorang



p/s ~ Setiap perbuatan (sedar @ tidak) pasti akan ada balasanyannya. Itu janji yang Maha Esa. Jadi kaji diri sendiri, kaji perbuatan dan jangan salahkan takdir mahupun yang Maha Esa..

Sambal Belacan Mama Terbaik

Assalamualaikum..

Alhamdullilah aku kini berada di Selatan Semenanjung Malaysia yang akan meneruskan saki baki kehidupan yang entah bila penghujungnya. Namun aku berharap aku sempat membalas jasa kedua ibu bapa aku terlebih dahulu. Tapi yang pasti aku hanya berserah pada-MU.

Tak mou sedih-sedih tapi mengingati mati itu harus, jom belasah sambal belacan. Yehh resepi sambal belacan Mama adalah yang terbaik. Jangan ingat sambal belacan takde resepi. 

Tengok sambal belacan dahulu. *yang atas

Aku dah banyak try makan sambal belacan kat mana-mana kedai makan, rumah orang kenduri dan kat mana-mana sahaja ada terhidang sambal belacan, semua tu xleh nak lawan yang Mama aku buat. Bukan sebab Mama sendiri yang buat nak puji tapi memang itulah hakikat sebenarnya. *Lain lidah, lain citarasa. Apa yang best dan special sangat resepi sambal belacan Mama aku nie? Takde yang best dan special pun cuma yang Mama aku buat takde rasa pahit je sebabnya memang aku makan kat mana-mana ada je rasa pahit tu.

Kenapa rasa pahit? Sebabnya tak cukup garam dan gula. *Itu kata Mama. Sambal belacan Mama memang tip top laa kalau tak, tak akan ada orang yang suruh Mama aku pergi buat sambal belacan kat rumah mereka kalau ada majlis. Fuyooo..

Manakala sambal belacan Mama juga leh tahan lama. Sebabnya Mama letak cuka, bukan letak air. Mama kata kalau letak air memang tak akan tahan lama. *Info baru nie. Jadi guna lah cuka. Nak kasi sedap lagi sambal belacan nie opkos laa taruk belacan juga leh juga letak limau kasturi. Nak lagi sedap leh juga letak buah tomato. Hiris-hiris kasi halus.

p/s ~ Orang Kelantan pun makan pedas jangan ingat suka yang manis-manis sahaja.


Cara kejutkan orang bangun tidur

Assalamualaikum..

Hari nie aku nak share cara kejutkan orang bangun tidur. Aku tahu ramai yang apabila tidur, nak kejutkan tu sangat-sangatlah susah. Maklumlaa bila kita tidur, roh kita takde dalam badan. Ada sesetengah orang tu, bila dia kejutkan seseorang tu dari tidur mereka main jerit kuat-kuat. Itu adalah cara yang tidak berapa elok laa untuk permulaan mengejutkan orang bangun tidur. Mahunya roh xsempat masuk dalam badan, heart atack, terus pergi meninggalkan alam ini. Waalahuallam.

Jadi cara untuk mengejutkan orang dari tidur ialah :

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..

2. sentuh bahu org tidur tu dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia…

3. renjis air kat muka dia…sambil panggil nama dia…

4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia…

5. tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect :


1. jerit nama dia kuat kuat…

2. gigit ibu jari kaki dia cam antu toyol gigit

3. simbah air sebaldi kalau boleh air rendam baju dalam korang

4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam

5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!

6. jerit api! api! api!

7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

Tapi kalau still tak ada effect gak :

1. pergi kat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali…

2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

Tapi kalau still tak ada effect gak, ni je la cara terakhir :

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya



p/s ~ Aku orang panggil-panggil nama even slow pun dah sedar dah. 

Sunday, January 29, 2012

The OH!SEM Tagline Contest

Assalamualaikum..

Buat Jejulung kalinya "Kedai Kiz" mengadakan sebuah contest yang mana hadiah yang ditawarkan memang giler-giler dan melampau-lampau untuk dimenangi. Nama contest ni adalah..

Boleh klik banner untuk join

Syarat untuk join contest nie xde laa berat sangat pun just korang kene perah idea dengan mencipta tagline untuk blog Kedai Kiz nie. Ala sekali sekala perah idea bukan selalu pun. Kalau tak nanti berkarat otak tu. Ngehhh~

Syarat-syarat sampingan :

Penyertaan melalui blog
1. Follow belog Kedai Kiz
2. Like Facebook Kedai Kiz *link ada kat sidebar*
3. Buat satu entri di blog anda tentang contest ni
4. Dalam entri tersebut, sertakan tagline yang anda cipta untuk Kedai Kiz
5. Komen entri contest ni beserta nama & url entri.

Manakala syarat-syarat tagline pula :

a. Mestilah sesuai dengan blog kiz
( eg : Cantik dan bergaya, Senang Hati )
b. Mestilah tidak melebihi 60 patah perkataan
c. Mestilah Berbahasa Melayu
d. Tagline mesti original idea

Jadi, tagline aku untuk Kedai kiz :

Bergaya tapi tampak selesa, pilihan ada di sini!!

p/s ~ Tak pandai nak cipta tagline nie. Yang dicipta tu pun entah betul tagline ke apa xtahu.. T_T

♥ KISAH AJL 26 ♥

Assalamualaikum..

Bersempena dengan Anugerah Juara Lagu 26 yang akan bersiaran langsungnye malam nie aku ada kisah nak kongsi dengan korang. Kisah nie pun aku copy dan paste kan kat snie dari FB..


"SUNGAI LUI menjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita seketika. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang sentiasa menjadi GADIS SEMASA padaku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba. Mujurlah saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang tua, " KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untuk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya.."

Haha itu lah ceritanya. Cerita yang digarap dari tajuk-tajuk lagu yang akan bertanding pada malam nie. Hebat laa sapa yang mencipta cerita di sebalik tajuk-tajuk lagu nie. Memang kreatif dan ada idea la. Hasil kerja yang baik.

Ermm sempena AJL 26 malam nie aku hanya mengharapkan #3SUARA menang. Sebabnya aku suka lagu tu, walaupun lagu tu pendek dan nak feeling-feeling waktu nyayi xsempat. 

p/s ~ Tak boleh nak tengok @ dengar AJL 26 secara langsung kerana aku naik bas malam nie. T_T


Indah dalam kenangan

Assalamualaikum..


Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan..

kredit : GSOM




L.O.V.E

Assalamualaikum..

Love ONE, Not TWO.

But Love the one who loves you too.



Love not THREE, not FOUR.
But love the one who loves you more.

Love not FIVE, Not SIX.
But love the one who really sticks.

Love not SEVEN, not EIGHT.
But love the one who's willing to wait.

Love not NINE, not TEN.
But love the one who will love you til the end



Kredit : L.O.V.E

p/s ~ selingan...

Saturday, January 28, 2012

Tolong Ingatkan Aku





‎"..Orang mudah gah dan berbangga dengan hal-hal dunia..."

Kadangkala kita sengaja mewujudkan rasa gah untuk memaklumkan kita dalam sesuatu bidang, umpama dalam kejuruteraan, penyelidikan, perubatan dan sebagainya..

Kadangkala kita sengaja menerbitkan rasa megah untuk menjelaskan kita dalam sesuatu kerjaya yang hebat, umpama seorang jurutera, saintis, doktor dan sebagainya..

Kadangkala juga kita sengaja mewujudkan rasa ujub untuk menceritakan kisah atau perjalanan hidup kita yang seringkali dalam amalan dan kebaikan..

Kadangkala juga kita sengaja menerbitkan rasa riak takabbur untuk mengisahkan pencapaian dan kejayaan kita, umpama dalam bidang akademik, kerjaya dan sebagainya..

Kadangkala kita tidak sedar akan kelakuan dan tindakan kita mampu mewujudkan atau menerbitkan perasaan itu, hingga akhirnya kita ter'makan' dengan semua itu

Namun alangkah hebatnya seseorang itu buat-buat 'biasa' saja hingga ada orang yang tidak mengenalinya dan ada orang mengenali sendiri dirinya tanpa dimaklumkan, dijelaskan atau diceritakan kepada sesiapa. Namun hakikatnya dia memang seorang yang sangat hebat didunia dan juga disisi Allah Ta'ala..

Baginya, cukuplah Dia sahaja yang mengetahuinya.. SubhanAllah..



Teguran untuk membaiki kesilapan

Assalamualaikum..

Bukan nak bersikap kurang ajar atau apa pun cuma nak bagi teguran je. Jangan ingat kita orang muda tak boleh nak tegur orang yang lebih berusia (kalau guna perkataan tua, takut nampak kasar). Kadang-kadang kita kene tegur mereka sebabnya orang yang lebih berusia nie, diorang buat sesuatu tindakan tanpa sempat berfikir dahulu selalunya (keputusan secara terburu-buru). Jadi kita sebagai yang muda kene laa amik peluang tuk nasihat mereka. Nak terima, tak nak terima itu belakang kira. Yang penting orang yang dah berusia nie sedar, tak semua yang dilakukan itu betul.

p/s ~ Berada di jalan raya nie perlukan kesabaran yang tinggi..

Baucer Buku 1Malaysia # 1


Assalamualaikum..

Bila dapat tahu yang semua pelajar berdaftar di IPTA, IPTS dan Politeknik yang mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD/Matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucer buku yang bernilai RM 200, dalam hati aku dah bersorak..YEHHHHH


Memang aku patut dapat pun sebabnya selama nie ayah aku dop bayar cukai apa semua. Aku yang nak buat pinjaman nie dah beberapa kali pergi matikan setem yang bernilai RM 10 pada borang perjanjian. Kalau diikutkan RM 200 tu tak berbaloi dengan apa yang telah dilaburkan tapi kira jadilah dari tak dapat langsung. 

Bagi aku kiranya RM 200 tu banyak woo untuk pembelian buku. Macam-macam buku yang boleh beli (kalau harga buku-buku yang aku beli tu dalam RM 4-20). Buku novel bahasa melayu, buku novel bahasa Inggeris, kamus, dan macam-macam laa. Aku yang sememangnya dah berkeinginan nak memiliki buku yang berbahasa Inggeris nie, dengan baucer yang bernilai RM 200 ianya pasti menjadi miliki aku. Sebelum nie aku tak mampu nak beli, iyalah udah buku yang berbahasa Inggeris nie mahal sangat.

Apa-apa pun terima kasih kerana memberi baucer buku yang bernilai RM 200. Nasib baik aku sambung pengajian aku, kalau tak memang aku tak akan dapat. Nak diikutkan aku  dah tamat belajar pada bulan 6, 2011 lagi. Jadi mana kawan-kawan aku yang tak sambung tu, korang memang rugi laa RM 200 nie. 

p/s ~ Apa yang aku beli dengan vaucer RM 200. Nantikan..

Friday, January 27, 2012

Mak SOM + Pak TAM = SOMTAM

Assalamualaikum..

Apa yang Mak SOM tambah Pak TAM sama dengan SOMTAM tu? Hah nie aku nak cerita la. Sebelum tu aku nak tanya, pernah tak korang dengar sejenis makanan yang diberi nama SOMTAM? Tak pernah!! Pernah!! Okeh jawab dalam hati sebab kalau jawab kuat-kuat pun aku tak dengar. Lain laa kalau korang call aku bagitahu. Kalau macam tu kasi laa nombor nak call.  Ehh maaflah nombor aku rahsia. Elehh bukan nak ngorat pun!! Ya aku tahu bukan nak ngorat sebab aku pun tak nak orang ngorat aku. Muhaha.. Satu perenggan dah kelaut. Maaf..

Berbalik kepada SOMTAM. SOMTAM nie sebenarnya ialah sejenis makanan yang mana makanan yang asalnya silah keturunannya dari Thailand. Savadikupp Kap Kum Kum. Haha. Kene Sumpahan Kum Kum baru tahu. Satu perenggan lagi melalut. Maaf..

Untuk buat SOMTAM nie, bahan utama yang mesti ada ialah buah betik yang masih lagi belum masak. Bahan-bahan lain pula seperti cili kering, cili padi, kacang dan lain-lain. 

Persembahkan rupa SOMTAM

Mengenai tajuk entry pula, aku ingatkan SOMTAM nie asal namanya dari gabungan Mak SOM dan Pak TAM. Tapi bukan sebenarnya. Apa yang pasti nama SOMTAM tu memang dah asal macam tu, takde kene mengena dengan nama orang pun. Untuk rujukan dan lebih tahu apa itu SOMTAM klik gambar SOMTAM kat atas tu.

Kalau nak tahu, SOMTAM nie dibuat dalam satu mortar yang besar. 

Kalau ada yang besar nie tak payah laa nak buat SOMTAM

Yang besar nie baru leh buat SOMTAM. Sebabnya takut melimpah ruah bila dikacau dan ditumbuk-tumbuk. 

p/s ~ Lagi pedas lagi best!!

Tutti Frutti @ Kubang Kerian, Kelantan

Assalamualaikum..

Tutti Frutti kini makin berkembang apabila satu lagi cawangannya di Kelantan dibuka. Kini penduduk-penduduk di negeri Kelantan tidak lagi perlu berasak-asak di Tutti Frutti Taman Tengku Anis. Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Kubang Kerian boleh laa ke sana bagi menikmati ais krim yogurt ini kerana cawangan ke-dua Tutti Frutti di buka di Kubang Kerian berhadapan dengan Mydin Mall. 


Lot 1665-29, Ground & Mezzanine Floor, 
Jalan Raja Perempuan Zainab II,
 Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Aku siap kasi alamat penuh lagi tu. Yang pakai telepon canggih manggih tu leh laa guna GPS kalau sesat dan tak tahu kat mana. Kalau yang tak guna telepon canggih manggih pula tak susah nak g Tutti Frutti Kubang Kerian nie, korang hanya perlu pergi ke Mydin Mall, then membelakangkan Mydin Mall korang akan nampak laa Tutti Frutti nie. 




Kalau nak dibandingkan dengan Tutti Frutti Taman Tengku Anis, aku rasa yang kat Kubang Kerian nie lagi kecik dan sudah tentu lah tak berapa besar. Haha..



Yang kat Kubang Kerian nie aku tak sempat lagi nak g berkunjung. Hoho macam satu tempat menarik pula Tutti Frutti nie sampai nak g berkunjung. Nak pergi sini kene laa hompatpuluhduahinggitsembilanpuluhesen. Kalau xde jangan harap leh pergi. Habis duit aku dalam bank.. Muhaha.. Dah laa tengah pokai sekarang nie, nasib baik balik rumah je.


p/s ~ Aku nie dah macam orang Tutti Frutti bahagian pengiklanan dah dop memberi info sal Tutti Frutti nie. Hehe.. 

Thursday, January 26, 2012

Spontan di malam Khamis # 17

Assalamualaikum..

Kadang-kadang kita hendaklah pentingkan diri sendiri..Bukan sebab terlalu nak jaga hati orang lain, hati kita luka, cedera..


Wednesday, January 25, 2012

Pencopet

Assalamualaikum..


Buat kamu ibu, perempuan dan juga kaum wanita, berhati-hatilah dengan handbag yang dibawa anda kemana-mana sahaja. Pencopet nie ada dimerata-rata tempat. Pencopet nie juga tak kira situasi macam mana. Even orang ada yang memerhatinya melakukan perbuatan yang tidak elok tu tapi tetap tak diendahkan.

Pencopet juga terdiri dalam variasi umur. Jadi jangan terlalu percayakan mereka-mereka yang disekeliling anda. Kalau yang ada zip pada handbag tu tolong laa zip. Kepik kemas-kemas bawah ketiak, tak kisah lah ngan bau ketiak yang busuk at that time pun, asalkan semuanya selamat.

p/s ~ Kalau hukum hudud memang dilaksanakan di Kelantan habis orang Kelantan kudung tangan nie. 
~ Yang kaum lelaki, bapa pun tolong laa jaga purse masing-masing juga.
~ Jenayah dimana-mana.



Tiada yang kita punya

Assalamualaikum..



p/s ~ Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita pergi..

Untukmu bakal suamiku #3

Assalamualaikum..


Duhai engkau sang pasangan tulang rusukku, mungkin suatu saat kau akan merasa lelah membimbingku. Tapi kumohon jangan pernah menyerah membimbingku. Meski harus berkali – kali kau memberitahuku karena kemampuan mencernaku yang lamban. Tapi setiap kata yang berhasil kucerna, tak akan kubiarkan keluar dari otakku.

Duhai engkau sang pasangan tulang rusukku, tulus harapku kuhaturkan padamu, semoga engkau bisa menghadirkan semua itu. Menjadikanku insan bahagia dengan kasihmu. Membuatku semakin dekat dan mencintai Rabb-ku.

Duhai engkau sang pasangan tulang rusukku, siapa dan dimana dirimu kini akupun tak tahu. Berharap kemurahan-Nya akan menghadirkan cinta-Nya padamu dan menuntunmu padaku. Bertaut dalam halal-Nya lewat ikatan suci penuh cinta-Nya..


Tuesday, January 24, 2012

K.A.W.A.N

Assalamualaikum..


p/s ~ Berkawan biar ramai jangan musuh yang ramai. 

Monday, January 23, 2012

Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee

Assalamualaikum..

Dah tengok video perkahwinan mereka? Kalau belum boleh laa tengok video bawah nie.. Selamat Menonton..


Terus terang aku suka situasi yang telah membawa mereka berdua ke alam perkahwinan. Tanpa dating tapi hanya dengan pertemuan bersama yang mana Farah Lee datang bersama kawan dan Ally Iskandar pula ditemani ibu dan adik ia telah membawa mereka ke jinjang pelamin.

Inilah yang dinamakan cinta itu buta. Walaupun tanpa perkenalan yang lama, jika itu adalah jodoh yang terbaik, dan perkahwinan itu adalah kerana Allah S.W.T pasti jalan untuk ke gerbang itu dipermudahkan. Perasaan itu datang tanpa diduga bak kata Ally Iskandar.

Pernikahan  itu akan terjadi jika seseorang perempuan itu benar-benar ingin mencari seorang suami dan seorang lelaki itu benar-benar ingin mencari seorang isteri .Tanpa perkenalan yang lama dan jika kita benar-benar iklas untuk melayari alam perkahwinan, Allah S.W.T pasti akan membantu kita.

‎"Saya mengatakan kpd Farah bahawa saya sedang mencari seorang isteri dan dia juga bagitau dia sedang mencari seorang suami. Jadi kalau nak berkawan nak main-main baik x payah berkawan-Ally"

p/s ~ Moga perkahwinan mereka kekal hingga ke Syurga. Amin

Keselamatan dimana-mana..

Assalamualaikum..

Biasanya aku tengok orang mesin rumput pakai glasses aje untuk mengelakkan dari terpecik batu ke apa-apa yang boleh membahayakan ke mata. Tapi hari nie memang pest time dalam hidup aku kot tengok orang mesin rumput pakai.......

Helmet aka Topi keledar

Kiteorang yang tengok nie gelak tak hengat. Dalam gelak tu aku leh lagi suruh akak aku snap gambar cepat-cepat nanti nak share kat cnie dan kitaorang sebenarnya kagum ngan pakcik yang ngah mesin rumput tu. Kenapa? Sebabnya dia menggunakan sesuatu yang leh menjaga keselamatan dia. Mesti pakcik tu takde glasses jadi dia amik keputusan nak guna topi keledar sebab topi keledar tu ada penghalang kat depan boleh mengelakkan mata atau muka dia kene batu yang terpecik. Pakcik nie yang hanya mesin rumput pun jaga keselamatan.

Kau pembonceng jalanan, mamat rempit atau penunggang motosikal yang sememangnya wajib guna topi keledar nie untuk menjaga keselamatan ADA GUNA tak? Ada yang guna dan ada yang tak guna kan? Kalau yang guna tu pun ada tak korang pakai topi keledar tu betul-betul? Betul-betul kat sini ialah ada korang pakai ikat kasi kemas kat bawah dagu tu? Kalau ada Insyallah peratus untuk selamat banyak kalau ditakdirkan korang terlibat dalam kemalangan, tapi kalau tak ikat betul-betul peratus zero. Jadi pilihannya terletak di tangan masing-masing.

p/s ~ Ada tali pengikat kat bawah dagu tu bukan untuk hiasan, tapi untuk keselamatan. 


Sunday, January 22, 2012

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita?


Assalamualaikum..
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

sumber : iluvislam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails